You are on page 1of 3

PENGURUSAN PEROLEHAN DAN BAYARAN

ARAHAN TUGASAN

1. Tugasan ini adalah tugasan kumpulan


2. Setiap kumpulan perlu menjawab satu (1) kajian kes
3. Baca dengan teliti kajian kes yang diberi
4. Bincangkan jawapan kajian kes dengan merujuk pekeliling dan buku-buku panduan
yang berkaitan
5. Persembahkan jawapan menggunakan power point atau kertas mahjong
6. Pilih wakil untuk pembentangan kumpulan
7. Setiap kumpulan diberi masa 20 minit untuk pembentangan

KAJIAN KES PENGURUSAN PEROLEHAN DAN BAYARAN

KES 1
Encik Budiman bin Sanjong telah dilantik sebagai ketua jabatan di Sekolah Seri
Sejahtera (SSS) sejak tahun 2019. Beliau seorang yang cukup berdedikasi dan
cemerlang dalam memastikan prestasi sekolah ditahap yang membanggakan.
Hubungan beliau dengan warga sekolah dan ibu bapa juga amat baik dan tiada
sebarang masalah sepanjang beliau menerajui sekolah ini.

Pada 20 Mei 2022, beliau telah menerima arahan daripada JPN untuk menjadi tuan
rumah bagi program perkhemahan perdana pengakap yang diadakan pada 2 hingga
5 Jun 2022. Selaku tuan rumah program, sekolah dikehendaki menguruskan
penyediaan makanan untuk peserta. Beliau juga telah berbincang mengenai
peruntukan untuk membiayai perbelanjaan makan minum pelajar. Pihak JPN
memaklumkan peruntukan akan disalurkan dalam masa terdekat.

Perkhemahan telah berlangsung dengan jayanya. Pada 28 Jun 2022 pihak sekolah
telah menerima peruntukan bagi aktiviti tersebuat. Encik Budiman meminta kerani
kewangan membuat pembayaran invois pembekal makanan bermasak berjumlah
RM15,000.00.

Berdasarkan kes di atas:

1. Apakah ketidakakuran yang berlaku dalam pengurusan perolehan dan

bayaran.
2. Nyatakan tindakan yang sepatutnya/ sewajarnya diambil oleh pengurus

sekolah untuk memastikan pengurusan perolehan dan bayaran dilaksanakan

dengan berkesan

KAJIAN KES PENGURUSAN PEROLEHAN DAN BAYARAN

KES 2

Puan Sodiah binti Terharun telah dilantik sebagai ketua jabatan di Sekolah Seri
Terpinggir (SST) pada 1 Julai 2022. Pan Sodiah gembira kerana ditempatkan di
sekolah yang berhampiran dengan rumahnya cuma beliau merasakan SST kurang
tarikan dan tidak ceria.

Selepas dua (2) minggu berada di STT, Puan Sodiah telah mengadakan mesyuarat
Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Sekolah. Puan Sodiah meminta
Encik Mamun PT (Kew) SSS untuk membentangkan prestasi kewangan sekolah
sehingga 30 Jun 2022. Encik Mamun memaklumkan beliau belum mengemakini
dokumen-dokumen kewangan. Encik Mamun hanya menyatakan peruntukan bagi
Pusat Sumber Sekolah dan Bimbingan Kaunseling masih belum digunakan. Di akhir
mesyuarat Encik Mamun memaklumkan, terdapat dua (2) hutang tahun 2018 belum
berbayar berjumlah RM 24, 300.00.

Seminggu selepas mesyuarat, Pn Sodiah telah memanggil Encik Mamun dan


meminta beliau menguruskan bayaran kepada pembekal 2018 secara beransur-
ansur dan bayaran pertama menggunakan duit Pusat Sumber Sekolah. Beliau juga
meminta untuk Encik Mamun menguruskan perolehan papan-papan tanda tunjuk
arah, visi dan misi dan carta organisasi sekolah dengan menggunakan peruntukan
Bimbingan dan Kaunseling.

Berdasarkan kes di atas:

1. Apakah ketidakakuran yang berlaku dalam pengurusan perolehan dan

bayaran.

2. Nyatakan tindakan yang sepatutnya/ sewajarnya diambil oleh pengurus

sekolah untuk memastikan pengurusan perolehan dan bayaran dilaksanakan

dengan berkesan

You might also like