You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TELAHAK

D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH LIMBANG,


TINGKAT 1,WISMA PERSEKUTUAN,
JALAN MUHIBBAH,
98707 LIMBANG,
SARAWAK. Email: sktelahak@yahoo.com

Ruj. Kami : JPS(W)/SKT(Mur)/153/02/08/01


Tarikh : 13 Oktober 2017

Kepada IbuBapa / Penjaga.

…………………………………………………………………….

Tuan/puan,

PROGRAM USAHAWAN CILIK PRASEKOLAH SEMPENA SAMBUTAN HARI PIBG


SK TELAHAK 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa anak jagaan tuan/puah telah dipilih untuk menyertai Program
Usahawan Cilik Prasekolah sempena Hari PIBG SK Telahak 2015 yang dianjurkan oleh
Prasekolah SK Telahak.

2. Objektif program ini adalah untuk memberi pengalaman murid dalam bidang keusahawanan.
Program ini adalah selaras dengan standard Pembelajaran Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) iaitu;
a. ST 9. 1.1 Mengecam duit yang berlainan nilai.
b. ST 9.1.2 Memberi jumlah wang yang tepat dalam simulasi jual beli

3. Program Usahawan cilik Prasekolah ini akan diadakan pada hari jumaat, 16 Oktober 2015
bermula jam 7:30 pagi hingga 12:00 Tengahari. Di sini juga saya sertakan jadual program
usahawan cilik prasekolah 2015;

Masa Murid
7:30 pagi -10:30 pagi 1. Nur Aleeya Ariana
2. Radiatul
3. Fifirah
4. Nur Amilya Syamilla
10:30 Pagi – 12:00 1. Amirul Adli
Tengahari 2. Haqief Rifhans
3. Nurul Izzah
4. Mardhiah

4. Untuk makluman pihak tuan/puan, pihak pengurusan prasekolah akan memberi sijil
penghargaan dan keuntungan jualan kepada peserta program.

5. Perhatian dan sokongan pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

……………………………
TN HAJI ZAIDI BIN LAIDIN
(GURU BESAR SK TELAHAK)

You might also like