You are on page 1of 2

Ruj Kami :

Tarikh :

Kedai Buku Sekolah SK (1) Simpang Lima,


Persiaran Raja Muda Musa,
41200 Klang, Selangor

Y. Bhg. Tan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan,

MEMOHON TAJAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SK (1) SIMPANG LIMA


BAGI TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa SK 1 SIMPANG LIMA akan menganjurkan sambutan


Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah bagi tahun 2022. Butiran program adalah seperti
berikut :

Tarikh : 08 November 2022 (Selasa)


Masa : 8.30 pagi
Tempat : SK 1 SIMPANG LIMA , KLANG.
Bilangan Murid : 362 orang
Bilangan Guru : 31 orang

3. Seperti yang diketahui, kanak-kanak merupakan generasi yang bakal mewarisi dunia
ini daripada kita. Maka dengan itu, pihak kami mengadakan program tahunan ini sebagai
satu acara dalam memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan
tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak terutama di Malaysia.

4. Sehubungan itu besarlah harapan kami agar Y. Bhg. Tan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan


dapat turut serta menjayakan program ini dengan memberi sumbangan tajaan sama ada
berupa wang tunai atau barangan. Ini amat bermakna kepada pihak kami dalam membantu
penyertaan murid-murid untuk mewujudkan suasana keseronokan dan bergembira
sepanjang program dijalankan. Sumbangan berbentuk cek hendaklah ditulis atas nama PIBG
SEKOLAH SK 1 SIMPANG LIMA (No Akaun: 5629 0000 1485)
5. Semoga permohonan ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya. Kerjasama
dan keperihatinan Y. Bhg. Tan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan amatlah kami hargai dan
diucapkan jutaan terima kasih. Segala pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan program
bolehlah berhubung dengan :
i. Pn. Ku Nur Farhanim Bt Ku Ibrahim : 011-37612735
ii. Pn. Nor Zati Hanani Bt Mhd Yusoff : 012- 6975875
iii. Pn. Shanmuga Devi A/p Paramesvaran : 017-9671928

Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………………..
(ELMI AZHAM SHAH BIN MARSOM@ABD RAZAK)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan (1) Simpang Lima

You might also like