You are on page 1of 13

Fakta: Kebaikan Buah-buahan Tempatan

Tajuk : Rakyat Malaysia digalakkan makan lebih banyak buah-buahan tempatan. Tuliskan tentang kebaikan
buah-buahan tempatan.

Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang terdapat di negara kita Malaysia. Antara contoh
buah-buahan tempatan ialah durian, rambutan, langsat dan lain-lain lagi.

Rakyat Malaysia digalakkan mengambil buah-buahan tempatan kerana buah-buahan tempatan masih
segar. Oleh itu, buah-buahan ini tentu lebih berkhasiat kerana kandungan berbagai-bagai jenis zat dan
vitaminnya masih terpelihara dan ini tentunya lebih baik untuk kesihatan kita.

Buah-buahan tempatan juga mudah didapati terutama pada musim buah-buahan. Pokok buah-buahan ini
seperti pisang dan betik boleh kita tanam sendiri di sekeliling rumah, apatah lagi sekiranya kita tinggal di
kampung. Ini akan akan memudah kita mendapatkan buah-buahan ini tanpa perlu pergi ke kedai dan
sebagainya.

Buah-buahan tempatan juga dapat membantu meningkatkan ekonomi negara. Apabila kita lebih gemar
memilih buah-buahan tempatan, ini akan meningkatkan pendapatan petani dan seterusnya dapat
menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. Secara tidak langsung kita telah membantu negara dalam
menyediakan peluang pekerjaan dan meningkat ekonomi negara.

Kesimpulannya, kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana banyak kebaikannya. Tambahan
pula buah-buahan tempatan didapati lebih murah daripada buah-buahan import. Oleh sebab itu, rakyat
Malaysia dapat menikmati buah-buahan ini tanpa mengira kaya atau miskin.

*************** ******************** ********************

Syarahan: Faedah Makan Buah-buahan Tempatan

Faedah Makan Buah-buahan Tempatan

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, serta rakan- rakan
sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.

Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk ‘’Faedah makan
buah-buahan tempatan’’. Definisi buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang dikeluarkan dalam
sesebuah negara. Sebagai contoh, buah-buahan tempatan negara kita ialah manggis, durian, tembikai dan
sebagainya.

Buah-buahan tempatan banyak mengandungi khasiat yang setanding dengan buah-buahan yang
diimport. Contohnya, buah jambu batu mengandungi vitamin C dan buah limau mengandungi asid yang
boleh menghadamkan makanan yang kita makan.
1
Buah-buahan tempatan juga mudah didapati kerana hasil dari dalam negara kita. Oleh sebab itulah,
buah-buahan tempatan didapati lebih segar dan tidak mengandungi bahan pengawet. Buah-buahan ini
banyak dijual di gerai buah-buahan di seluruh negara.

Selain daripada itu, harga buah-buahan tempatan juga lebih murah jika dibandingkan dengan
buah-buahan import. Ini kerana buah-buahan tempatan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk
dipasarkan seperti kos pengangkutan berbanding buah-buahan yang diimport.
Buah-buahan tempatan juga telah pun berjaya dieksport keluar negara. Contohnya buah nanas yang
ditinkan telah dieksport keluar negara seperti Arab Saudi, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi. Ini
menunjukkan buah-buahan tempatan juga digemari dan dipercayai daripada segi mutunya.

Kesimpulannya, mengambil buah-buahan tempatan sangat banyak faedahnya. Selain segar, murah,
berkhasiat dan bermutu, mengambil buah-buahan tempatan juga dapat meningkatkan pendapatan para
petani. Oleh itu, makanlah buah-buahan tempatan sebagai buah-buahan pilihan kita.

Sekian, terima kasih.

******************* ****************** ******************

其他的 point :

Seterusnya dengan makan buah-buahan tempatan, kesihatan kita lebih terjamin.Ini disebabkan
buah-buahan tempatan tiada bahan pengawet yang mengandungi bahan kimia berbahaya.kebanyakan
buah-buahan yang diimport seperti buah epal disapu bahan pengawet supaya tahan lama.Oleh itu kita
dapat mengelakkan risiko penyakit seperti keracunan makanan dan sebagainya.

******************* ******************** **********************

KEPENTINGAN AKTIVITI ( RIADAH ) ATAU REKREASI KEPADA MASYARAKAT

Marcapada ini,seiring dengan era globalisasi yang penuh dengan cabaran ini, masyarakat kita sering
berlumba-lumba mengejar unsur kemewahan. Tanggapan kekayaan merupakan kunci kepada segala
kesenangan sudah sebati dalam kehidupan mereka sehingga mereka lupa akan kepentingan aktiviti riadah
yang menjadi salah satu amalan dalam mempraktikkan gaya hidup sihat. Sesungguhnya, aktiviti rekreasi
dan riadah yang boleh didefinsikan sebagai segala kegiatan yang dilakukan pada waktu lapang untuk
menyihatkan tubuh badan dan fikiran merupakan elemen yang penting dalam menjayakan segala
aktiviti dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, kita perlu mempunyai kesedaran terhadap kepentingan
mengamalkan aktiviti riadah dan rekreasi sebelum nasi menjadi bubur.
Antara maslahat rekreasi kepada masyarakat adalah mampu mengeratkan hubungan sama ada
hubungan dengan komuniti setempat mahupun dengan ahli keluarga sendiri. Hal ini demikian kerana
melalui aktiviti rekreasi, individu akan bertegur sapa dengan individu lain di sekelilingnya, lantas
mengeratkan hubungan silaturahim. Contohnya, melalui amalan rekreasi, kita dapat berbual mesra dengan
2
jiran tetangga. Jelaslah bahawa, rekreasi mampu mengeratkan hubungan antara individu dengan individu
lain.
Selain itu, aktiviti rekreasi juga mampu memberi ketenangan jiwa kepada anggota masyarakat. Hal ini
demikian kerana melalui aktiviti riadah, masyarakat dapat menghayati keindahan alam sekitar yang
saujana mata memandang. Contohnya, melalui aktiviti senaman seperti berjoging, masyarakat akan dapat
menghirup dan menikmati angin sepoi-sepoi bahasa yang segar, seterusnya mampu memberi kedamaian
jiwa. Oleh hal yang demikian, aktiviti rekreasi dilihat mampu menjadi landasan utama masyarakat bagi
melapangkan fikiran.
Di samping itu, amalan rekreasi amat signifikan bagi menyihatkan badan. Amalan yang menyihatkan
seperti berjoging, berkhemah mahupun sukan ekstrem seperti aktiviti terjunan udara mampu
meningkatkan kadar kecergasan dan mengelakkan pelbagai penyakit koronari. Contohnya, melalui aktiviti
terutamanya sukan ekstrem yang menjadi kegilaan pemuda pemudi, anggota masyarakat dapat
meningkatkan kadar metabolisme yang baik untuk tubuh. Sudah terang lagi bersuluh, amalan rekreasi
mampu menyihatkan badan bagi menjayakan visi Malaysia Cergas
Seterusnya , aktiviti riadah yang dilakukan pada setiap minggu mampu menjadi pemangkin untuk
mengurangkan tekanan dalam diri seseorang. Bayangkan jika individu terbabit perlu bekerja selama 60
jam dalam 5 hari,bukankah mereka akan mula mengalami tertekan? Kepenatan,keletihan dan beban kerja
yang memberatkan akan menyebabkan mereka menunjukkan simptom-simptom tekanan seperti mudah
marah,letih,lesu dan tidak bersemangat. Hal ini demikian akan menyebabkan prestasi mereka sama ada di
tempat kerja mahupun sekolah mengalami kemerosotan dan mengundang pelbagai impak negatif seperti
mendapat teguran daripada pihak atasan,dilucutkan jawatan dan sebagainya. Dengan aktivitinya riadah,hal
ini akan membolehkan kita melakukan aktiviti yang kita gemar. Hal ini menjadi cara yang efektif untuk
menghiburkan kita. Kita dapat melupakan beban yang ditanggung dan menjadi lebih bersemangat untuk
meneruskan kehidupan. Oleh itu, wajarlah aktiviti riadah dipraktikkan dalam kehidupan kita untuk
mengurangkan tekanan yang dialami.
Akhir sekali, aktiviti rekreasi mampu menggalakkan pertukaran idea atau buah fikiran dalam kalangan
masyarakat. Hal ini demikian kerana, pertukaran idea yang bernas mampu mematangkan tahap pemikiran
masyarakat. Misalnya, melalui diskusi ringkas dalam kalangan masyarakat, semangat individualisme dapat
dihapuskan dan semangat perpaduan yang ampuh dapat dilakar. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa
rekreasi mampu merangsang pertukaran idea dan mencegah sikap seperti enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing.
Kesimpulannya, aktiviti rekreasi dan riadah mempunyai banyak kepentingan tertentu yang dapat
dimanfaatkan oleh setiap anggota masyarakat. Oleh hal yang demikian, kita perlulah mengutamakan dan
mengamalkan aktiviti riadah dalam kehidupan seharian kerana sesungguhnya, minda yang cerdas terletak
pada badan yang cergas.

********* **************** ***************

3
CONTOH KARANGAN UPSR- RUMAH IMPIAN SAYA
May 12, 2016
Rumah merupakan tempat perlindungan daripada hujan dan panas. Selain itu, rumah juga merupakan
tempat untuk kita merehatkan diri.
Saya juga ingin memiliki sebuah rumah yang sederhana besarnya. Saya akan membina rumah itu di atas
sebidang tanah. Rumah itu memiliki atap genting kerana ianya tahan lama.
Rumah impian saya ini akan dibina dengan menggunakan barang yang berkualiti. Saya akan membina
barang yang berkualiti seperti kipas, lampu dan lain- lain.
. Rumah impian saya ini akan mempunyai pelbagai kelengkapan. Saya akan menyediakan sebuah bilik
bacaan yang dilengkapi dengan rangkaian tanpa wayar. Di dalam bilik bacaan ini juga akan terdapat buku
dan majalah. Saya ingin menggalakkan keluarga saya menggunakan kelengkapan ini.
4
Saya ingin kawasan rumah yang sangat besar. Saya juga ingin mempunyai kebun yang
sangat luas.Ayah saya ingin menanam pokok mangga, pokok rambutan dan lain – lain. Mak saya pula ingin
memelihara arnab yang sangat comel.
Saya juga ingin berharap akan mempunyai rumah impian seperti di atas. Selain itu, saya juga ingim
mempunyai rumah banglo tiga tingkat dan mempunyai dekorasi yang sangat cantik.

5
Ways of Protecting and Preserving Our Environment

Have you ever imagined an environment that is not green, full of waste, and unclean? Preserving and
protecting our environment is one of the main goals of the government of every country in the world. A
country when we can see an environment that is green, waste less and clean is surely a successful country.
To have this, these are the ways:
• Recycle as many things as you can. Recycling things is the best way to lessen and avoid global warming
and climate change.
• Avoid burning garbage to lessen global warming. Learn to sell and recycle things to be practical nowadays.
• Refrain from using air conditioner. Instead use electric fans than aircon. Aircondition has
chlorofluorocarbon.
• Plant vegetable on your own backyard. This will help you to prevent using cars to go to the market. This
will also help in lessening air pollution.
• Don't throw trashes everywhere. This will help in lessening pollutions in air, water, and land.
• Use hair gels than hairsprays or aerosols. Hair sprays or aerosols have CFC or chlorofluorocarbons.
• Plant trees. These also help in lessening the air pollutions. This gives us oxygen that we breathe.
• Turn off unused electric appliances. These will lessen the energy conserve and avoid global warming.
• Avoid using Liquefied Petroleum Gas. Instead use LPG has more chlorofluorocarbon than using charcoal.
Charcoal is also much cheaper than LPG.
• Avoid using cars if it is just a short distance trip. It is a bad cause of the global warming and climate
change.
• Avoid throwing chemicals in different places. This can cause pollutions like air pollutions, water pollutions
and land pollution.

If these were obeyed and observed in each of us. This worst problem will become not that worst at all.
These climate change and global warming will be lessened and will not affect us not that worst. Even
Millennium Development Goals would be promoted and be achieved. On your own work and deeds ...........
Can you do these?

************** **************** ***************

6
ARTICLE

SAFEGUARDING THE ENVIRONMENT

Your school has organised various programmes in conjunction with


‘World Environment Day’ and one of the programmes is an essay
-writing competition. You decide to take part in the competition.Based on the following notes, write your
Article.

AT HOME
Plant trees and other types of plants
Cut down on electricity consumption
Switch off lights and fans when not in use
Use compact fluorescent light bulbs
Avoid open air burning

WHEN SHOPPING
Buy products which can be reused and recycled
Reduce purchases of products which generate wastes
Buy recycled products
Bring your own shopping bags
ON THE ROAD
Use public transport whenever possible. (e.g. MRT, buses, trains)
Use your car less. Walk or cycle if it’s a short distance. A good
way to exercise
Carpool. You can save on petrol and the wear and tear

*************** ******************** *******************

Write an essay on "Protecting the Environment" campaign

Nowadays,there are many stories in the news occurring environment problems for such acid rain, global
7
warming and depleting of ozone layer. Where are the community who are concern on the environment's
condition? What do we need to do to inculcate them with environment saving habits? Actually there are
many steps can be taken to encourage others in nurturing the environment. One of the step is by
introducing a "Protecting the Environment" campaign. As usual the campaign will educate people to be
more concern on the environment's condition. However, from this campaign, many new rules imposed and
also activities that will heartened others on protecting the environment together.

Through the campaign, we introduce a ruling that drivers who park their cars are not allowed to leave their
engines running. This is because it can help to reduce the emission of carbon monoxide from vehicles.
Furthermore, security guards are tasked to advise those waiting in the car to turn off their engines. Besides
that, for those who purchase a hybrid car are entitled to three months of free parking in the city. With
these rules, there will be many people concern on the effects of using excessive of petrol to the
environment.

A talk on how to practice green lifestyles at home also will be held to instil them on environment saving
habits. Through the talk, we can encourage them to live healthy lifestyles such as use energy saving bulbs
and low energy appliances. For those who love planting, insist them to plant certain herbs that repel
mosquitos. As a result, it can help to avoid using harmful chemical insecticides that endangered other living
life.

The authorities also need to play their roles in enforcing strict law to those who do not care on the
cleanliness of the environment. They can imposed fine of RM 50 on the spot for those who caught littering.
Moreover, operators who do not keep their premises clean could be fined up to RM 1,000. By imposing
fine to the offenders, it can give them a lesson and they will be afraid to repeat their mistakes again.

Everyday there are many wastes thrown either domestic waste or industrial waste. On top of that, there
must be a proper treatment for these wastes, so that, it will not pollute the environment. Another step can
be done is recycle all non-biodegradable materials such as plastic bottles, cans and newspapers, instead of
sending them to garbage bin. In addition, the recycle materials will be produce into new products.

To end, the recognition will be given to individuals who have contributed towards environmental
conservation. Besides that, a reward of rebate up to RM 500 on yearly assessment also given to those who
follow a green lifestyle. This will be another step to catch more people to be a part of the campaign.

Kebaikan Melancong di Malaysia

Pendahuluan :

8
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang terkenal dengan tempat-tempatpelancongan
yang menarik untuk dikunjungi/dilawati. Antaranya Zoo Negara, Taman Negara,Cameron Highlands, Pulau
Tioman dan banyak lagi.

Isi-isi penting :
a. Membantu menjana ekonomi negara
b. Mengelakkan pengaliran wang ke negara luar
c. Dapat kenali identiti negara dengan lebih mendalam (budaya, makanan, masyarakat)

Penutup :
Kesimpulannya, banyak kebaikan melancong di dalam negara berbanding luar negara. Lebihbaik kita
mengenali negara sendiri sebelum menjelajah/meneroka negara luar. Kita seharusnyamenghargai negara
secara tidak langsung ia membantu negara dari segi ekonomi

********************* ****************** ****************

Melancong Di Dalam Negara Sendiri AdalahLebih Baik Daripada Melancong Ke Luar Negara. Bincangkan.

Pengenalan:

Trend pada hari ini – Negara Eropah, negaraAsia menjadi pilihan destinasi pelanconganmasyarakat
Malaysia.
Kita tidak sedar bahawa bumi bertuah kita juga tidak kurang hebat berbanding dengannegara lain.
Terdapat pelbagai tempat menarik untukdikunjungi di negara kita. Oleh itu, kitaseharusnya menumpukan
pelancongan didalam negara daripada melancong di luar negara

1. Menjimatkan pengaliran keluar wang


Apabila melancong di negara kita, wang perbelanjaan untuk pelancongan diperoleh semula oleh kerajaan
melalu icukai yang dikenakan.
Sekiranya melancong ke luar negara,segala perbelanjaan diperoleh oleh rakyat dan kerajaan negara asing –
merugikan diri sendiri.

2. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman

9
I) mengunjungi tempat-tempat yang belum pernah dilawati, dapat menambahkan pengetahuan dan
mengenali secara lebih mendalam dan lebih dekat dengan khazanah warisan bangsa di tanah air kita.
Ii) Mengetahui keunikan budaya dan tradisi masyarakat serta panorama di negeri-negeri lain di Malaysia

3. Membantu memajukan negara –sebagai penyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara

Dengan aktiviti melancong, kita akan mengetahui apa yang ada, yang kurang, yang perlu ada di tempat
berkenaan berbandingdengan tempat sendiri, kemudian menyalurkan idea-idea bernas untuk
pembangunan negeri

4. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk masyarakat setempat


- peluang pekerjaan bertambah - penjual kraftangan, gerai makanan, pekerja di chalet dan-penyewa
peralatan rekreasi dll.
- taraf hidup masyarakat dapat ditingkatkan dan kadar kemiskinan serta kadar pengangguran dapat diatasi
5. Melahirkan semangat patriotismedalam kalangan rakyat
-Dengan melancong ke tempat-tempat bersejarah, rakyat diinsafkan tentang :
i. perjuangan pahlawan-pahlawan bangsa(cth- Kompleks Sejarah Pasir Salak- Datuk Maharaja Lela dan
konconya membunuh Residen British di Perak- J.W.W Birch)
ii. perjuangan tokoh-tokoh negara untuk menuntut kemerdekaan.
- Pelajar disedarkan agar menghargai keamanan negara- rasa cinta akan negara berputik dan dapat
dipupuk

PENUTUP

kita harus melancong di negara sendiri kerana:


i. tawaran harga menarik,
ii. lebih menjimatkan.
iii. Menghayati warisan khazanah bertaraf dunia yang masih belum dilawati.
iv. Menyahut seruan kerajaan melaluiKempen Melawat Malaysia

*********** ***************** ******************

Kerangka Karangan - Kebaikan Rakyat Melancong di dalam Negeri

10
Soalan: Pelbagai program diadakan oleh pihak berkenaan untuk menarik minat rakyat melancong di dalam
negeri. Jelaskan kebaikan rakyat tempatan melancong dalam negeri.

Pendahuluan:
Malaysia kaya dengan destinasi pelancongan yang indah dan menarik - industri pelancongan merupakan
sumber pendapatan negara - rakyat melancong di dalam negeri - menghargai apa yang terdapat di negara
kita - banyak manfaat/kebaikan

Isi-isi penting:
meningkatkan rasa cinta akan negara - berkunjung ke tempat bersejarah - menghayati generasi yang
terdahulu berusaha untuk membangun negara - rakyat akan lebih menghargai kebebasan yang dinikmati
sekarang
membangunkan industri pelancongan negara - membuka kawasan yang berpotensi dijadikan lokasi
pelancongan - menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan - tempat pelancongan dapat
dibangunkan - rakyat yang tinggal di kawasan berhampiran dapat melawat kawasan berkenaan
mengurangkan pengaliran mata wang ke luar negara - memajukan negara - meningkatkan taraf hidup
rakyat
mengenali adat resam, budaya dan cara hidup rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dengan lebih dekat -
berpeluang melihat bagaimana kaum lain menjalani hidup sehari-hari - mencuba makanan mereka -
mewujudkan perpaduan nasional

Penutup:
pelbagai program dan kempen harus dilaksanakan - menggalakkan rakyat melancong di dalam negeri

11
************************* ******************** ****************

BM PT3 – Ulasan – Destinasi-destinasi Pelancongan di Malaysia

Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai destinasi pelancongan. Antara destinasi pelancongan
Malaysia yang terkenal ialah negeri yang bersejarah seperti Melaka dan Pulau Pinang yang banyak
mempunyai bangunan peninggalan sejarah. Selain tempat-tempat bersejarah, Malaysia juga terkenal
dengan pantai-pantai yang indah di barat dan timur Semenanjung Malaysia serta di Sabah dan Sarawak.
Pulau-pulau seperti Pulau Perhentian, Pulau Sipadan, Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor turut menguja
para pelancong dari dalam dan luar negara. Negara kita turut terkenal dengan pusat-pusat atau
kompleks-kompleks beli-belah bertaraf dunia seperti KLCC, Sunway Pyramid dan Mid-Valley. Di samping
menikmati keindahan dan keunikan destinasi-destinasi pelancongan, para pelancong juga suka akan
pelbagai jenis makanan, minuman dan buah-buahan tempatan yang terdapat di negara kita.

12
**************** ********************* *****************

Karangan Fakta: Tempat-tempat Menarik di Malaysia

Tempat-tempat Menarik di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang bertuah kerana mempunyai banyak tempat yang menarik. Tempat-tempat ini
merupakan tarikan untuk pelancong datang ke Malaysia.

Antara tempat yang menarik di Malaysia ialah kawasan-kawasan pantai yang bersih dan indah. Antara pantai-pantai yang
sesuai untuk dikunjungi dan beriadah seperti Pantai Merdeka di Kedah, Batu Feringghi di Puala Pinang,dan Desaru di Pahang.
Pantai-pantai ini telah menjadi daya penarik kepada pelancongan domestik dan luar negara.

Selain itu, di sekitar laut pula terdapat pulau-pulau yang indah dan mempunyai persekitaran yang terpelihara. Terdapat
banyak pulau di Malaysia ini dijadikan destinasi pelancongan. Antara pulau yang terkenal ialah Pulau Langkawi, Pulau Pangkor,
Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Kapas dan beberapa buah pulau lain di perairan Sabah dan Sarawak.

Kawasan pergunungan dan tanah tinggi turut menjadi tarikan pelancongan. Kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands
dan Genting Highlands bukan sekadar indah, malah mempunyai cuaca yang sejuk dan nyaman. Oleh yang demikian, ramai
pelancong gemar melancong di sini.

Selain tempat menarik bersasaskan alam semulajadi, terdapat juga tempat menarik yang dibina oleh kerajaan. Antaranya
ialah Menara Kuala Lumpur, Jambatan Pulau Pinang dan Menara Berkembar Petronas. Tempat-tempat ini turut menggamit
kedatangan pelancong ke bandar-bandar besar di Malaysia.

Kesimpulannya, sememangnya Malaysia mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi pada bila-bila masa.
Keindahan dan keunikan Malaysia menjadi kebanggaan rakyatnya.

13

You might also like