You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU DARULAMAN

06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN.

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KALI KE 2 / 2022


Bilangan : 2 Tahun : 2022/2023

TARIKH : 02 JUN 2022


HARI : KHAMIS
MASA : 10.00 pagi
TEMPAT : BILIK GB
KEHADIRAN : 1. En Jusoh bin Abdullah ( Guru Besar)
2. Pn Salemo bt Hamzah ( PK Pentabdbiran)
3. En Mahamad Rusli b Abd Rahman ( PK Hem)
4. En Mat Najib bin Abd Kadir ( PK Kokurikulum)
5. Pn Noorhayati bt Ahmad ( Ketua Kerani )

I UCAPAN PENGERUSI
1. Mesyuarat dimulai dengan bacaan ummul Kitab. ( Surah Al-Fatihah).
2. Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua Penolong Kanan dan
ucapan selamat bertugas di SKBBD kepada Ketua Kerani Pn Noorhayati bt Ahmad bagi
menggangantikan Puan Umi Kalsom.
3. Terima kasih kepada semua Penolong Kanan kerana telah berjaya melaksanakan tugas
mengikut takwim pengurusan dengan penuh komited.
4. Harapan GB supaya semua Penolong Kanan bekerja secara terancang dan bersatu hati
secara satu pasukan bagi mencapai matlamat yang maksimum.

II. LAPORAN PIHAK ATASAN

5. Penerapan 14 nilai murni yang diketengahkan konsep Sekolahku Sejahtera kepada murid
secara langsung atau tidak langsung mampu melahirkan generasi berdaya saing pada masa
akan datang.

6. Konsep Sekolahku Sejahtera digagaskan sebagai satu kerangka yang memayungi pelbagai
tema, inisiatif dan program sedia ada Kementerian Pendidikan (KPM) berteraskan penerapan
nilai murni.

7. Konsep ini diterapkan sewaktu guru bersama murid-murid ketika aktiviti PdP di dalam kelas,
contohnya jika guru mengajar mata pelajaran Sejarah dan mempunyai kaitan dengan 14
elemen, ia boleh diperjelaskan kepada murid.

8. Konsep Sekolahku Sejahtera dirangka berteraskan prinsip dan hasrat bagi mewujudkan
suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke
arah mencapai kesejahteraan masyarakat.

III. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

9. Cikgu Salemo bt Hamzah membentangkan minit mesyuarat yang lalu untuk diterima dan
disahkan.

10. Cikgu Mat Najid b Abd Kadir mencadangkan agar minit yang lalu diterima dan disahkan.

11. Pn Noorhayati bt Ahmad menyokong agar minit yang lalu diterima dan disahkan.

1
IV PERKARA BERBANGKIT

12. Persediaan kelas – Penolong Kanan Kokurikulum hendaklah merujuk laporan kerosakan kelas
supaya sentiasa segera dibaiki contohnya Kipas rosak dan bumbung blok bangunan yang
bocor.

13. Perbelanjaan Petty Cash – Teguran pihak audit agar penggunaan dan perbelanjaan wang
panjar runcit hanya dibelanjakan pada perkara kecemasan sahaja.

14. Pembelian pelitup muka boleh menggunakan wang panjar runcit.

15. Bilik TS25 ( PUTRAS25) sudah boleh diberoperasi, penggunaannya hendaklah melalui
tempahan awal.

V LAPORAN KEWANGAN

16. Pn Noorhayati bt Ahmad membentangkan laporan kewangan . Rujuk Lampiran ( Data


Kewangan 19/5/2022)

VI ISU-ISU PENGURUSAN

17. Kebersihan Kawasan Sekolah – Sampah bertaburan selepas kelas KAFA ( sesi petang ).
Perbincangan bersama penyelia guru KAFA telah bersetuju untuk menyelesaikan isu
tersebut.

18. Fasaliti Meja Kerusi Kantin – Nisbah keperluan murid ( 1083 orang murid ) dengan fasaliti
kantin tidak mencukupi menyebabkan keselesaan murid waktu rehat terganggu. PK Hem
mencadangkan agar meja/kerusi murid dikantin ditambah bagi menggantikan fasaliti yang
rosak.

Tindakan : PK HEM

VII LAPORAN PENOLONG KANAN PENTADBIRN

19. Penolong Kanan Pentadbiran

19.1 Minggu Persekolahan dan Minggu PdP


19.2 Perubahan dan semakan jadual waktu tahun 2022 telah dibuat untuk kali kedua,
pihak sekolah telah membuat penetapan bahawa 37 minggu adalah minggu PdP
untuk tahun ini.
19.3 Keseluruhan minggu persekolahan sesi 2022/2023 adalah 43 minggu.
19.4 Daripada 43 minggu keseluruhan dipecahkan kepada 37 minggu PdP dan 5 minggu
untuk program dan aktiviti lain ( minggu yang tidak melaksanakan PdP)

JUMLAH
PERKARA MINGGU

1. Minggu PdP
37 minggu

2. Minggu Untuk a. Minggu Perayaan


Program Sekolah dan Yang diperuntukkan oleh 1 minggu
Aktiviti Lain KPM ( M 7)
Minggu ( Minggu Yang Tidak b. Minggu Kejohanan Olahraga
Persekolahan Melaksanakan PdP ) Sekolah (M 17) 1 minggu

2
Keseluruhan c. Minggu Pengemaskinian
PBD / Pentaksiran Sumatif 1 minggu
Pertengahan Tahun ( M 21)

d. Minggu Pengemaskinian
PBD / Pentaksiran Sumatif Akhir 1 minggu
Tahun ( M 39)
e. Mengemas kini data dan fail
Murid ( M 43) 1 minggu

JUMLAH MINGGU KESELURUHAN SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023 43 MINGGU

Tindakan : Untuk Makluman Sahaja

19.5 Semua guru perlu menyemak semula RPT untuk 37 minggu dan merujuk pada
maklumat di atas dan takwim Manual Pengurusan 2022/2023.

Tindakan : Semua Guru


20. Pentaksiran Bilik Darjah
20.1 Pentaksiran Bilik Darjah dijalankan seperti biasa. Pelaporan kepada waris 2 kali
setahun.
20.2 Pentaksiran sumatif pertengahan tahun akan dilaksanakan bagi mengenalpasti tajuk-
tajuk atau kemahiran yang belum dikuasai oleh murid untuk merancang tindakan
susulan.
20.3 Pelaksanaan pentaksiran sumatif dilaksanakan oleh guru pada masa yang ditentukan
tetapi mengikut kesesuaian dan budi bicara guru mata pelajaran.

Tindakan : Untuk Makluman Sahaja

21. Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)


21.1 Takwim pelaksanaan PBPPP adalah seperti berikut :

TARIKH AKTIVITI/TUGASAN TANGGUNGJAWAB

1 Mac-3 April 2022 Pelantikan Jawatankuasa PBPPP Organisasi Pengerusi /


Pelantikan PP1 dan PP2 Setiausaha
4 April – 1 Julai 2022 Pengisian Skor Penilaian Pertama PP1/PP2
Penyerahan Salinan Borang Skor
18 Julai – 2 September Kemaskini Pertukaran JK PBPPP /
2022 Setiausaha
3 September – 2 Pengisian Skor Penilaian Kedua PP1 / PP2
Disember 2022 Penyerahan Salinan Borang Skor
1 Oktober – 2 Butang HANTAR diaktifkan PP1 / PP2
Disember 2022
10 Disember - 25 Pelarasan markah tidak tekal JK PBPPP
Disember 2022
9 Jan – 17 Februari Penetapan dan Penilaian Guru Baharu 2022 Pengerusi /
2023 Setiausaha

21.2 Semua PP1 dan PP2 perlu membuat Pengisian Skor Penilaian Pertama .
Dinasihatkan agar tidak membuat penilaian pada saat-saat akhir.

Tindakan : PP1/PP2

3
22. Penggunaan Buku Aktiviti Tahap 2
22.1 Semua murid Tahun 5 dan Tahun 6 telah membeli buku aktiviti kecuali 3 orang
murid Tahun 5 dan 3 orang murid Tahun 6 tidak mampu membeli buku. Murid
tersebut telah diberi buku secara percuma dan buku yang diberikan itu akan
dibayar menggunak duit zakat.

22.2 Tahun 4 masih ada murid yang belum membeli buku aktiviti. Semakan akan
dilaksanakan untuk memastikan semua murid memilik buku tersebut selepas cuti
pertengahan penggal 1. Murid yang tidak mampu membeli buku akan diberikan
secara percuma dan bayaran menggunakan duit zakat.

Tindakan : Untuk Makluman Sahaja

23. Pelan Strategik organisasi 2022 -2025 dan Pelan Tindakan Strategik 2022
23.1 Pelan Strategik Organisasi 2022- 2025 dan Pelan Tindakan Strategik 2022 telah siap
didokumentasikan. Kepada semua guru disebarkan secara soft copy melalui group
whatsApp rasmi.

23.2 Semua unit perlu melaksanakan program mengikut perancangan seperti yang
tertulis dalam Pelan Tindalkan Strategik 2022.

Tindakan : Semua Unit- Kurikulum,HEM & Kokurikulum

24. SKPMg2
24.1 Pengisian SKPMg2 ditangguhkan buat masa kini berdasarkan surat siaran
Penangguhan Pengisian PKS-SKPMg2 Tahun 22 rujukan KPM.100-1/9/6 Jilid 2 (67)
bertarikh 11 April 2022 .

Tindakan : Untuk Makluman Sahaja

VIII LAPORAN PENOLONG KANAN HEM

25. Bantuan KWAPM/ BAP 2022

25.1 Agihan wang bantuan KWAPM dicadangkan pada 28/7/2022 kepada 176 orang
murid yang layak berdasarkan kepada surat arahan Jabatan Pendidikan Kedah
pada 4/4/2022.(JPNK 800-4/5/6(41).

25.2 Agihan wang Bantuan Awal Persekolahan bagi murid Tahun Satu 2022/2023 telah
dicadangkan agihannya pada bulan pertengagan bulan ogos 2022 yang melibatkan
seramai 79 orang murid yang layak.

26. Penerimaan dan agihan perbekalan susu RMT telah dilaksanakan mengikut jadual yang telah
ditetapkan oleh JK Program Susu Sekolah. Bekalan pertama mula diterima pada 13/4/2022
dengan jumlah 2210 kotak untuk 170 orang murid. Penghantaran kedua pada 09/5/2022
dengan jumlah 3760 kotak untuk 188 orang murid.

Tindakan : Untuk Makluman Sahaja

VIII LAPORAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

27. Pelajar-pelajar telah menyertai pelbagai kejohanan sepanjang tahun 2022. Untuk kategori
kokurikulum, kejohanan yang telah disertai seperti jadual yang di keluarkan oleh PPD
kubang pasu.

4
28. Manakala untuk kategori koakademik, pelbagai pertandingan yang telah diikuti sepanjang
tahun 2022. Hebahan diselaraskan kepada guru penasihat dan pelajar mengikut tarikh yang
ditetapkan.

29,. Kebanyakan aktiviti dalam talian yang di tetapkan oleh PPD Kubang Pasu. Pelajar aktif
mengikuti dan manakala guru pembimbing aktif dalam membimbing pelajar dari masa
kesemasa terumata badan uniform , kelab dan persatuan.

Tindakan : Untuk makluman sahaja


X. HAL-HAL LAIN

30 Penyediaan Jadual ganti Guru


Bermula bulan Ogos Penolong Kanan Pentadbiran akan menyerahkan urusan penyediaan
jadual ganti guru kepada PK Kokurikulum .

Tindakan : Untuk Makluman Sahaja

31 Perlaksanaan dan pengendalian markah guru dalam PBPPP dibawah seliaan Pn Salemo
Hamzah diserahkan kepada En Mahamad Rusli mulai bulan Ogos 2022.

32 Kehadiran serta keberadaan semua guru termasuk pihak pentadbir hendaklah mengikut
pekeliling sedia ada. Kehadiran bermula 7.30 pagi dan pulang selepas jam 2.00 petang bagi
semua guru. Guru besar mengingatkan PK Kokurikulum ( En Mad Najib b Abd Kadir) agar
hadir ke sekolah mengikut ketetapan yang telah ditetapkan.

Tindakan : Semua Penolong Kanan

Disediakan oleh, Disemak oleh:

………………………………………………………... ………………………………………………….
(MAHAMAD RUSLI BIN ABD RAHMAN)
Penolong Kanan HEM
SK Bandar Baru Darulaman

Tarikh : ……………………….

You might also like