You are on page 1of 14

Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara

Berikut adalah teks syarahan pemenang pertandingan syarahan Bahasa


Malaysia sekolah saya.

Yang mulia Tuan Pengerusi majlis, barisan panel hakim yang adil lagi
bijaksana, guru-guru dan murid-murid yang dihormati sekalian. Salam
sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang mulia ini, izinkan saya
menyampaikan sebuah syarahan bertajuk Perpaduan Asas
Kecemerlangan Negara.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai


kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza.
Oleh itu, perpaduan negara merupakan matlamat yang amat penting
dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan, sama ada dalam
bidang ekonomi, sosial mahupun politik.

Perpaduan amatlah penting dalam pembangunan dan pentadbiran negara


kerana ia merupakan asas untuk mengekal dan mempertahankan
kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,


Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara
dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di
samping mewujudkan suasana politik yang stabil.

Perpaduan yang kukuh dan kuat merupakan pemangkin kepada


kecemerlangan negara. Dengan wujudnya perpaduan dan negara yang
aman damai, kita mampu mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.
Kejayaan yang dicapai membolehkan kita menjadi bangsa yang
bermaruah dan berdikari.
Saudara-saudari yang dihormati,
Sekiranya perpaduan rakyat rapuh dan lemah, negara akan terdedah
kepada pelbagai ancaman dan masalah. Rakyat yang berpecah-belah dan
tidak bersatu-padu akan menyebabkan huru-hara, rusuhan, pergaduhan
kaum dan sebagainya. Keadaan ini pasti akan menjejaskan kedaulatan,
ekonomi serta kestabilan negara.

Kita harus belajar dari peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang pernah
melanda negara ini agar pisang tidak berbuah dua kali. Perpaduan rakyat
negara ini telah tergugat akibat peristiwa pahit itu.

Sebagai langkah untuk menyatu-padukan rakyat negara ini, kerajaan telah


melancarkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-
13 kemerdekaan negara.
Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara merupakan kunci
untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum
negara ini.

Rakyat negara ini harus berusaha untuk membentuk satu bangsa yang
bersatu padu, setia dan cinta akan negara.

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara

Sebagai warganegara Malaysia yang tercinta, kita harus menjadikan


perpaduan rakyat sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di
negara ini

Negara ini adalah tanggungjawab kita. Perpaduan negara ini adalah


tanggungjawab kita bersama. Kecemerlangan dan kejayaan negara pasti
menjadi kemegahan kita semua. Maka itu, kita harus sentiasa bersatu-
padu dan hidup dalam berharmoni.
Akhir kata, izinkan saya mengakhiri syarahan saya dengan pantun berikut.

Tasik Chini dipenuhi bunga,


Ada cerita terdapat naga;
Negara diancam huru-hara,
Perpaduan dengan Rukun Negara.

Sungai Pahang berjela-jela,


Naik rakit merentas desa;
Demi rakyat negara tercinta,
Perpaduan tonggak 1 Malaysia.

Sekian. Terima kasih.


pidato: "melestarikan alam sekitar tanggungjawab kita bersama"
andai patah sayap rajawali,
bertongkat jua saya ke mari,
bukan untuk bermadah saya kesini,
tetapi untuk kita sama-sama menghayati,mendalami dan
menyelami mauduk bicara yang berbunyi melestarikan alam
sekitar tanggungjawab kita bersama. Sekalung aprisiasi saya
hulurkan buat saudara pengerusi,kombinasi intelektual
kehakiman bervisi,guru-guru yang saya hormati,seterusnya
hadirin hadirat yang di kasihi dekat di hati. Assalammualaikum
dan salam 1 malaysia buat anda yang sudi melapangkan
masa,apa khabar penutur bahasa Malaysia tercinta.

Warga dewan yang dikasihi sekalian,


Sebelum mulut membuka kata, sebelum lidah mengatur
bicara,saya mewartakan dengan lebih jelas pendefinisian
melestarikan alam sekitar tanggungjawab kita bersama sebagai
mengekalkan ketulenan alam amanah kita semua. senario ini
mempunyai aspek yang begitu meluas tetapi jika kita renung dan
teliti dengan sedalam-dalamnya terdapat 1 aspek yang perlu
dipertekankan dibawah kata kunci tanggungjawab
bersama.Sebenarnya alam sekitar bagaikan isi dengan kuku
hubungannya dengan manusia, kerana manusia dan alam sekitar
memerlukan antara satu sama lain justeru alam sekitar perlu
diberi dilestarikan agar seluruh organisma di bumi ini dapat hidup
dangan selesa dan harmoni

Hadirin hadirat sekalian,

Indikator saya yang pertama bagi melestarikanalam sekitar ialah


mengadakan kempen kesedaran alam sekitar,tujuannya bukanlah
untuk membebankan,melecehkan mahupun menyusahkan hadirin
hadirat,sebaliknya meminimumkan masalah pencemaran alam
yang berlaku secara abnormal,sepertimana proses penebangan
dan pembakaran hutan untuk tujuan pembangunan,yang
kononnya untuk menjimatkan masa,tenaga serta mengelakkan
bebanan kos. Deklarasi demi deklarasi telah dijalankan,memang
mejoritinya semua individu sedar akan kepentingan menjaga
alam sekitar namun segalanya hanya rayuan manis dibibir
senyuman sinis yang dilemparkan.kita sebenarnya tidak sedar
bahawa bumi ini bukan milik kita sebaliknya kita hanya
meminjam dari generasi yang akan datang. Tuntasnya kempen
kesedaran wajar dilaksanakan agar masyarakat sedar akan tindak
tanduk mereka dan segera melestarikan alam sekitar.

Warga dewan yang bijak bestari,

Indikator saya yang ke-2 ialah ibu bapa perlu memainkan peranan
dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Hal ini
kerana ibu bapa merupakan orang yang mempunyai masa
senggang yang panjang bersama anak-anak.terdapat segelintir
remaja mahupun kanak-kanak yang masih lagi acuh tak acuh
dalam aspek kebersihan.saya bawakan contoh yang mudah,
pembuangan puntung rokok dan kertas pembalut gula-gula di
merata-rata tempat, acapkali kita lihat tempat-tempat seperti
perhentian bas dan tandas awam dicemari oleh benda-benda kecil
ini,sebenarnya setiap individu daripada kita mempunyai peranan
dalam usaha melestarikan alam sekitar, walaupun ianya
remeh,namun jangan di sebabkan remeh kelak membinasakan
masyarakat sekaligus merobek keindahan alam. Tegasnya ibu
bapa perlu memberi contoh dan teladan yang baik kepada anak-
anak di samping menasihati mereka supaya mencintai
kerbersihan alam sekitar bak kata pepatah melentur buluh
biarlah dari rebungnya.

Warga dewan sekalian,

Indikator saya yang ke-3 ialah pihak berkuasa perlu mengambil


tindakan tegas dengan menguatkuasakan undang-undang alam
sekitar di Negara kita sekaligus mengenakan denda yang sebati
dengan kesalahan yang dilakukan sepertimana yang termaktub
dalam seksyen 29 akta kualiti alam 1974 yang menyatakan
bahawa sesiapa yang melakukan kerosakan alam sekitar boleh
didenda RM500 000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau
kedua-duanya sekali. Hal ini kerana segelintir individu masih lagi
tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang
mencabul keindahan alam sedangkan kita dituntut menjaga
kebersihan dan mencintai alam sekitar begitu juga Mahatma
Gandhi,pemimpin india tersohor ada mengatakan bumi pada hari
ini hanya mencukupi bagi orang biasa tetapi tidak kepada orang
yang tamak haloba, yang membawa maksud mereka yang
mencemarkan alam sekitar demi mendapatkan keuntungan tidak
berhak keatas bumi ini. kata-kata ini membuatkan saya cukup
terpanggil untuk mengajak saudara saudari memikirkan
kepentingan manusia melestarikan alam sekitar kita. Rasionalnya
jika amalan ini tidak dipratikkan maka sukarlah untuk kita
merealisasikancabaran ke-4 dengan wawasan 2020

Sidang dewan sekalian,

Indikator saya yang ke-4 menekankan pihak media massa sebagai


salah satu medium efektif dalam melestarikan alam sekitar, hal
ini merujuk kepada peranan media massa yang mampu
mempengaruhi minda masyarakat, terutamanya remaja selaku
generasi pelapis untuk melesterikan alm sekitar tercinta.
Pelbagai informasi tentang alam sekitar dapat di perolehi melalui
media ini, sama ada melalui iklan,berita,wawancara mahupun
rancangan berbentuk dokumentari. Senario ini secara tidak
langsung dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan alam sekitar, apakan kesan-kesan kemusnahanya?
serta yang paling utama bagaimanakah cara-cara untuk kita
menjaganya, enak lauk di kunyah-kunyah,enak kata diulang-
ulang,sekiranya iklan tentang kepenting melestarikan alam
sekitar ini sering diulangi,acapkali didengar,sudah pasti setiap
individu dalam masyarakat merasakan tanggungjawab yang
harus dipikul dalam mengekalkan keindahan alam sekitar.
Tegasnya pihak media massa perlu berganding bahu kerana
mereka merupakan salah satu pihak yang penting dalam memberi
pendekatan kepada masyarakat dengan lebih efektif.

Warga dewan sekalian,

Harus di kejut mana yang lena,


Harus ditegur mana yang alpa.
Sebelum manusia ditimpa bencana,
Sebelum alam mulai berbicara.

Oleh itu,bukalah mata seluasnya dan sama-sama kita memulakan


anjakkan paradigma dangan menanamkan semangat cintakan
alam sekitar.ingatlah alam cemerlang,hidup gemilang. Jadi
anda bayangkan andainya alam boleh berbicara dan mungkin
inilah luahan perasaan sebatang pokok meranti ataupun seekor
semut merah.konklusinya manusia mengancam manusia yang
terancam. Persoalannya demi mengejar sesuatu
kemajuan,haruskah alam menjadi taruhan? Fikir-fikirkan agar
masalah ini tidak akan berleluasa sehingga mengakibatkan
ledakan tsunami di jepun, gunung merapi memuntahkan
lavanya,dan taufan Katrina serta Wilma Amarika. Tepuk dada
tanyalah minda,tepuk dahi fikirlah sendiri, melestarikan alam
sekitar tanggungjawab kita bersama

Teks Pidato-Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama

"Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama"

Ayah.Ayah. Di mana rumah kita? Ayah. Ayah. Di mana jiran kita? Ayah.
Ayah. Di mana adik-adik saya? Ayah Ayah Di mana ayah? Mungkin, inilah
luahan hati seekor anak ular tedung selar yang telah kehilangan habitat
akibat pembangunan.

Pembangunan adalah sebahagian daripada perkara yang berlaku di


sekeliling kita pada setiap hari. Atas nama pembangunan, saban waktu
kita melihat keadaan semula jadi di muka bumi ini terpaksa dikorbankan
sedikit demi sedikit, demi apa? Demi mengejar seribu impian yang
terkandung dalam istilah pembangunan.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang arif lagi bijaksana barisan
hakim yang berpaksikan keadilan, semestinya, saudara penjaga masa
Yang setia dengan randiknya, seterusnya rakan seperjuangan yang saya
segani serta hormati sekalian. Assalamualaikum dan salam pertemuan.
Berdirinya saya di sini, bukanlah untuk membuang masa hadirin, bukan
pula membuat tarian salsa dan bukan juga mengalunkan irama pop yeh
yeh akan tetapi menyampaikan pidato saya iaitu penjagaan alam sekitar
tanggungjawab bersama. Di sini saya akan mengungkap beberapa
persoalan yang bersangkutpaut dengan pelestarian alam sekitar tanggung
jawab bersama.

Sebelum kaki mengorak langkah, lidah mengalun bicara, jika kita lihat
tajuk pidato ini, ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan banyak
aspek boleh dibincangkan . Tetapi jika kita renung dan teliti dengan
sedalam-dalamnya maka kita dapati satu perkara yang perlu diambil kira
adalah pada perkataan tanggungjawab bersama. Saya akan pecahkan
tajuk saya ini kepada tiga kompenan utama. Yang pertama akan saya
kupaskan punca-punca kemusnahan alam sekitar, keduanya kesan-kesan
kemusnahan alam sekitar dan seterusnya mencari jalan alternatif dalam
melestarikan alam sekitar. Semuanya tidak lain dan tidak bukan
bertunjangkan tema penjagaan alam sekitar tanggungjawab bersama.

Sidang pendengar yang penuh santun,


Kompenan saya yang pertama adalah punca-punca kemusnahan alam
sekitar. Kemusnahan terhadap alam sekitar terjadi angkara perbuatan
manusia yang tidak mematuhi peraturan atau rang undang-undang
mahupun kaedah yang selamat dalam aktiviti kehidupan seharian.
Tindakan tersebut itu dikaitkan dengan sikap ingin mengaut keuntungan
maksimum dan mengurangkan bebanan kos yang ditanggung. Peraturan
soal kebersihan dan menjaga alam sekitar ada dibincangkan dalam kitab-
kitab feqah yang menandakan amalan ini penting dalam ajaran islam.
Pemimpin tersohor India, Mahatma Gandhi pernah berpesan bahawa
dunia hari ini hanya mencukupi untuk orang biasa tetapi tidak kepada
orang yang tamak dan haloba. Kata-kata yang terlalu besar ertinya ini
membuatkan saya cukup terpanggil mengajak saudara dan saudari sama-
sama memikirkan alam sekitar kita.

Terdapat segelintir individu bersikap tidak bertanggungjawab melakukan


perbuatan yang merobek keindahan alam sekitar seperti membuang
sampah, sisa toksik dan agen pencemar alam secara tidak mematuhi
piawaian yang ditetap pihak kerajaan sekaligus menyebabkan keindahan
alam sekitar tercabul. Tindakan buruk itu bukan sahaja menyalahi
undang-undang negara, bahkan satu perbuatan berdosa di sisi agama.
Ajaran Islam menegah umatnya melakukan perbuatan yang diketahui
mendatangkan kesan buruk, tidak kiralah kecil atau besar sesuatu
kesalahan itu. Individu yang tidak bertanggungjawab melakukan sesuatu
berdasarkan mana yang lebih mudah dan menguntungkan mereka. Soal
keburukan dan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pihak lain atau
masyarakat tidak pula dikisahkan. Hal ini umpama jari-jari liar yang rakus
menerkam mangsanya. Batu dilontar ke depan, tangan disorok ke
belakang. Yang konon-kononnya terlalu sarat, terlalu berat untuk difikirkan
bersama. Menyesakkan nafas orang yang melihat. Manusiaoh,
manusia.oh, manusia!

Sidang pendengar yang setia,


Kita terus meneroka dengan komponen kedua saya iaitu kesan-kesan
kemusnahan alam sekitar. Dipetik dari Malaysia Today, para akademik
mendapati bahawa dua pertiga daripada ekosistem yang seimbang yang
dikaji, telah mengalami kerosakan di tangan manusia sepanjang setengah
abad yang lalu. Wilayah tanah kering di dunia, yang mewakili 41 peratus
permukaan tanah di bumi, telah begitu teruk dimusnahkan, namun, di sini
jugalah populasi manusia telah berkembang dengan begitu pesatnya
sejak tahun 1990-an. Sepanjang 50 tahun yang lalu, manusia telah
mengubah ekosistem dengan pantas dan meluas berbanding mana-mana
waktu dalam sejarah manusia, kebanyakannya bagi memenuhi
permintaan yang meningkat untuk makanan, air bersih, kayu balak serta
keperluan yang lain. Seluruh akibatnya, hanya kini, kian nampak jelas.
Lebih kurang 15 dari 24 ekosistem yang utama bagi kehidupan atas bumi
telah mengalami kerosakan yang serius. Sebuah ekosistem ditakrifkan
sebagai sebuah kompleks yang dinamik mengandungi tumbuh-tumbuhan,
binatang dan mikroorganisma yang membentuk unit fungsi bersama
persekitaran benda bukan hidup yang dapat wujud bersama.

Sememangnya sektor pertanian menjana pendapatan negara dan


merupakan sumber pendapatan yang terpenting. Namun begitu,
peningkatan nutrien buatan manusia dalam persekitaran telah membawa
kepada peningkatan alga. Ini akan mengurangkan oksigen bagi hidupan
akuatik dan juga menghasilkan bahan toksik yang membahayakan air
untuk diminum. Hal ini disebut eutrofikasi yang disebabkan cahaya
matahari tidak dapat menembusi dasar air akibat pengumpulan alga di
atas permukaan air. Maka, tumbuhan akuatik tidak dapat menjalankan
proses fotosintesis untuk menghasilkan oksigen sekaligus menyebabkan
hidupan akuatik di ambang kepupusan. Terumbu yang didominasi oleh
batu karang kini dengan tiba-tiba berubah kepada dipenuhi alga, yang
telah bertambah disebabkan bertambahnya kadar nutrien yang turun dari
sumber-sumber dari darat. Banyak terumbu karang di Jamaica kini
didominasi oleh alga. Sekali lagi, hidupan akuatik diancam kepupusan
akibat kemusnahan habitat.

Sidang saksi yang bermisi,


Sudah banyak kesan buruk dapat dilihat dan dialami oleh seluruh
masyarakat dunia akibat masalah pencemaran. Isu pencemaran alam
merupakan masalah peringkat global yang turut melanda negara seluruh
dunia. Mungkin sesebuah negara itu telah, sedang dan akan mengalami
krisis ini. Kegagalan sesbuah negara menangani alam sekitar turut
melepasi sempadan negara apabila kesannya turut dirasai di negara lain.
Maka, sudah tentulah isu alam sekitar sering menjadi duri dalam daging
hubungan dua negara yang berjiran. Sedekad lalu, masyarakat dunia
heboh dengan masalah penipisan lapisan ozon. Kejadian itu selalu
menjadi igauan ngeri bagi generasi kini dan akan datang. Generasi kini
merupakan pencetus generasi akan datang. Lapisan ozon yang
melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung (UV) disebabkan
pelepasan gas-gas berbahaya secara tidak terkawal. Melepaskan unsur
pencemaran sememangnya tidak dapat dielakkan. Aktiviti harian manusia
sudah pasti tidak lepas daripada menghasilkan bahan buangan. Kita
makan dan menghasilkan najis, bekas pembalut makanan menjadi
sampah, menhidupkan enjin melepaskan asap dan sebagainya.

Namun, apakah tindakan kita? Jangan biarkan diri anda diselubungi


dengan misteri. Kita teruskan dengan komponen ketiga saya iaitu kempen
melestari alam sekitar. Sebenarnya, kempen ini bukannya bertujuan
menyusahkan, membebankan mahupun melecehkan hadirin sekalian
tetapi bertujuan mencari alternatif meminimumkan kesan daripada aktiviti
tersebut. Sebenarnya krisis alam sekitar bukannya suatu isu yang boleh
dianggap remeh. Di peringkat global, pelbagai perbincangan khusus yang
melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi negara seluruh dunia. Deklarasi
demi deklarasi telah dibuat mengenai tatacara dan usaha mengatasi
masalah ini. Memang tidak dinafikan, semua pihak sedar kepentingan
menjaga alam sekitar.

Bagaimanapun, perkara yang agak menyedihkan apabila negara maju


yang sedia kita tahu yang sebenarnya lebih banyak menyebabkan
masalah alam sekitar ini mengambil jalan mudah menunding jari terhadap
negara membangun sebagai punca berlakunya masalah alam sekitar.
Sebagai contoh, negara Amerika Syarikat merupakan penyebab 20%
kesan rumah hijau dunia. Negara maju lebih gemar menyalahkan aktiviti
pembalakan dan pembukaan tanah sebagai punca masalah alam sekitar.
Justeru, negara maju cuba menghalang atau memulau hasil kayu seperti
perabot yang dihasilkan daripada negara membangun sebagai ugutan
berlapik bagi menutup mulut negara membangun. Memang sukar untuk
negara membangun menegur dan memperbetulkan sikap buruk negara
maju. Maka, langkah yang mampu diambil ialah tindakan yang dilakukan
di dalam negara sendiri.

Ramai yang beranggapan bahawa pencemaran secara besar-besaran


sahaja boleh mencemarkan alam sekitar. Namun, hakikatnya memang
berbeza seperti yang difikirkan. Saya bawakan contoh membuang
puntung rokok dan kertas pembalut gula-gula juga perbuatan
mencemarkan alam sekitar. Biarpun kecil, tetapi sekiranya jumlahnya
berlipat kali ganda tetap mencemarkan alam sekitar. Acapkali kita lihat
tempat-tempat seperti perhentian bas, tandas awam dan sebagainya
kelihatan agak kotor disebabkan benda-benda kecil ini. Sebenarnya,
setiap antara kita mempunyai peranan untuk melestarikan alam sekitar
biarpun perkara itu dianggap remeh. Jangan disebabkan benda remeh ini,
kelak membawa binasa kepada seluruh komuniti masyarakat.

Hadirin sekalin, sidang penonton penuh santun,

Harus dikejut mana yang lena


Harus ditegur mana yang alpa
Sebelum manusia ditimpa bencana
Sebelum alam mulai bicara

Jika dikaji antara flora dan fauna tidak boleh dipisahkan. Asimilasi ini bagai
isi dengan kuku, bagai irama dengan lagu, bak aur dengan tebing. Oleh
itu, hutan ditebang, hutan dimusnahkan, hutan diterokai untuk
pembangunan sudah pastilah haiwan-haiwan akan pupus. Tidak hairanlah
hadirin sekalian, jika satu hari, monyet-monyet, harimau-harimau
mahupun gajah-gajah ingin berumah bersama kita. Bahkan jangan
terkejut sekiranya cucu cicit kita mengatakan beruang panda itu, pokok
yg tumbuh melilit di tepi pagar. Seterusnya, ledakan bom jangka ketiga ini
umpama ledakan bom jangka pada generasi mendatang.

Oleh itu, hadirin, bukalah mata dan minda sama-sama kita memulakan
anjakan paradigma dan menanamkan sikap mencintai alam sekitar. Ingat,
alam gemilang, hidup pasti cemerlang. Jadi, anda bayangkan andainya
alam boleh berkata-kata mungkin inilah luahan rasa sebatang pokok
meranti ataupun rintihan seekor semut api merah. Konklusinya, manusia
yang mengancam Manusia sendirilah turut terancam. Persoalannya, untuk
mengejar sesuatu kemajuan. Haruskah alam menjadi taruhan? Timbang-
timbangkan agar bom jangka ini tidak terus-terusan meledak seperti
ledakan tsunami di Acheh, gempa bumi di Pakistan dan taufan Katrina dan
Wilma di Amerika. Tepuk dada tanyalah minda, tepuk dahi fikirlah sendiri.
Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama, Wabillahitaufik wal
hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh. Pemidato
bestari, mohon permisi!

Tajuk : KELESTARIAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Event : Pertandingan Pidato Puteri Kebangsaan 2011
Venue : PWTC

Bismillahirrahmanirrahim.
ayahayahdi mana rumah kita? Ayah..ayah..di mana jiran kita? Ayah
ayah di mana adik-adik saya? Ayah-ayah di mana ayah?
mungkin,inilah luahan hati seekor anak ular tedung selar yang kehilangan
habitat akibat pembangunan. Pembangunan adalah satu perkara yang
wajib berlaku saban hari di sekeliling kita,atas nama
pembangunan,keadaan semulajadi di muka bumi terpaksa di korbankan
sedikit demi sedikit,demi apa?demi merealisasikan seribu impian yang
terkandung dalam istilah pembangunan.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berbahagia Datuk Seri Zahid


Hamidi,Menteri Pertahanan Malaysia,Yang Berbahagia Dato Rosnah Abdul
Rashid Shirlin,selaku Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Yang Arif
lagi bijaksana barisan hakim yang berpaksikan
keadilan,semestinya,saudari penjaga masa yang setia dengan
randiknya,dif-dif kehormat,tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi
sekalian.
Assalamualaikum, salam satu Malaysia dan Salam kelestarian alam
sekitar!

Para hadirin sekalian


Ini bukan gadis melayu untuk memilih calon menantu. Ini juga bukan
rancangan realiti yang mana jari-jemari yang menjadi jurinya,dan ini juga
bukan kisah Saheizy Sam menang Anugerah Bintang Popular..namun ini
ceritera kita bersama. Bagaimana? Ayuh bersama saya kelestarian
alam sekitar tanggungjawab bersama
Sebelum kaki mengorak langkah,lidah mengalun bicara,jika kita lihat pada
tajuk ini,ianya merupakan tajuk yang meluas dan banyak aspek yang
boleh dibincangkan. Tetapi jika direnung dan diteliti sedalam-
dalamnya,maka kita dapati satu perkara yang perlu diambil kira adalah
pada perkataan tanggungjawab bersama
Mutakhir ini,arus modenisasi menderaskan lagi pembangunan Negara
kita. Pelbagai projek sosioekonomi dijalankan dengan begitu rancak
namun sedarkah hadirin bahawa alam sekitar kita sudah terjejas?kita
sebenarnya tersempit antara keinginan menjadi sebuah Negara maju
dengan alam sekitar yang perlu dipelihara,bak kata peribahasa ditelan
mati emak,diluah mati bapa.

Sidang hadirin yang penuh santun,


Cuba ambil masa 60 saat dari sekarang,tanggungjawab bersama itu
sebenar-benarnya harus dipikul oleh siapa?ya,itulah jawapannya. Sudah
tentulah jawapannya merujuk kepada kanak-kanak yang baru dilahirkan
sehingga orang tua yang lanjut usianya. Alam yang sepatutnya kini kita
jaga,belai dan pelihara untuk anak cucu kita di masa hadapan telah
dirobek hari demi hari. Oleh yang demikian,dengan drastiknya beberapa
langkah perlu diambil kira bermula dari rumah lagi.Bak kata orang
Putih,home sweet home. Justeru itu,ibubapa perlu memainkan peranan
aktif dan tidak menganggap menjaga kebersihan adalah tanggungjawab
pihak tertentu sahaja. Bagaimana? Ibubapa perlulah menjadi contoh
kepada anak-anak agar mereka sentiasa menjaga kebersihan dan
keseimbangan alam sekitar terpelihara. Bagaimana?ibubapa
sekalian,disini mahupun dirumah,perlulah mewujudkan suasana yang
bersih di persekitaran rumah kita dan sentiasa memastikan sampah
sarap di tempat yang disediakan. Contohnya hadirin sekalian,ibubapa
menegur sikap anak-anak yang membuang sampah di tempat awam
dengan cara yang baik dan berkesan kerana ibubapa merupakan role
model anak-anak. Bak kata pepatah,bagaimana acuan begitulah
kuihnya.

Hadirin yang dikasihi sekalian,


Pihak sekolah mahupun kementerian pelajaran tidak terkecuali daripada
tanggungjawab terhadap alam sekitar. Tamsilannya,peranan dalam
memberikan tarbiyah tentang menjaga alam sekitar kepada pelajar perlu
diperkasakan lagi. Pada masa yang sama,pihak pentadbiran perlu
mengambil enteng setiap aduan pelajar tentang pencemaran sekeliling
serta menganjurkan aktiviti-aktiviti yang membantu menanam sifat
sayangkan keindahan alam sekitar,sebagai contoh pertandingan kelas
tercantik dan taman tercantik. Berbalik kepada pihak kementerian
pelajaran,pihak tersebut perlu memberi galakan kepada pelajar supaya
mengikut lawatan sambil belajar ke tempat2 yang alam sekitarnya
tercemar.. Tuntasnya kita tidak perlu bersikap bagai enau dalam
belukar,melepaskan pucuk masing-masing dalam memelihara alam
sekitar agar tidak terus menerus dipunah sewenang2nya.

Sedarkah hadirin sekalian bahawa hari alam sekitar sedunia @ world


environment day disambut pada 5 jun setiap tahun? Ditubuhkan oleh
pertubuhan agung PBB pada 1972 bagi membangkitkan kesedaran dan
menarik minat politik dan tindakan awam.Namun,masyarakat Malaysia
tidak cakna dan prihatin kewujudan Hari Alam Sekitar Sedunia ini kerana
mereka tengah menggaru kepala memikirkan kenaikan harga minyak
sejak bertahun lalu.oleh itu,seharusnya setiap anggota memiliki
kesedaran yang tinggi dalam menyelamatkan alam sekitar termasuk
sungai dan laut. Sebagai contoh,tidak sesuka hati membuang sampah ke
longkang kerana akan menyebabkan sistem saliran tersumbat dan boleh
menyebabkan banjir. Saya bagi contoh lagi,banjir besar yang berlaku di
Johor menyebabkan kerajaan mengeluarkan kos RM1 billion bagi
memperbaiki kemudahan2 yang rosak akibat banjir. Kita juga boleh
menjadi ejen penyedar masyarakat di mana kita menyebarkan mesej2
dan risalah2 kepada kawan2 mengenai isu ini melalui sms,e-
mail,blog,facevook,twitter dan lain-lain lagi. Sewajarnya masyarakat harus
sedar alam semulajadi yang dianugerahkan bukanlah satu benda yang
boleh di recycle atau kitar semula,tetapi ianya mestilah diharmonikan dan
dijaga. Allah telah meletakkan manusia sebagai khalifah di atas muka
bumi ini dengan sikap bertanggungjawab,jadi masyarakat haruslah
memainkan peranan agar alam lebih harmoni,aman dan makmur.

Sidang hadirin yang budiman,


Peranan media massa khususnya stesen2 televisyen amat penting
sebagai madah penghubung informasi dua hala antara masyarakat dan
juga pihak yang bertanggungjawab. Televisyen dikatakan sebagai suara
rakyat dalam melaporkan berita-berita mengenai alam sekitar dan pada
masa yang sama memberikan pendidikan kesedaran memelihara alam ini
kepada khalayak umum.
Sumbangan utama televisyen di negara ini adalah menjadi jambatan
maklumat kepada masyarakat dalam memaparkan isu-isu yang berkaitan
alam sekitar khususnya. Misalnya siapa yang tidak mengenali Karam
Singh Walia yang sering dikaitkan dengan laporan yang sensasi mengenai
alam sekitar.

Pemimpin tersohor India, Mahatma Gandhi pernah berkata bahawa dunia


hari ini hanya mencukupi untuk orang biasa tetapi tidak kepada orang
yang tamak dan haloba. Kata-kata yang penuh pengertian ini
menunjukkan bahawa kita semua bertanggungjawab dalam memikirkan
isu alam sekitar terutama kepada media yang merupakan watchdog
kepada masyarakat.Rancangan TV Pendidikan merupakan bahan bantu
mengajar yang sangat berkesan bagi mempertingkat mutu pengajaran
dan pembelajaran di sekolah dan pada masa yang sama membantu
merangsangkan minda dan motivasi pelajar ke arah mencintai alam
sekitar.Siaran televisyen mahupun radio memiliki daya pengaruh yang
sangat kuat terhadap kehidupan manusia sebagaimana yang diterangkan
dalam Teori Peluru atau Hyperdemic Needle Theory, yang mampu
mengubah sikap, pendapat dan tingkah laku seseorang.
Maka, dilihat televisyen berperanan besar dalam memulihkan bencana
alam termasuk peristiwa ombak besar Tsunami pada 26 Disember 2004
dengan kekuatannya telah menyiarkan bencana nasional tersebut setiap
saat, setiap waktu. Dek peranan televisyenlah berjuta-juta masyarakat
dunia memberikan bantuan, doa dan material lain. Isu-isu alam sekitar
yang dilaporkan oleh pihak televisyen telah menarik perhatian banyak
pihak. Dalam membicarakan soal bencana alam peranan dan sumbangan
televisyen adalah jelas dan nyata.Sebagai contoh, pemberitaan tentang
gunung Merapi yang semakin hari dilaporkan telah memberikan maklumat
yang penting kepada masyarakat diluar agar berwaspada.
Hari ini, jikalau menonton televisyen tidak kira stesen televisyen swasta
mahupun kerajaan, kebanyakan berita yang dipaparkan adalah mengenai
isu politik, hiburan, ekonomi dan sebagainya., Amat jarang sekali isu
mengenai pendidikan mahupun pemuliharaan alam sekitar dipaparkan
oleh stesen televisyen. Yang hanya mendapat liputan adalah isu
seperti kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, isu liwat Dato Seri Anwar
dan pelbagai berita hiburan lain lagi. Memang tidak dinafikan berita-berita
sebegitu juga adalah penting. Namun begitu, isu alam sekitar amat
penting dan perlu diberi penegasan kerana masalah alam sekitar boleh
membantutkan perkembangan ekonomi negara dan seterusnya boleh
menjejaskan pembangunan negara. Pada keseluruhannya, apabila berlaku
sesuatu tragedi atau fenomena alam sekitar, barulah wartawan-wartawan,
pemberita sibuk melaporkannya. Begitu jua, semuanya ibarat sudah
terhantuk baru tergadah. Program televisyen mengenai pendidikan
pemuliharaan alam sekitar seharusnya semakin hebat diterbitkan. Media
seperti stesen-stesen televisyen perlu membangkitkan mana-mana pihak
yang lena, menegur mana-mana pihak yang alpa sebelum masyarakat
ditimpa bencana, sebelum alam mula memberontak. Yang pastinya,
janganlah kita mencemarkan alam sekitar kerana kita memerlukannya.
Walau hanya dengan tidak membuang sampah merata-rata sudah cukup
bermakna untuk kita berbakti kepada alam. Tentunya alam sekitar yang
terjaga memberi manfaat kepada kita jika kita prihatin
menjaganya. Tuntasnya, media perlu lebih pro-aktif dan agresif dalam
membongkar isu alam sekitar melalui integrasi pendidikan alam sekitar.

Hadirin yang dimuliakan,


Jantung negara kita iaitu kerajaan Malaysia sendiri perlu memulakan
langkah yang bijak dan setanding dengan negara Jerman misalnya yang
telah menggunakan sistem green dot iaitu sistem kitar semula bahan-
bahan pembungkus. Bahan2 pembungkus yang mempunyai green dot ini
akan dikutip,diasingkan dan dikitar semula.Taiwan contohnya telah
mengharamkan pengedaran beg plastik dan alas meja pakai buang patut
dicontohi dan mendorong negara kita ke arah mesra alam sekitar. Pihak
kerajaan juga perlu dan mesti memantau lokasi2 yang sering menjadi
tempat pembuangan sisa toksik atau pembalakan haram.dalam hal
ini,pihak kerajaan perlu memainkan peranan besar supaya hukuman
setimpal dikenakan kepda pihak yang delinkuen terhadap peraturan alam
sekitar.bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Oleh itu,kita
perlulah memupuk semangat sinergi dengan pihak kerajaan supaya dapat
mengatasi isu kelestarian alam sekitar ini.

Hadirin sekalian,sidang penonton penuh santun,


Harus dikejut mana yang lena,
Harus ditegur mana yang alpa,
Sebelum manusia ditimpa bencana,
Sebelum alam mulai bicara

Jika dikaji antara flora dan fauna tidak boleh dipisahkan. Asimilasi ini bagai
isi dan kuku,bagai irama dan lagu,bak aur dengan tebing. Oleh itu,hutan
ditebang,hutan dimusnahkan,hutan diterokai untuk pembangunan sudah
pastilah haiwan-haiwan akan pupus. Tidak hairanlah hadirin sekalian,jika
satu hari nanti,monyet2,harimau2 dan gajah2 ingin berumah bersama
kita. Bahkan jangan terkejut jika cucu cicit kita mengatakan beruang
panda itu pokok yang tumbuh melilit ditepi pagar.
Oleh itu hadirin,bukalah mata dan minda,sama2 kita memulakan anjakan
paradigma dan menanamkan sifat mencintai alam sekitar. Ingat,alam
gemilang,hidup pasti cemerlang. Jadi anda bayangkan andainya alam oleh
berkata2,mungkin inilah luahan isi hati sebatang pokok meranti ataupun
seekor semut api merah. Konklusinya,manusia yang mengancam,manusia
sendiri yang terancam. Persoalannya,untuk mengejar sesuatu
kemajuan,haruskah alam menjadi taruhannya? Timbang-timbangkan agar
bom jangka ke tiga ini tidak terus meledak seperti ledakan tsunami di
Jepun,gempa Bumi di Pakistan dan taufan Katrina dan Wilma di Amerika.
Tepuk dada tanyalah minda,tepuk dahi,fikir2 lah sendiri.
kelestarian alam sekitar tanggungjawab bersama
Wabillahitaufiqwalhidayah..wassalam.
Pemidato bestari,mohon berundur.^,^

You might also like