You are on page 1of 11

PIDATO BAHAGIAN B (SPONTAN)

Format Mudah
(1) Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Selamat pagi dan salam sejahtera para
hakim, penjaga masa dan hadirin hadirat sekalian.
(2) Tajuk pidato kedua saya pada pagi ini ialah '____________'
(3) Definisi bagi tajuk pidato saya iaitu '_____' ialah _______________
____Pembukaan____
____Indikator 1 ____ Tuntasnya,.....
____Indikator 2 ____ Konklusinya,....
____Indikator 3 (jika perlu)____
(4) Kesimpulannya,
____________________________________________________

Amalan Gaya Hidup Sihat Menjamin Kualiti Hidup


(1)
(2) 'Amalan Gaya Hidup Sihat Menjamin Kualiti Hidup'
(3) 'Amalan Gaya Hidup Sihat Menjamin Kualiti Hidup' ialah amalan tabiat yang
meningkatkan tahap kesihatan mampu menjamin kesejahteraan hidup.
Amalan yang mampu menjaga kesihatan ini semakin hari semakin diabaikan oleh
rakyat Malaysia kita. Pelbagai nasihat telah diberikan namun umpama mencurah air
ke daun keladi. Apakah amalan gaya hidup yang boleh dipraktikkan untuk menjamin
kualiti hidup?
Indikator saya yang pertama, amalan-amalan negatif sepatutnya dielakkan. Hal ini
kerana, amalan yang negatif mampu mempengaruhi kesihatan kita. Misalnya,
amalan merokok boleh membawa kepada pelbagai penyakit. Antaranya, sakit
jantung, barah paru-paru dan kemungkinan menghidapi strok. Tuntasnya, amalan
gaya hidup sihat seperti mengelakkan amalan-amalan negatif mampu menjamin
kualiti hidup.

Indikator saya yang kedua, amalan senaman sewajarnya dikerapkan. Amalan ini
bertujuan untuk menyihatkan tubuh badan. Hal ini demikian kerana, sisa toksin
dikeluarkan dari badan semasa senaman melalui peluh. Sebagai contohnya, aktiviti
senaman boleh dilakukan sebanyak 3 kali seminggu iaitu 20 minit satu sesi.
Konklusinya, amalan senaman mampu menjamin kualiti hidup,
**** Indikator lain: Makan makanan seimbang
Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat seperti mengelakkan amalan negatif dan
mengamalkan senaman mampu menjamin kualiti hidup. Oleh itu, saya sarankan
kepada hadirin dan hadirat untuk mengamalkan gaya hidup sihat untuk kekal
cerdas. Ingatlah, badan sihat otak cerdas. Sekian,terima kasih.
Bahasa Jiwa Bangsa
(1)
(2) 'Bahasa Jiwa Bangsa'
(3) 'Bahasa Jiwa Bangsa' ialah bahasa yang menjadi milik mutlak sesuatu bangsa
serta menjadi identiti kebangsaan.
Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara. Namun, bahasa ini kian tergugat
dengan bahasa-bahasa asing dari negara-negara atas angin. Rakyat
mengagungkan bahasa luar kerana ingin kelihatan bergaya dan mengikuti
perkembangan masa kini. Tetapi, mereka lupa kepentingan bahasa Melayu ini.
Persoalannya, apakah kepentingan bahasa Melayu?
Indikator saya yang pertama, bahasa Melayu penting dalam seni hiburan. Pada
masa kini, kita semua tahu bahawa bidang seni hiburan di negara Malaysia
memerlukan penggunaan bahasa Melayu dalam pembikinan karya. Sebagai
contohnya, bahasa Melayu digunakan dalam pembuatan lagu, drama, filem dan
teater. Tuntasnya, bahasa Melayu penting dalam bidang seni hiburan.
Indikator saya yang kedua, bahasa Melayu penting dalam bidang pendidikan. Hal
ini kerana, sekiranya guru dan pelajar menggunakan bahasa Melayu dalam proses
P&P pelajar akan lebih cepat faham. Hal ini pasti mampu menjadikan pelajar itu
cemerlang. Konlusinya, bahasa Melayu penting dalam pendidikan.
**** Indikator lain: Alat perkomunikasian

Kesimpulannya, bahasa Melayu penting dalam bidang seni hiburan dan pendidikan.
Oleh itu, saya sarankan kepada hadirin dan hadirat untuk sentiasa memartbatkan
bahasa Melayu agar dikenal di peringkat global supaya mampu duduk sama rendah,
berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Ingatlah, bahasa
melambangkan bangsa. Sekian,terima kasih.
Alam Sekitar Dilestari Kehidupan Rakyat Berkualiti
(1)
(2) 'Alam Sekitar Dilestari Kehidupan Rakyat Berkualiti'
(3) 'Alam Sekitar Dilestari Kehidupan Rakyat Berkualiti' ialah alam sekeliling yang
dijaga dan dipelihara menjadikan rakyat hidup sejahtera.
Alam sekitar kita kian tercemar pada masa kini. Hal ini menyebabkan berlakunya
bencana alam seperti banjir, jerebu dan kemarau. Persoalannya disini, apakah cara
yang efektif bagi melestarikan alam sekitar untuk kehidupan rakyat yang berkualiti?
Indikator saya yang pertama, Jabatan Alam Sekitar memainkan peranan yang
penting. Jabatan tersebut seharusnya turun padang memantau aktiviti yang
dilakukan terhadap hutan untuk mengelakkan pencemaran. Aduan yang diterima
sewajarnya diselesaikan dengan segera. Misalnya, masalah banjir melanda negara
kita baru-baru ini (hanya sesuai digunakan sekitar awal tahun 2015) dipercayai
berpunca daripada penebangan pokok. Jadi, Jabatan Alam Sekitar seharusnya
mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini. Tuntasnya, Jabatan Alam Sekitar
berperanan penting untuk melestarikan alam sekitar.
Indikator saya yang kedua, kempen yang dianjurkan boleh melestarikan alam
sekitar. Kempen tersebut bertujuan untuk menyedarkan rakyat tentang kepentingan
penjagaan alam. Misalnya, kempen yang pernah dianjurkan ialah Sayangi Sungai
Kita, Cintai Alam Sekitar dan sebagainya. Konklusinya, kempen yang dianjurkan
memapu melestarikan alam sekitar serta menjadikan kehidupanj rakyat berkualiti.
**** Indikator lain: Peranan pihak sekolah

Kesimpulannya, alam sekitar boleh dilestarikan melalui peranan Jabatan Alam


Sekitar dan penganjuran kempen dan mampu menjamin kualiti hidup rakyat. Oleh

itu, saya sarankan kepada hadirin dan hadirat untuk menjaga alam sekitar kita.
Ingatlah, alam sekitar tanggungjawab bersama. Sekian,terima kasih.
Keutuhan Perpaduan Keharmonian Berkekalan
p/s: Apa-apa sahaja yang berkaitan perpaduan, isinya boleh disamakan melainkan
soalan merujuk kepada sesuatu pihak sahaja. Sebagai contoh soalan yang tidak
boleh sama isi dengan tajuk ini, Peranan Media Massa Dalam Perpaduan, Peranan
Kerajaan Dalam Perpaduan atau Peranan Sekolah Dalam Perpaduan.
(1)
(2) 'Keutuhan Perpaduan Keharmonian Berkekalan'
(3) 'Keutuhan Perpaduan Keharmonian Berkekalan' ialah penyatuan rakyat yang
kukuh mampu menjadikan negara aman dan sejahtera.
Peribahasa ada menyebut, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, Hati gajah
sama dilapah, hati kuman sama dicecah dan bersatu teguh bercerai roboh. Hal ini
menggambarkan betapa pentingnya keutuhan perpaduan antara kaum dalam
menjamin keharmonian. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk menjadikan
perpaduan itu lebih utuh?
Indikator saya yang pertama, Rukun Negara boleh menjadikan perpaduan kaum
lebih utuh. Hal ini kerana, rakyat melafazkan lima prinsip yang mempunyai nilai
murni untuk dihayati. Mereka akan mengamalkan nilai tersebut dan hidup berbaikbaik antara satu sama lain. Misalnya, Rukun Negara kelima iaitu Kesopanan dan
Kesusilaan mengajar rakyat untuk bersopan dengan satu sama lain dan
mengelakkan pergaduhan. Tuntasnya, Rukun Negara boleh menjadikan perpaduan
lebih utuh.
Indikator saya yang kedua, Rumah Terbuka boleh dianjurkan untuk mengutuhkan
perpaduan kaum. Hal ini mampu membuatkan bangsa berbeza duduk semeja tanpa
ada prasangka dan menjamah makanan masing-masing. Sudah pasti suasana
sedemikian yang diimpikan oleh kerajaan bahkan kita semua pun mengidamkan
detik perpaduan sebegitu. Konklusinya, rumah terbuka boleh mengeratkan lagi
perpaduan kaum.
**** Indikator lain: Program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan)

Kesimpulannya, keutuhan perpaduan mampu diwujudkan melalui Rukun Negara


dan penganjuran rumah terbuka serta penting untuk keamanan negara. Oleh itu,
saya sarankan kepada hadirin dan hadirat untuk sentiasa bersatu padu dalam apa
jua perkara pun. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad
pernah berkata, bangsa yang lemah sekalipun jika bersatu padu, pasti mampu
menggoncang dunia. Sekian,terima kasih.
Perpaduan Teras Keamanan Negara
(1)
(2) 'Perpaduan Teras Keamanan Negara'
(3) 'Perpaduan Teras Keamanan Negara' ialah penyatuan masyarakat penting untuk
keharmonian dan kesejahteraan negara.
Peribahasa ada menyebut, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, Hati gajah
sama dilapah, hati kuman sama dicecah dan bersatu teguh bercerai roboh. Hal ini
menggambarkan betapa pentingnya keutuhan perpaduan antara kaum dalam
menjamin keharmonian. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk menjadikan
perpaduan itu lebih utuh?
Indikator saya yang pertama, Rukun Negara boleh menjadikan perpaduan kaum
lebih utuh. Hal ini kerana, rakyat melafazkan lima prinsip yang mempunyai nilai
murni untuk dihayati. Mereka akan mengamalkan nilai tersebut dan hidup berbaikbaik antara satu sama lain. Misalnya, Rukun Negara kelima iaitu Kesopanan dan
Kesusilaan mengajar rakyat untuk bersopan dengan satu sama lain dan
mengelakkan pergaduhan. Tuntasnya, Rukun Negara boleh menjadikan perpaduan
lebih utuh.
Indikator saya yang kedua, Rumah Terbuka boleh dianjurkan untuk mengutuhkan
perpaduan kaum. Hal ini mampu membuatkan bangsa berbeza duduk semeja tanpa
ada prasangka dan menjamah makanan masing-masing. Sudah pasti suasana
sedemikian yang diimpikan oleh kerajaan bahkan kita semua pun mengidamkan
detik perpaduan sebegitu. Konklusinya, rumah terbuka boleh mengeratkan lagi
perpaduan kaum.
**** Indikator lain: Program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan)
Kesimpulannya, perpaduan penting untuk keamanan negara. Oleh itu, saya

sarankan kepada hadirin dan hadirat untuk sentiasa bersatu padu dalam apa jua
perkara pun. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah
berkata, bangsa yang lemah sekalipun jika bersatu padu, pasti mampu
menggoncang dunia. Sekian,terima kasih.
Sekolah Penyayang Murid Cemerlang
(1)
(2) 'Sekolah Penyayang Murid Cemerlang'
(3) 'Sekolah Penyayang Murid Cemerlang' ialah sesuatu organisasi tempat
menuntut ilmu yang mempunyai ciri penyayang mampu melahirkan pelajar
cemerlang dalam semua bidang seperti jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Pelajar menganggap sekolah sebagai rumah kedua mereka. Adakah anda semua
tahu, sekolah yang penyayang lebih cenderung melahirkan pelajar yang cemerlang.
Persoalannya, sekolah penyayang melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi atau
aspek apa?
Indikator saya yang pertama, sekolah penyayang melahirkan pelajar cemerlang dari
segi akademik. Hal ini kerana , pelajar akan dibimbing dan diberi perhatian
berterusan oleh guru. Sudah pasti pelajar akan lebih memahami pembelajaran itu.
Jadi, pelajar yang cemerlang mampu bersaing di peringkat dunia dan boleh duduk
sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara yang lain. Tuntasnya, pelajar yang
cemerlang dari segi akademik mampu dilahirkan oleh sekolah penyayang.
Indikator saya yang kedua, sekolah penyayang melahirkan pelajar cemerlang dari
segi sahsiah. Pelajar akan diajar mengenai cara mematuhi peraturan dengan baik.
Hal ini boleh menyediakan mereka dengan suasana kerja pada masa hadapan.
Konlusinya, sekolah penyayang melahirkan pelajar yang cemerlang dari aspek
sahsiah.

**** Indikator lain: Kokurikulum


Kesimpulannya, sekolah penyayang mampu melahirkan pelajar cemerlang dari
aspek akademik dan sahsiah. Oleh itu, saya sarankan kepada hadirin dan hadirat
untuk memberi kerjasama kepada pihak sekolah untuk mewujudkan suasana yang
kondusif untuk belajar. Sesungguhnya, Sekolahku Syurgaku. Sekian,terima kasih.

Murid Berdisiplin Tinggi Kejayaan Akademik Dikecapi


(1)
(2) 'Murid Berdisiplin Tinggi Kejayaan Akademik Dikecapi'
(3) 'Murid Berdisiplin Tinggi Kejayaan Akademik Dikecapi' ialah pelajar yang
bersahsiah tinggi mampu berjaya dalam pelajarannya.
Murid yang berdisiplin tinggi menjadi kebanggaan negara. Persoalannya, apakah
ciri-ciri murid yang berdisiplin tinggi untuk mencapai kejayaan akademik?
Indikator saya yang pertama, murid yang bijak mengatur masa merupakan murid
yang berdisiplin tinggi. Mereka mempunyai jadual belajar sendiri dan mematuhinya.
Hal ini mampu menjadikan mereka cemerlang dalam pelajaran. Konlusinya, pelajar
yang bijak mengatur masa ialah murid yang berdisiplin dan pasti berjaya dalam
pelajaran.
Indikator saya yang kedua, murid yang mematuhi peraturan merupakan murid yang
berdisiplin tinggi. Pelajar sebegini pasti disegani oleh guru dan pelajar. Mereka pasti
akan berjaya keraan mempunyai disiplin dan matlamat yang jelas. Tuntasnya,
pelajar yang mematuhi peraturan merupakan pelajar yang berdisiplin dan pasti
berjaya dalam bidang akademik.
**** Indikator lain: Menepati masa
Kesimpulannya, pelajar yang mematuhi peraturan dan bijak mengurus masa
merupakan pelajar yang berdisiplin tinggi dan boleh mencapai kecemerlangan
dalam pelajaran. Oleh itu, saya sarankan kepada hadirin dan hadirat untuk
menerapkan ciri-ciri positif tersebut untuk mencapai kejayaan kerana kita
merupakan pemimpin pada masa hadapan. Ingatlah, pemudi tiang negara, pemuda
harapan bangsa. Sekian,terima kasih.
Kepimpinan Berkesan Mampu Mencapai Wawasan
(1)
(2) 'Kepimpinan Berkesan Mampu Mencapai Wawasan'
(3) 'Kepimpinan Berkesan Mampu Mencapai Wawasan' ialah cara pentadbiran yang
bersistematik mampu menjadikan visi negara tercapai.

Kita seharusnya berbangga kerana lahir di negara yang berdemokrasi. Pasti


wawasan negara mampu dicapai jika pemimpinnya bijak. Oleh itu, apakah cara
kepimpinan yang berkesan oleh pemimpin dan mencapai wawasan?
Indikator saya yang pertama, kepimpinan yang berkesan ialah pemimpin yang
bersahsiah tinggi. Mereka mempunyai etika yang tinggi, mematuhi peraturan dan
sebagainya. Hal ini mampu mensejahterakan rakyat. Tuntasnya, pemimpin yang
bersahsiah tinggi merupakan cara kepimpinan yang berkesan dan mampu
mencaapi wawasan negara.
Indikator saya yang kedua, pemimpin yang prihatin kepada rakyat membolehkan
wawasan negara tercapai. Kita sangat beruntung, kerana berada di bawah
kepimpinan Perdana Menteri yang tercinta iaitu Dato' Seri Najib. Beliau telah
melakukan pelbagai cara untuk mensejahterakan rakyat. Buktinya, Klinik 1 Malaysia
memudahkan rakyat mendapatkan rawatan dengan kos yang rendah. Konklusinya,
pemimpin yang prihatin kepada rakyat mampu membimbing negara ke arah
mencapai wawasan.
**** Indikator lain: berdaya saing tinggi , berinovasi, sistem pentadbiran teratur
Kesimpulannya, kepimpinan yang berkesan seperti cara pemimpin yang prihatin
kepada rakyat dan berdisplin tinggi mampu menjadikan negara mencapai wawasan.
Oleh itu, saya sarankan kepada hadirin dan hadirat untuk menyokong kerajaan
dalam apa jua perkara yang dilakukan.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Pemimpin yang baik dikenang juga.
Sekian,terima kasih.
Remaja Cemerlang Negara Terbilang
(1)
(2) 'Remaja Cemerlang Negara Terbilang'
(3) 'Remaja Cemerlang Negara Terbilang' ialah remaja yang mempunyai kejayaan
yang baik mampu menjadikan negara cemerlang dalam semua bidang.

Pemimpin Indonesia, Soekarno pernah berkata, berikan aku sepuluh orang remaja
dan aku akan gegarkan dunia. Jelaslah bahawa remaja amat penting dalam
pembangunan negara masa hadapan. Persoalannya, remaja yang cemerlang dari
aspek apakah yang menjadikan negara terbilang.
Indikator saya yang pertama, remaja yang cemerlang dari segi ilmu mampu
menjadikan negara terbilang. Mereka pasti mampu bersaing dengan rakyat dari
negara lain. Bukan itu sahaja, mereka boleh membawa kebanggaan kepada negara
dengan memenangi pertandingan di peringkat antarabangsa. Tuntasnya, remaja
yang cemerlang dari segi ilmu mampu menjadikan negara cemerlang.
Indikator saya yang kedua, remaja yang cemerlang dari segi sukan mampu
menjadikan negara terbilang. Hal ini boleh mengharumkan nama negara dengan
memenangi pertandingan di pentas dunia. Sebagai contohnya, atlet yang berjaya di
peringkat antarabangsa ialah Dato' Lee Chong Wei, Dato' Nicol Ann David,
Pandelela Rinong dan sebagainya. Konklusinya, remaja yang cemrlanmg dari segi
sukan pasti menjadikan negara terbilang.
**** Indikator lain: sahsiah, daya pemikiran
Kesimpulannya, pelajar yang cemerlang dari segi sukan dan ilmu mampu
menjadikan negara terbilang.. Oleh itu, saya sarankan kepada hadirin dan hadirat
untuk sentiasa membanggakan negara. Ingatlah bahawa pemudi tiang negara,
pemuda harapan bangsa. Sekian,terima kasih.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melahirkan Pelajar Cemerlang
(1)
(2) 'Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melahirkan Pelajar Cemerlang'
(3) 'Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melahirkan Pelajar Cemerlang' ialah keupayaan
untuk mengaplikasikan pengetahuan menjadikan murid itu berjaya dalam semua
bidang.
Kita semua tahu bahawa soalan KBAT ini menjadi salah satu soalan yang
diketengahkan dalam peperiksaan awam kini. Persoalannya, bagaimanakah
kemahiran berfikir aras tinggi melahirkan pelajar cemerlang?

Indikator saya yang pertama, kemahiran ini menjadikan pelajar lebih kreatif dan
inovatif. Mereka boleh membuat ciptaan mereka sendiri mengikut daya pemikiran
mereka. Misalnya, dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, pelajar akan
disuruh mencipta sesuatu dan mereka boleh mengaplikasikan daya inovasi mereka
dan mendapat marakh yang diingini. Tuntasnya, kemahiran ini menjadikan pelajar
lebih cemerlang dan kreatif dan melahirkan pelajar yang cemerlang.
Indikator saya yang kedua, kemahiran ini mampu menjadikan pelajar lebih
berdikari. Hal ini kerana pelajar boleh memikirkan sendiri jawapan bagi soalan yang
dikemukakan. Sebagai contohnya, dalam pentaksiran LISAN, pelajar akan diaju
soalan yang memerlukan daya pemikiran yang tinggi dan mereka pasti boleh
menjawab dengan betul. Konklusinya, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi mampu
menjadikan pelajar lebih berdikari.
**** Indikator lain: memikirkan strategi penyelesaian sendiri, berkeyakinan
Kesimpulannya, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi menjadikan pelajar cemerlang
kerana membolehkan pelajar lebih kreatif dan inovatif dan berdikari. Oleh itu, saya
sarankan kepada hadirin dan hadirat untuk mengamalkan kemahiran berfikir aras
tinggi untuk menjadi lebih cemerlang. Ingatlah, pelajar cemerlang tunjang nusa.
Sekian,terima kasih.
Hargai Warga Tua
(1)
(2) 'Hargai Warga Tua'
(3) 'Hargai Warga Tua' ialah menghargai golongan yang sudah tua atau berusia
sekitar 60 tahun ke atas.
Pada masa kini, kita sering melihat warga tua diabaikan oleh anak mereka.
Merekalah orang yang paling banyak berjasa kepada kita. Persoalannya,
bagaimanakah cara untuk membalas jasa mereka?
Indikator saya yang pertama, sebagai anak kita haruslah memberi kasih sayang
kepada mereka. Mereka banyak memberi kita perhatian semasa kita kecil. Kita
janganlah menjadikan alasan kesibukan bekerja untuk mengabaikan mereka.
Tuntasnya, kasih sayang boleh diberi untuk menghargai jasa mereka.

Indikator saya yang kedua, kita seharusnya memenuhi keperluan mereka. Kita
seharusnya mengambil tahu keperluan mereka seperti ubat-ubatan. Jika boleh,
elakkan untuk menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang tua. Konklusinya, kita
boleh menghargai jasa ibu bapa dengan memenuhi keperluan mereka.
*** Indikator lain: Sabar melayan kerenah mereka
Kesimpulannya, kita seharusnya menghargai jasa mereka dengan memberi kasih
sayang dan memenuhi keperluan mereka. Oleh itu, saya sarankan hadirin dan hadirat
di dalam dewan ini supaya menjaga dan menghargai warga tua. Ingatlah, warga emas
kita sayangi bersama. Sekian,terima kasih.

You might also like