You are on page 1of 25

Ruj. Fail : JPNS.SPM.HEM.600-17 Jld.

12 (68)
Tarikh : 5 JANUARI 2024

Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah Kerajaan serta Sekolah Bantuan Kerajaan,
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tuan,

SURAT PERINGATAN PEMATUHAN TATACARA PELAKSANAAN BANTUAN AWAL


PERSEKOLAHAN (BAP) TAHUN 2024

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Disertakan surat Pengecualian Khas Dalam Urusan Menandatangani Cek Akaun


Bank Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) Bagi Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan
BAP Tahun 2024 dengan rujukan KPM.400-3/2/2 Jld.9 (100) bertarikh 22 Disember 2023
dan Soalan Lazim Pengurusan BAP Tahun 2024 untuk rujukan dan tindakan pihak tuan
selanjutnya.

3. Tuan juga adalah diarah untuk mematuhi kandungan :

i. Surat Siaran Pelaksanaan BAP Tahun 2024 dengan rujukan


JPNS.SPM.HEM.600-17 Jld.12 (17) bertarikh 31 Oktober 2023 yang turut
mengandungi surat :
a. Pelaksanaan BAP Tahun 2024 (KPM.800-4/4/2 Jld.4 (68) bertarikh 26
Oktober 2023; dan
b. Surat Pekeliling Kewangan Bil. 2 Tahun 2023 : Bantuan Awal
Persekolahan (KPM.100-1/4/2 Jld.4 (66) bertarikh 23 Oktober 2023); dan
ii. Surat ini yang turut mengandungi :
a. Surat Pengecualian Khas Dalam Urusan Menandatangani Cek Akaun
Bank KWK Bagi Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan BAP Tahun
2024 (KPM.400-3/2/2 Jld.9 (100) bertarikh 22 Disember 2023); serta
b. Soalan Lazim Pengurusan BAP Tahun 2024 yang diterima pada 4
Januari 2024.

4. Sila ambil maklum bahawa pematuhan ini penting agar hasrat bantuan ini tercapai
untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung
oleh ibu bapa / penjaga murid dan diagih dalam tempoh 30 hari mulai tarikh surat
Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung pemakluman
peruntukan telah disalurkan ke akaun KWK sekolah yang akan dimaklumkan nanti.

5. Sila ambil maklum juga bahawa pihak KPM dan Jabatan ini telah mengambil
tindakan sewajarnya bagi melancarkan urusan agihan ini agar pihak sekolah
melaksanakannya dengan kadar segera dan tercapai dalam tempoh 30 hari seperti yang
dinyatakan dalam Surat Pekeliling Kewangan Bil. 2 Tahun 2023.
JPNS.SPM.HEM.600-17 Jld.12 (68)

6. Dalam hal ini, sekolah diperingatkan untuk berusaha melaksanakan agihan BAP
Tahun 2024 dengan kadar segera tanpa sebarang alasan.

7. Sebarang penolakan untuk menerima BAP Tahun 2024, pihak Jabatan ingin
mengingatkan semua Pengurus Sekolah agar mendapatkan pengesahan ibu bapa /
penjaga secara bertulis dan direkodkan diperingkat masing-masing.

8. Selain itu, pihak Bahagian Kewangan telah memaklumkan kepada kami secara
lisan bahawa peruntukan BAP Ttahun 2024 akan mula disalurkan ke akaun KWK sekolah
pada 11 Januari 2024. Oleh yang demikian, pihak tuan yang menguruskan agihan secara
tunai disarankan untuk bersedia lebih awal khususnya untuk pelarasan bersama polis
pengiring bagi pengeluaran wang di bank. Dalam masa yang sama, sila maklumkan awal
dengan pihak bank tentang tarikh kehadiran agar pihak bank dapat menyediakan
pengeluaran yang mencukupi.

9. Sebarang perubahan terhadap tatacara pelaksanaan BAP Tahun 2024 ini akan
dimaklumkan dari semasa ke semasa dan sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada
En. Muhamad Rusli bin Abdullah di talian 019-3106784.

Segala kerjasama serta keperihatinan tuan dalam melaksanakan amanah dan


tanggungjawab mengurus BAP 2024 amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(SHAMSUDIN BIN REDZA)


Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pembangunan Murid
b.p. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

s.k.
1. Semua Ketua Pegawai Pendidikan Daerah – sila pastikan kandungan surat ini
disampaikan kepada Timbalan Sektor Pembangunan
Pembangnan murid
MuridPPD,
PPD,Pegawai
Pegawai Kebajikan
Kebajikan
PPD,
PPD, EO
EO Perkhidmatan
Perkhidmatan dan
dan EO
EO Kewangan
Kewangan PPD
PPD
2. Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Sumber Manusia JPNS – Mohon bantu
untuk segerakan kelulusan menanggung kerja yang dihantar oleh pihak sekolah
seperti Ceraian PO.1.1.6 Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam
3. Ketua Unit Akaun JPNS – untuk makluman puan

You might also like