You are on page 1of 9

PIDATO BAHAGIAN B (PANDUAN)

Format Mudah

1) Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Selamat pagi dan salam sejahtera para hakim, penjaga masa
dan hadirin hadirat sekalian.

2) Tajuk pidato kedua saya pada pagi ini ialah ‘_______________’

3) Definisi bagi tajuk pidato saya iaitu ‘__________’ ialah _____________________.

_______ Pembukaan _________

______ Indikator 1 __________ Tuntasnya, …….

______ Indikator 2 __________ Konklusinya, ……..

______ Indikator 3 (jika perlu) _______

4) Kesimpulannya, _________________________________________________.

Amalan Gaya Hidup Sihat Menjamin Kualiti Hidup

1)

2) ‘Amalan Gaya Hidup Sihat Menjamin Kualiti Hidup’

3) ‘Amalan Gaya Hidup Sihat Menjamin Kualiti Hidup’ ialah amalan tabiat yang meningkatkan tahap
kesihatan mampu menjamin kesejahteraan hidup.

Amalan yang mempu menjaga kesihatan ini semakin hari semakin diabaikan oleh rakyat Malaysia kita.
Pelbagai nasihat telah diberikan namun umpama mencurah air ke daun keladi. Apakah amalan gaya hidup
yang boleh dipraktikkan untuk menjamin kualiti hidup?

Indikator saya yang pertama, amalan-amalan negatif sepatutnya dielakkan. Hal ini kerana amalan yang
negatif mampu mempengaruhi kesihatan kita. Misalnya, amalan merokok boleh membawa kepada
pelbagai penyakit. Antaranya, sakit jantung, barah paru-paru dan kemungkinan menghidapi strok.
Tuntasnya, amalan gaya hidup sihat seperti mengelakkan amalan-amalan negatif mampu menjamin kualti
hidup.

Indikator saya yang kedua, amalan senaman sewajarnya diterapkan. Amlan ini bertujuan untuk
menyihatkan tubuh badan. Hal ini demikian kerana, sisa toksin dikeluarkan dari badan semasa senaman
melalui peluh. Sebagai contohnya, aktiviti senaman boleh dilakukan sebanyak 3 kali seminggu iaitu 20
minit satu sesi. Konklusinya, amalan senaman mampu menjamin kualiti hidup.

*** Indikator lain : Makan makanan sembang


Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat seperti mengelakkan amalan negatif dan mengamalkan senaman
mampu menjamin kualiti hidup. Oleh itu, saya sarankan kepada hadirin dan hadirat untuk mengamalkan
gaya hidup sihat untuk kekal cerdas. Ingatlah, badan sihat, otak cerdas. Sekian, terima kasih.

Bahasa Jiwa Bangsa

(1)
(2) 'Bahasa Jiwa Bangsa'
(3) 'Bahasa Jiwa Bangsa' ialah bahasa yang menjadi milik mutlak sesuatu bangsa serta menjadi identiti
kebangsaan.

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara. Namun, bahasa ini kian tergugat dengan bahasa-bahasa
asing dari negara-negara atas angin. Rakyat mengagungkan bahasa luar kerana ingin kelihatan bergaya
dan mengikuti perkembangan masa kini. Tetapi, mereka lupa kepentingan bahasa Melayu ini.
Persoalannya, apakah kepentingan bahasa Melayu?

Indikator saya yang pertama, bahasa Melayu penting dalam seni hiburan. Pada masa kini, kita semua
tahu bahawa bidang seni hiburan di negara Malaysia memerlukan penggunaan bahasa Melayu dalam
pembikinan karya. Sebagai contohnya, bahasa Melayu digunakan dalam pembuatan lagu, drama, filem
dan teater. Tuntasnya, bahasa Melayu penting dalam bidang seni hiburan.

Indikator saya yang kedua, bahasa Melayu penting dalam bidang pendidikan. Hal ini kerana, sekiranya
guru dan pelajar menggunakan bahasa Melayu dalam proses P&P pelajar akan lebih cepat faham. Hal ini
pasti mampu menjadikan pelajar itu cemerlang. Konlusinya, bahasa Melayu penting dalam pendidikan.

**** Indikator lain: Alat perkomunikasian

Kesimpulannya, bahasa Melayu penting dalam bidang seni hiburan dan pendidikan. Oleh itu, saya
sarankan kepada hadirin dan hadirat untuk sentiasa memartbatkan bahasa Melayu agar dikenal di
peringkat global supaya mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang
lain. Ingatlah, bahasa melambangkan bangsa. Sekian,terima kasih.

Alam Sekitar Dilestari Kehidupan Rakyat Berkualiti


(1)
(2) 'Alam Sekitar Dilestari Kehidupan Rakyat Berkualiti'
(3) 'Alam Sekitar Dilestari Kehidupan Rakyat Berkualiti' ialah alam sekeliling yang dijaga dan dipelihara
menjadikan rakyat hidup sejahtera.

Alam sekitar kita kian tercemar pada masa kini. Hal ini menyebabkan berlakunya bencana alam seperti
banjir, jerebu dan kemarau. Persoalannya disini, apakah cara yang efektif bagi melestarikan alam sekitar
untuk kehidupan rakyat yang berkualiti?

Indikator saya yang pertama, Jabatan Alam Sekitar memainkan peranan yang penting. Jabatan tersebut
seharusnya turun padang memantau aktiviti yang dilakukan terhadap hutan untuk mengelakkan
pencemaran. Aduan yang diterima sewajarnya diselesaikan dengan segera. Misalnya, masalah banjir
melanda negara kita baru-baru ini (hanya sesuai digunakan sekitar awal tahun 2015) dipercayai berpunca
daripada penebangan pokok. Jadi, Jabatan Alam Sekitar seharusnya mengambil tindakan tegas terhadap
perkara ini. Tuntasnya, Jabatan Alam Sekitar berperanan penting untuk melestarikan alam sekitar.

Indikator saya yang kedua, kempen yang dianjurkan boleh melestarikan alam sekitar. Kempen tersebut
bertujuan untuk menyedarkan rakyat tentang kepentingan penjagaan alam. Misalnya, kempen yang
pernah dianjurkan ialah Sayangi Sungai Kita, Cintai Alam Sekitar dan sebagainya. Konklusinya, kempen
yang dianjurkan memapu melestarikan alam sekitar serta menjadikan kehidupanj rakyat berkualiti.

**** Indikator lain: Peranan pihak sekolah

Kesimpulannya, alam sekitar boleh dilestarikan melalui peranan Jabatan Alam Sekitar dan penganjuran
kempen dan mampu menjamin kualiti hidup rakyat. Oleh itu, saya sarankan kepada hadirin dan hadirat
untuk menjaga alam sekitar kita. Ingatlah, alam sekitar tanggungjawab bersama. Sekian,terima kasih.

Keutuhan Perpaduan Keharmonian Berkekalan


p/s: Apa-apa sahaja yang berkaitan perpaduan, isinya boleh disamakan melainkan soalan merujuk kepada
sesuatu pihak sahaja. Sebagai contoh soalan yang tidak boleh sama isi dengan tajuk ini, Peranan Media
Massa Dalam Perpaduan, Peranan Kerajaan Dalam Perpaduan atau Peranan Sekolah Dalam Perpaduan.

(1)
(2) 'Keutuhan Perpaduan Keharmonian Berkekalan'
(3) 'Keutuhan Perpaduan Keharmonian Berkekalan' ialah penyatuan rakyat yang kukuh mampu
menjadikan negara aman dan sejahtera.

Peribahasa ada menyebut, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, Hati gajah sama dilapah, hati
kuman sama dicecah dan bersatu teguh bercerai roboh. Hal ini menggambarkan betapa pentingnya
keutuhan perpaduan antara kaum dalam menjamin keharmonian. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk
menjadikan perpaduan itu lebih utuh?

Indikator saya yang pertama, Rukun Negara boleh menjadikan perpaduan kaum lebih utuh. Hal ini
kerana, rakyat melafazkan lima prinsip yang mempunyai nilai murni untuk dihayati. Mereka akan
mengamalkan nilai tersebut dan hidup berbaik-baik antara satu sama lain. Misalnya, Rukun Negara
kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan mengajar rakyat untuk bersopan dengan satu sama lain dan
mengelakkan pergaduhan. Tuntasnya, Rukun Negara boleh menjadikan perpaduan lebih utuh.

Indikator saya yang kedua, Rumah Terbuka boleh dianjurkan untuk mengutuhkan perpaduan kaum. Hal
ini mampu membuatkan bangsa berbeza duduk semeja tanpa ada prasangka dan menjamah makanan
masing-masing. Sudah pasti suasana sedemikian yang diimpikan oleh kerajaan bahkan kita semua pun
mengidamkan detik perpaduan sebegitu. Konklusinya, rumah terbuka boleh mengeratkan lagi perpaduan
kaum.

**** Indikator lain: Program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan)

Kesimpulannya, keutuhan perpaduan mampu diwujudkan melalui Rukun Negara dan penganjuran rumah
terbuka serta penting untuk keamanan negara. Oleh itu, saya sarankan kepada hadirin dan hadirat untuk
sentiasa bersatu padu dalam apa jua perkara pun. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir
Mohamad pernah berkata, bangsa yang lemah sekalipun jika bersatu padu, pasti mampu menggoncang
dunia. Sekian,terima kasih.

Perpaduan Teras Keamanan Negara


(1)
(2) 'Perpaduan Teras Keamanan Negara'
(3) 'Perpaduan Teras Keamanan Negara' ialah penyatuan masyarakat penting untuk keharmonian dan
kesejahteraan negara.

Peribahasa ada menyebut, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, Hati gajah sama dilapah, hati
kuman sama dicecah dan bersatu teguh bercerai roboh. Hal ini menggambarkan betapa pentingnya
keutuhan perpaduan antara kaum dalam menjamin keharmonian. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk
menjadikan perpaduan itu lebih utuh?

Indikator saya yang pertama, Rukun Negara boleh menjadikan perpaduan kaum lebih utuh. Hal ini
kerana, rakyat melafazkan lima prinsip yang mempunyai nilai murni untuk dihayati. Mereka akan
mengamalkan nilai tersebut dan hidup berbaik-baik antara satu sama lain. Misalnya, Rukun Negara
kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan mengajar rakyat untuk bersopan dengan satu sama lain dan
mengelakkan pergaduhan. Tuntasnya, Rukun Negara boleh menjadikan perpaduan lebih utuh.

Indikator saya yang kedua, Rumah Terbuka boleh dianjurkan untuk mengutuhkan perpaduan kaum. Hal
ini mampu membuatkan bangsa berbeza duduk semeja tanpa ada prasangka dan menjamah makanan
masing-masing. Sudah pasti suasana sedemikian yang diimpikan oleh kerajaan bahkan kita semua pun
mengidamkan detik perpaduan sebegitu. Konklusinya, rumah terbuka boleh mengeratkan lagi perpaduan
kaum.

**** Indikator lain: Program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan)

Kesimpulannya, perpaduan penting untuk keamanan negara. Oleh itu, saya sarankan kepada hadirin dan
hadirat untuk sentiasa bersatu padu dalam apa jua perkara pun. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun
Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata, bangsa yang lemah sekalipun jika bersatu padu, pasti mampu
menggoncang dunia. Sekian,terima kasih.

Sekolah Penyayang Murid Cemerlang


(1)
(2) 'Sekolah Penyayang Murid Cemerlang'
(3) 'Sekolah Penyayang Murid Cemerlang' ialah sesuatu organisasi tempat menuntut ilmu yang
mempunyai ciri penyayang mampu melahirkan pelajar cemerlang dalam semua bidang seperti jasmani,
emosi, rohani dan intelek.

Pelajar menganggap sekolah sebagai rumah kedua mereka. Adakah anda semua tahu, sekolah yang
penyayang lebih cenderung melahirkan pelajar yang cemerlang. Persoalannya, sekolah penyayang
melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi atau aspek apa?

Indikator saya yang pertama, sekolah penyayang melahirkan pelajar cemerlang dari segi akademik. Hal
ini kerana , pelajar akan dibimbing dan diberi perhatian berterusan oleh guru. Sudah pasti pelajar akan
lebih memahami pembelajaran itu. Jadi, pelajar yang cemerlang mampu bersaing di peringkat dunia dan
boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara yang lain. Tuntasnya, pelajar yang
cemerlang dari segi akademik mampu dilahirkan oleh sekolah penyayang.

Indikator saya yang kedua, sekolah penyayang melahirkan pelajar cemerlang dari segi sahsiah. Pelajar
akan diajar  mengenai cara mematuhi peraturan dengan baik. Hal ini boleh menyediakan mereka dengan
suasana kerja pada masa hadapan. Konlusinya, sekolah penyayang melahirkan pelajar yang cemerlang
dari aspek sahsiah.

****  Indikator lain: Kokurikulum

Kesimpulannya, sekolah penyayang mampu melahirkan pelajar cemerlang dari aspek akademik dan
sahsiah. Oleh itu, saya sarankan kepada hadirin dan hadirat untuk memberi kerjasama kepada pihak
sekolah untuk mewujudkan suasana yang kondusif untuk belajar. Sesungguhnya, Sekolahku Syurgaku.
Sekian,terima kasih.

Murid Berdisiplin Tinggi Kejayaan Akademik Dikecapi


(1)
(2) 'Murid Berdisiplin Tinggi Kejayaan Akademik Dikecapi'
(3) 'Murid Berdisiplin Tinggi Kejayaan Akademik Dikecapi' ialah pelajar yang  bersahsiah tinggi mampu
berjaya dalam pelajarannya.

Murid yang berdisiplin tinggi menjadi kebanggaan negara. Persoalannya, apakah ciri-ciri murid yang
berdisiplin tinggi untuk mencapai kejayaan akademik?

Indikator saya yang pertama, murid yang bijak mengatur masa merupakan murid yang berdisiplin tinggi.
Mereka mempunyai jadual belajar sendiri dan mematuhinya. Hal ini mampu menjadikan mereka
cemerlang dalam pelajaran. Konlusinya, pelajar yang bijak mengatur masa ialah murid yang berdisiplin
dan pasti berjaya dalam pelajaran.

Indikator saya yang kedua, murid yang mematuhi peraturan merupakan murid yang berdisiplin tinggi.
Pelajar sebegini pasti disegani oleh guru dan pelajar. Mereka pasti akan berjaya keraan mempunyai
disiplin dan matlamat yang jelas. Tuntasnya, pelajar yang mematuhi peraturan merupakan pelajar yang
berdisiplin dan pasti berjaya dalam bidang akademik.

****  Indikator lain: Menepati masa

Kesimpulannya, pelajar yang mematuhi peraturan dan bijak mengurus masa merupakan pelajar yang
berdisiplin tinggi dan boleh mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Oleh itu, saya sarankan kepada
hadirin dan hadirat untuk menerapkan ciri-ciri positif tersebut untuk mencapai kejayaan kerana kita
merupakan pemimpin pada masa hadapan. Ingatlah, pemudi tiang negara, pemuda harapan bangsa.
Sekian,terima kasih.

Kepimpinan Berkesan Mampu Mencapai Wawasan


(1)
(2) 'Kepimpinan Berkesan Mampu Mencapai Wawasan'
(3) 'Kepimpinan Berkesan Mampu Mencapai Wawasan' ialah cara pentadbiran yang bersistematik mampu
menjadikan visi negara tercapai.

Kita seharusnya berbangga kerana lahir di negara yang berdemokrasi. Pasti wawasan negara mampu
dicapai jika pemimpinnya bijak. Oleh itu, apakah cara kepimpinan yang berkesan oleh pemimpin dan
mencapai wawasan?

Indikator saya yang pertama, kepimpinan yang berkesan ialah pemimpin yang bersahsiah tinggi. Mereka
mempunyai etika yang tinggi, mematuhi peraturan dan sebagainya. Hal ini mampu mensejahterakan
rakyat. Tuntasnya, pemimpin yang bersahsiah tinggi merupakan cara kepimpinan yang berkesan dan
mampu mencaapi wawasan negara.

Indikator saya yang kedua, pemimpin yang prihatin kepada rakyat membolehkan wawasan negara
tercapai. Kita sangat beruntung, kerana berada di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang tercinta iaitu
Dato' Seri Najib. Beliau telah melakukan pelbagai cara untuk mensejahterakan rakyat. Buktinya, Klinik 1
Malaysia memudahkan rakyat mendapatkan rawatan dengan kos yang rendah. Konklusinya, pemimpin
yang prihatin kepada rakyat mampu membimbing negara ke arah mencapai wawasan.

****  Indikator lain: berdaya saing tinggi , berinovasi, sistem pentadbiran teratur

Kesimpulannya, kepimpinan yang berkesan seperti cara pemimpin yang prihatin kepada rakyat dan
berdisplin tinggi mampu menjadikan negara mencapai wawasan. Oleh itu, saya sarankan kepada hadirin
dan hadirat untuk menyokong kerajaan dalam apa jua perkara yang dilakukan.

Pulau Pandan jauh ke tengah,


Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Pemimpin yang baik dikenang juga.

Sekian,terima kasih.

Remaja Cemerlang Negara Terbilang


(1)
(2) 'Remaja Cemerlang Negara Terbilang'
(3) 'Remaja Cemerlang Negara Terbilang' ialah remaja yang mempunyai kejayaan yang baik mampu
menjadikan negara cemerlang dalam semua bidang.

Pemimpin Indonesia, Soekarno pernah berkata, berikan aku sepuluh orang remaja dan aku akan gegarkan
dunia. Jelaslah bahawa remaja amat penting dalam pembangunan negara masa hadapan. Persoalannya,
remaja yang cemerlang dari aspek apakah yang menjadikan negara terbilang.

Indikator saya yang pertama, remaja yang cemerlang dari segi ilmu mampu menjadikan negara terbilang.
Mereka pasti mampu bersaing dengan rakyat dari negara lain. Bukan itu sahaja, mereka boleh membawa
kebanggaan kepada negara dengan memenangi pertandingan di peringkat antarabangsa. Tuntasnya,
remaja yang cemerlang dari segi ilmu mampu menjadikan negara cemerlang.

Indikator saya yang kedua, remaja yang cemerlang dari segi sukan mampu menjadikan negara terbilang.
Hal ini boleh mengharumkan nama negara dengan memenangi pertandingan di pentas dunia. Sebagai
contohnya, atlet yang berjaya di peringkat antarabangsa ialah Dato' Lee Chong Wei, Dato' Nicol Ann
David, Pandelela Rinong dan sebagainya. Konklusinya, remaja yang cemrlanmg dari segi sukan pasti
menjadikan negara terbilang.

****  Indikator lain: sahsiah, daya pemikiran

Kesimpulannya, pelajar yang cemerlang dari segi sukan dan ilmu mampu menjadikan negara terbilang..
Oleh itu, saya sarankan kepada hadirin dan hadirat untuk sentiasa membanggakan negara. Ingatlah
bahawa pemudi tiang negara, pemuda harapan bangsa. Sekian,terima kasih.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melahirkan Pelajar Cemerlang


(1)
(2) 'Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melahirkan Pelajar Cemerlang'
(3) 'Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melahirkan Pelajar Cemerlang' ialah keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan menjadikan murid itu berjaya dalam semua bidang.

Kita semua tahu bahawa soalan KBAT ini menjadi salah satu soalan yang diketengahkan dalam
peperiksaan awam kini. Persoalannya, bagaimanakah kemahiran berfikir aras tinggi melahirkan pelajar
cemerlang?

Indikator saya yang pertama, kemahiran ini menjadikan pelajar lebih kreatif dan inovatif. Mereka boleh
membuat ciptaan mereka sendiri mengikut daya pemikiran mereka. Misalnya, dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu, pelajar akan disuruh mencipta sesuatu dan mereka boleh mengaplikasikan
daya inovasi mereka dan mendapat marakh yang diingini. Tuntasnya, kemahiran ini menjadikan pelajar
lebih cemerlang dan kreatif dan melahirkan pelajar yang cemerlang.

Indikator saya yang kedua, kemahiran ini mampu menjadikan pelajar lebih berdikari. Hal ini kerana
pelajar boleh memikirkan sendiri jawapan bagi soalan yang dikemukakan. Sebagai contohnya, dalam
pentaksiran LISAN, pelajar akan diaju soalan yang memerlukan daya pemikiran yang tinggi dan mereka
pasti boleh menjawab dengan betul. Konklusinya, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi mampu menjadikan
pelajar lebih berdikari.

****  Indikator lain: memikirkan strategi penyelesaian sendiri, berkeyakinan

Kesimpulannya, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi menjadikan pelajar cemerlang kerana membolehkan
pelajar lebih kreatif dan inovatif dan berdikari. Oleh itu, saya sarankan kepada hadirin dan hadirat untuk
mengamalkan kemahiran berfikir aras tinggi untuk menjadi lebih cemerlang. Ingatlah, pelajar cemerlang
tunjang nusa. Sekian,terima kasih.

Hargai Warga Tua


(1)
(2) 'Hargai Warga Tua'
(3) 'Hargai Warga Tua' ialah menghargai golongan yang sudah tua atau berusia sekitar 60 tahun ke atas.

Pada masa kini, kita sering melihat warga tua diabaikan oleh anak mereka. Merekalah orang yang paling
banyak berjasa kepada kita. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk membalas jasa mereka?

Indikator saya yang pertama, sebagai anak kita haruslah memberi kasih sayang kepada mereka. Mereka
banyak memberi kita perhatian semasa kita kecil. Kita janganlah menjadikan alasan kesibukan bekerja
untuk mengabaikan mereka. Tuntasnya, kasih sayang boleh diberi untuk menghargai jasa mereka.

Indikator saya yang kedua, kita seharusnya memenuhi keperluan mereka. Kita seharusnya mengambil
tahu keperluan mereka seperti ubat-ubatan. Jika boleh, elakkan untuk menghantar ibu bapa ke rumah
jagaan orang tua. Konklusinya, kita boleh menghargai jasa ibu bapa dengan memenuhi keperluan mereka.

****  Indikator lain: Sabar melayan kerenah mereka

Kesimpulannya, kita seharusnya menghargai jasa mereka dengan memberi kasih sayang dan memenuhi
keperluan mereka. Oleh itu, saya sarankan hadirin dan hadirat di dalam dewan ini supaya menjaga dan
menghargai warga tua. Ingatlah, warga emas kita sayangi bersama. Sekian,terima kasih.

You might also like