You are on page 1of 1

Rujukan Kami : JPNM.SPBM.PBM.600-4/3/4 Jld.

2 (19)
Tarikh : 14 Mac 2024
Guru Besar,
SK Seri Bandar.

Tuan,

PELANTIKAN GURU SEBAGAI JURULATIH SEPARUH MASA DAN ARAHAN


TUNTUTAN BAYARAN INSENTIF JURULATIH SUKAN (BIJS) DI BAWAH PROGRAM
SUKAN PRESTASI TINGGI SEKOLAH (SPTS) TAHUN 2024

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, guru tuan Encik Mohd Azizan bin Kaunsin telah di
lantik sebagai Jurulatih Separuh Masa bagi Sukan Gimnastik di SK Lereh bagi tahun
2024. Pelantikan ini berkuatkuasa surat ini dikeluarkan.

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama guru tuan yang berkenaan untuk hadir
dan memberi kerjasama dalam menjalankan tugas tersebut seperti ketetapan berikut:

Hari Latihan : Tiga kali seminggu (3x)


Masa Latihan : Mengikut jadual jurulatih
Tempat : SK Lereh

4. Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.2


Tahun 2008, guru yang terlibat di bawah program ini layak diberi bayaran insentif mengikut
kelayakan dan tahap kemahiran Jurulatih Sukan Tahap 1 mulai 1 April 2024.

5. Sehubungan dengan itu, Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan


Negeri Melaka ingin memohon pihak tuan menyediakan dokumen Kewangan 8 dan
penerima BIJS ini perlu direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan di Pejabat
Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

6. Sebarang pertanyaan sila hubungi, Encik Abd. Raoh bin Muhammad, Penolong
Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, JPN Melaka di talian 06-232 7220 atau
017-664 6517 atau e-mel melalui abd.raoh@moe.gov.my.

Kerjasama dan komitmen tuan amat kami hargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”
“BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI MOHD GHAZALI BIN AHMAD)


Pengarah Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
sk 1. Fail Penyelaras
2. PPD Melaka Tengah/Jasin/Alor Gajah
MGA/arm/UPBM/bijs2024
___________________________________________________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakaBITARA

You might also like