You are on page 1of 3

Lampiran 1

TATACARA AGIHAN BANTUAN (BAPJ)

1. TATACARA PENGELUARAN WANG TUNAI

1.1 Pihak sekolah hendaklah mematuhi tatacara pengeluaran wang


tunai daripada bank dengan selamat dan mengikut peraturan
kewangan semasa seperti yang ditetapkan.
1.2 Pengeluaran wang tunai sehingga RM10,000 oleh Pengerusi PIBG
/ Bendahari hendaklah diiringi oleh dua (2) orang AJK dikalangan
guru.
1.3 Bagi pengeluaran wang tunai melebihi RM10,000 Pengerusi PIBG
/ Bendahari perlu mengambil langkah keselamatan tambahan
seperti mendapatkan perkhidmatan polis pengiring (jika perlu)
berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP137) mengenai
Tangungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan.
1.4 Sebarang lebihan peruntukan hendaklah dikembalikan kepada
Bahagian Kewangan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) selewat-
lewatnya sebelum atau pada 301Ogos 2022.

2. TATACARA PENGAGIHAN BANTUAN


2.1 Pengagihan bantuan tersebut kepada murid ibu bapa/ penjaga
yang layak hendaklah dilaksanakan oleh pihak sekolah secepat
mungkin mengikut peraturan yang berkuatkuasa.
2.2 Sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19, pihak
sekolah dinasihatkan supaya tidak mengadakan sebarang majlis /
program bagi penyerahan bantuan tunai tersebut.
2.3 Pemilihan dan perakuan senarai nama murid yang layak telah
disediakan oleh JPN.
2.4 Pengagihan bantuan Johor berkebajikan boleh dilaksanakan
secara tunai kepada murid / ibu bapa / penjaga atau melalui akaun
murid dengan memastikan semua pihak mematuhi Standard
Operating Procedure (SOP) yang dikeluarkan oleh KKM.
2.5 Pengagihan bantuan tunai boleh diuruskan berdasarkan slot
hari/waktu mengikut kesesuaian murid bagi mengelakkan orang
ramai (sesak) dan mematuhi jarak social.
2.6 Sebarang Majlis / Program penyerahan BAP Johor Berkebajikan
tidak dibenarkan.
2.7 Pemulangan lebihan peruntukan hendaklah dilakukan selewat-
lewatnya sebelum atau pada 31 Ogos 2022.

Pihak JPN berharap supaya prosedur pengagihan BAP Johor Berkebajikan


Tahun 2022 dapat dilaksanaan dengan lancar dan pihak sekolah sentiasa
mengamalkan norma baharu bagi mencegah COVID-19 dalam sebarang
urusan pentadbiran sekolah.

Nota:

Langkah-langkah membuka senarai nama murid di fail ‘excel’

1. Klik Sheet 1
2. Pilih PPD dahulu contoh Batu Pahat di filter baris pertama (1) kolum B.
3. Baris 2 dan 3 (Tingkatan/Tahun dan kewarganegaraan tidak perlu usik.
4. Cari sekolah masing-masing di dalam senarai PPD yang di pilih (contoh
:Batu Pahat).
5. Klik pada bilangan murid yang berwarna kuning bagi sekolah anda dan
tidak perlu buka sekolah lain.
6. Sesudah klik, senarai nama murid akan keluar mengikut kelas dan
bilangan di dalam sekolah itu.
7. Data murid yang diambil adalah setakat 31 Januari 2022.
8. PERHATIAN, data ini di muat turun pada 31 Januari 2022, jadi murid
Tingkatan 1 kohort 2022/2023 akan ambil duit bantuan BAP di sekolah
rendah masing-masing.
9. PERHATIAN, data yang diberikan adalah data rahsia rasmi, mohon
guru-guru menjaga etika kerahsiaan bagi melindungi maklumat dan
keselamatan murid-murid.

Sub Unit Bantuan


Unit Hal Ehwal Murid
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Januari 2022

You might also like