You are on page 1of 2

Sumber Kewangan Program RMT

Unit

Pemodenan

Tadbiran

dan

Perancangan

Pengurusan

Malaysia

(MAMPU), Jabatan Perdana Menteri, bertanggungjawab melaksanakan kajian


tentang penyaluran peruntukan RMT kepada sekolah. Hasil kajian yang dikeluarkan
pada bulan Jun 2002 telah melaporkan bahawa penyaluran peruntukan oleh JPN
kepada sekolah adalah terlalu lewat kerana sekolah perlu membuat tuntutan
sebelum bantuan RMT diberikan. MAMPU mengesyorkan bahawa penyaluran
bantuan RMT itu hendaklah dibuat terus kepada sekolah berasaskan kepada rekod
jumlah murid yang layak pada tahun semasa, tanpa tuntutan daripada sekolah.
Dengan cara ini program RMT boleh dimulakan lebih awal dan pada hari pertama
persekolahan.
Bagi melaksanakan syor yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU prosedur
pembayaran bantuan RMT telah diseragamkan dan penyelenggaraan program RMT
hendaklah diawasi oleh Penyelia Kesihatan di JPN. Prosedur pembayaran yang
ditetapkan adalah seperti berikut:
1.

Jumlah murid yang sedang menerima bantuan RMT pada 1 Oktober tahun
semasa di setiap sekolah rendah akan menjadi asas perkiraan untuk
membayar bantuan RMT bagi tahun 2003.

2.

Bagi tahun-tahun berikutnya, perkiraan jumlah penerima bantuan hendaklah


dikemaskini dengan mengambil kira kemasukan murid baru ke tahun satu
dan jumlah murid tahun enam yang tamat sekolah, berserta dengan
pertambahan murid bagi sekolah-sekolah yang baru dibuka.

3.

Kod dan nama sekolah berserta dengan jumlah penerima bantuan hendaklah
dikemukakan oleh Penyelia Kesihatan dengan menggunakan Format A
kepada Unit Pengurusan Kewangan di JPN sebelum 30 November untuk
bayaran secara berkomputer melalui sistem e-PCG terus kepada akaun
kerajaan sekolah-sekolah yang terlibat. Bagi negeri Sabah dan Sarawak
pembayaran hendaklah dibuat secara waran peruntukan kepada Pejabat
Pendidikan Daerah negeri masing-masing.

4.

Penyelia Kesihatan di JPN hendaklah menyampaikan rekod pengagihan


peruntukan RMT di sekolah sehingga 31hb. Januari tahun berkenaan kepada
Bahagian Sekolah. Bahagian Sekolah pula akan menyediakan laporan
pengagihan mengikut negeri kepada Bahagian Kewangan.

Permohonan RMT dikemukakan oleh sekolah kepada JPN/ PPG/ PPD


berdasarkan Buku Panduan RMT di sekolah tahun 2002.
Keperluan peruntukan RMT hendaklah dikemukakan oleh JPN kepada
Bahagian Kewangan sebelum 30 November tahun sebelumnya.
Agihan pertama 80% disalurkan oleh Bahagian Kewangan kepada JPN pada
bulan Januari. JPN mengagihkan peruntukan RMT terus ke sekolah yang
melaksanakan sistem geran dalam tempoh 2 minggu selepas waran diterima.
Sekolah mengakaunkan di bawah lajur pelbagai dalam Buku Tunai Kumpulan Wang
Kerajaan (KWK) dan menyelenggara Akaun Subsidiari RMT.
Sekolah yang belum melaksanakan sistem geran, JPN mengagihkan
peruntukan RMT ke PPG/ PPD/ PPDk dalam tempoh 2 minggu selepas geran
diterima. PPG/ PPD/ PPDk hendaklah mengakaunkan di bawah lajur RMT dalam
Buku Tunai Akaun Khas PPG/ PPD/ PPDk.
Peruntukan yang diagihkan hanya boleh digunakan untuk bayaran kepada
pengusaha/ pembekal makanan RMT sahaja.

You might also like