You are on page 1of 3

MESYUARAT PENGURUSAN BIL 4/2022

TARIKH : 30 oktober 2022


HARI : AHAD

LAPORAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

1. PENTAKSIRAN BILIK DARJAH DAN SUMATIF


1.1 Pentaksiran sumatif pertengahan tahun telah selesai dilaksanakan bagi
mengenalpasti tajuk-tajuk atau kemahiran yang belum dikuasai oleh murid untuk
merancang tindakan susulan.
1.2 Penyerahan pelaporan PBD, Pentaksiran Sumatif dan Segak kepada semua waris telah
selesai dilaksanakan pada 22 September 2022 (Khamis ).
Tindakan : Untuk Makluman Sahaja

2. PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PENILAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)

2.1 Semua PP1 dan PP2 perlu membuat Pengisian Skor Penilaian Kedua sebelum 25 Nov
2022 . Dinasihatkan agar tidak membuat penilaian pada saat-saat akhir.
Tindakan : PP1/PP2

3. PENCERAPAN BUKU LATIHAN DAN BUKU AKTIVITI


3.1 Perlaksanaa Pencerapan buku latihan dan buku aktiviti hendaklah dihantar oleh
semua guru mengikut takwim pencerapan.

3.2 Salinan borang laporan Pencerapan buku latihan dan buku aktiviti hendaklah
disimpan dalam fail laporan.

Tindakan : GB /PK
4. PENCERAPAN PDPC
4.1 Perlaksanaa Pencerapan PDPc oleh pentadbir hendaklah dilaksanakan mengikut
takwim pencerapan.

4.2 Salinan borang laporan Pencerapan PDPc hendaklah disimpan dalam fail laporan.

5. SKPMg2
5.1 Pengisian SKPMg2 ditangguhkan buat masa kini berdasarkan surat siaran
Penangguhan Pengisian PKS-SKPMg2 Tahun 22 rujukan KPM.100-1/9/6 Jilid 2 (67)
bertarikh 11 April 2022 .
Tindakan : Untuk Makluman Sahaja

6. PENGEMASKINIAN KEBERADAAN GURU E-OPERASI

6.1 Status keberadaan guru bermula 1 September hingga 13 Oktober 2022 telah selesai
dikemaskini.

HaL-Hal Lain
1. Penyerahan Pemangkun tugas PK Pentadbiran
1.1 Bermula 16 Oktober 2022 Penolong Kanan Hem akan menyerahkan tugas Pemangkuan tugas
PKP kepada PK Pentadbiran baru En Mohd Zahir b Haris.
Tindakan : Untuk Makluman Sahaja
LAPORAN PENOLONG KANAN HEM

1. KEPUTUSAN SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH


1.1 JK Teknikal dan JK Sebutharga kantin telah bermesyuarat pada 11 Oktober 2022 bagi
melaksanakan proses pemilihan pengusaha kantin yang baru bagi tempoh 1
Disember 2022 sehingga 31 November 2024 ( 2 Tahun ).
1.2 JK Pemutus Sebutharga telah bermesyuarat pada 16 Oktober 2022 dan bersetuju
melantik Es One Enterprise sebagai pengusaha kantin yang baru bagi tempoh
kontrak sewaan kantin selama dua (2) tahun dengan kadar sewaan RM950.00
sebulan.
1.3 Penyerahan setuju terima dan tanda tangan perjanjian Penyewaan Kantin Serta
Perkhidmatan Penyediaan Makanan dan Minuman Bermasak (Islam) BAGI TEMPOH 2
TAHUN BERMULA 01 DISEMBER 2022 HINGGA 30 NOVEMBER 2024 DI SEKOLAH
KEBANGSAAN BANDAR DARULAMAN akan diaksanakan pada 1 Novemver 2022.

Tindakan : Guru Besar/PK Hem

2. PERLAKSANAAN AGIHAN BAP BAGI MURID TAHUN 1 2022


2.1 Perlaksanaan agihan BAP bagi murid Tahun 1 telah diselesai diadakan pada 22
September 2022 (khamis ) yang melibatkan seramai 79 orang murid dengan jumlah
nilaian RM 11850.00. ( setiap orang RM150.00)
2.2 Terdapat 2 daripada 79 orang murid tidak menuntut wang agihan BAP akan
dikembalikan ke bahagian kewangan KPM seperti berikut :-

Darjah /
Bil Nama Murid
Tingkatan
Status

1 MUHAMMAD ALIF BIN MOHD AMIR 1 DELIMA  PINDAH


2 AISYA FAIHA BINTI ABDUL RAHIM 1 INTAN  PINDAH

Tindakan : Guru Besar/PK Hem

3. PENGISIAN DATA e-DAFTAR MENENGAH DALAM APDM

3.1 Taklimat dan proses pengisian borang Permohonan Penempatan Sekolah (BPPS)
Tingkatan 1 Tahun 2022 bagi Sesi Persekolahan 2023 telah selesai diadakan kepada
semua murid tahun 6 pada 28.10.2022 (khamis).

3.2 Pengisian e-Daftar Menengah (sekolah menengah harian) melalui APDM oleh guru
kelas Tahun 6 mula di buka 01/11/2022 dan tutup 30/11/2022. Proses Kelulusan
penempatan murid oleh PPDKP antara 6 – 12/2/2023.

3.3 Proses mencetak Surat Penempatan ke sekolah menengah ( melalui APDM) akan
dikeluarkan mulai 13 – 18 Februari 2023. Murid dikehendaki melakukan pengesahan
antara tarikh tersebut.

Tindakan : PK Hem / Guru kelas tahun 6


4. PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN IMUNISASI MURID TAHUN 1 DAN TAHUN 6

4.1 Lawatan Pemeriksaan kesihatan semua murid tahun 6 telah selesai dilaksanakan oleh
pihak Klinik Kesihatn Banai bermula 14 hingga 30 Ogos 2022.

4.2 Lawatan Pemeriksaan kesihatan serta Imunisasi semua murid tahun 1 telah selesai
dilaksanakan oleh pihak Klinik Kesihatn Banai bermula 26 September hingga 12
Oktober 2022.

4.3 Murid Tahun 1 yang tidak hadir seramai 7 orang telah dihubungi untuk mendapat
rawatan Imunisasi di Klinik Kesihatan Banai.

Makluman : Guru Besar/PK Hem

5. PEMERIKSAAN SERTA RAWATAN GIGI SEMUA MURID SEKOLAH

5.1 Proses melengkapkan Kad Rawatan Gigi telah diedarkan kepada Semua murid
( 13/10/2022) bagi tujuan terima temujanji pemeriksaan dan rawatan gigi bermula
bulan November.

Tindakan : PK Hem / Guru kelas

6. PERLAKSANAAN RMT DAN SUSU SEKOLAH

6.1 Perlaksanaan RMT bagi murid yang layak bulan Oktober seramai 183 telah berjalan
lancar. Manakala bagi program Susu sekolah untuk bulan Oktober belum lagi
menerima bekalan.

7. PEMBAYARAN EMK FASA 2/2022

7.1 Pembayaran Elaun Murid Keperluan Khas bagi fasa 1 telah dikreditkan ke dalam
akaun murid OKU seramai 3 orang dengan nilai RM2700.00 pada 02/8/2022.

7.2 Pembayaran Elaun Murid Keperluan Khas bagi fasa 2 telah dikreditkan ke dalam
akaun murid OKU seramai 3 orang dengan nilai RM2700.00 pada 18/8/2022.

Tindakan : Makluman semua

8. KEHADIRAN MURID SEKOLAH

8.1 Peratus kehadiran murid bagi 3 bulan bermula Julai hingga September secara
keseluruhan belum mencapai target sasaran PPDKP seperti berikut:-

BULAN JULAI OGOS SEPTEMBER


PURATA 82.61% 86.62% 85.25%

Tindakan : Makluman semua

You might also like