You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH BIL 3/2020

SEK. KEB. TANJUNG BATU


KOTA MARUDU
______________________________________________________________________

TARIKH : 17.12.2020
TEMPAT : Bilik Gerakan SK. Tanjung Batu
MASA : 9.00 pagi

KEHADIRAN TIDAK HADIR


1. EN. ALI HASSAN ISMAIL 1. EN. FARSELY MASALAN - BERSEBAB
2. PN. ROSNAH SAWAYAN 2. EN. EMMANUEL RAUL - BERSEBAB
3. EN. SANI HJ RAHIM 3. EN. UMING SAPAUN - BERSEBAB
4. USTAZ DAINAL @ ZAINAL ALIUDDIN
5. PN. MERLYN BINTI JOHNJIN
6. EN. M. FAIZAL MARAL
7. CIK ROZITA RUNSAB
8. PN. NONANI UMPIN
9. PN. JURAYAH ANJAM
10. EN. ROSLEE ABD SAIT
11. PN. NURIDAH TAPA
12. PN. ELVY SAMID
13. PN. MUKMINAH MUHAMAD
14. PN. JANIFAH JANUWI
15. PN. LESIE MANGKIDAU
16. PN. SOLYNANEH PAUNAL
17. PN. BEATRICE TRACY MADAN
18. PN. ZAHRATUL SOBAH BT ZULKIFLI
19. EN. VIETRON MAIJAL
20. CIK NORUL ALLJAMILAH
21. EN. FREDERIC TALIS
22. PN. SLYVERNIA MOSUNGKIT
23. PN. KAMSIA ARIP
24. PN. HATIMAH ALIUDDIN
25. PN. THRESA TIMHOL
26. PN. AISAH JALUDIN
27. EN. MOHD JAMIL
28. CIK NUR AFIZA MOKHTAR
29. PUAN VONIA VANNESSA BONNY
Agenda Perkara Tindakan
1 1.0 Bacaan Doa

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin


oleh Ustaz Dainal @ Zainal Aliuddin.

2 2.0 Ucapan Pengerusi

Guru Besar selaku pengerusi majlis mengucapkan kata


alu-aluan kepada semua guru dan AKP atas
kecemerlangan melaksanakan tugasan sepanjang tahun
2020 walaupun ditimpa bencana Pandemik Covid-19.
Di samping itu, GB juga mengulas beberapa aktiviti
yang sempat disertai sepanjang tahun 2020. GB juga
menyatakan rasa bangga kerana salah seorang murid Sk
Tanjung Batu sempat menyertai kuiz peringkat Makluman
kebangsaan. Beliau berharap agar pada tahun 2021,
sekolah dapat meningkatkan kecermalangan baru.
Seterusnya, GB mengucapkan rasa syukur kerana
pembangunan sekolah berjalan dengan lancar iaitu
pembinaan bilik-bilik PK sekali gus menjadikan ruang bilik
guru lebih luas, serta pembanguna baharu iaitu kantin
dan dewan terbuka. GB menyatakan bahawa
perancangan tahun 2021 iaitu bangunan pejabat
pentadbiran akan didirikan.
Selain itu, GB memberi ulasan tentang isi kandungan
buku pengurusan sekolah yang tekah dikongsikan di
telegram sekolah untuk makluman semua staf.

3 3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

Encik Frederic Talis mencadangkan agar minit mesyuarat


disahkan dan disokong oleh Encik M. Faizal Maral dan Makluman
sidang.

4 4.0 Perkara Berbangkit

Tiada perkara berbangkit yang dibangkitkan.

5 5.0 Agihan Tugas Tahun 2021


Agihan tugas bagi bidang kurikulum telah dibentangkan
oleh Penolong Pentadbiran 1 iaitu, Puan Rosnah
Sawayan.
Bagi agihan tugas bidang Hal Ehwal Murid pula
dibentangkan oleh Penolong Kanan HEM, Encik Sani Hj Makluman
Rahim.
Agihan tugas bidang kokurikulum pula dibentangkan
oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Dainal @
Zainal Aliuddin.
(Rujuk lampiran)

6 6.0 Persediaan Persekolahan Tahun 2021

GB telah mengedarkan takwim persekolahan sesi 2021


dan membentangkan sedikit sebanyak tentang cuti-cuti
bagi sesi 2021.
Bagi persediaan persekolahan 2021, GB
menyenaraikan aspek-aspek yang perlu diambil kira
seperti peralatan sekolah iaitu kerusi dan meja murid
serta guru. Bagi aspek kebersihan pula, setiap kawasan
dalam sekolah perlu dibersihkan. Bilik-bilik khas seperti Semua staf
Bilik Kaunseling, Pusat Sumber, Bilik BOSS, dan lain-lain
juga perlu berada dalam keadaan yang baik untuk
digunakan. Bagi aspek keselamatan pula, pagar sekolah,
pagar asrama, alat pemadam api dan pendawaian
elektrik juga perlu diselenggara dan dibaiki sekiranya ada
kerosakan. Aspek lain seperti visi dan misi sekolah,
bendera sekolah serta jadual juga perlu diberi perhatian
sebagai persediaan sesi persekolahan tahun 2021.
Bagi pengembalian buku teks murid tahun 1 hingga 5,
dicadangkan agar diadakan pada awal bulan Januari
2021.

7 7.0 Hal-hal Lain

7.1 Puan Solynaneh Paunal


Puan Solynaneh akan menyediajan senarai nama murid Makluman
mengikut kelas dalam sistem APDM.
7.2 Tanda Nama Kelas
Penolong Kanan HEM akan menyediakan papan tanda PK HEM
kelas yang sudah rosak atau tiada.

7.3 Puan Nuridah Tapa


Puan Nuridah menyatakan bahawa pendaftaran Pra
sekolah secara atas talian sudah ditutup. Oleh itu, Makluman
sebarang urusan berkaitan perlulah berurusan dengan
pihak PPD.

7.4 Encik Frederic Talis


ENcik Frederic memaklumkan tentang perancangan
kegunaan duit FINCO iaitu untuk sudut bacaan dan Makluman
membeli buku bermula bulan Januari 2021 ekoran
bencana Pandemik Covid19.

7.5 Puan Kamsia Arip


Puan Kamsia meminta agar jika ada murid berpindah
sekolah, salinan jadual tiga yang telah disahkan perlu Guru Kelas
diberi kepadanya untuk tujuan perekodan.

7.6 Ustaz Dainal @ Zainal Aliuddin


Ustaz Zainal memaklumkan bahawa sukan tahunan tidak
dapat dilaksanakan pada tahun ini ekoran bencana Makluman
Pandemik Covid19. Untuk sesi tahun 2021 pula, ianya
belum dapat dipastikan lagi.

7.7 Encik Sani HJ Rahim


Encik Sani Rahim memohon kerjasama semua AKP agar
mencetak JD masing-masing (tulisan jenis Arial, saiz 12) Semua AKP
untuk diserahkan kepada setiausaha staf sebagai
persediaan pemantauan awal tahun.
Selain itu, beliau juga memaklumkan bahawa,
sekiranya ada murid yang berpindah masuk atau keluar,
hanya jadual tiga yang diperlukan. Bagi murid bukan Guru Kelas
warganegara pula, perlu memohon ke PPD untuk
melanjutkan pelajaran ke SMK dan pembaharuan hanya
perlu dilakukan selepas dua tahun persekolahan.

7.8 Puan Rosnah Sawayan


Puan Rosnah Sawayan memaklumkan bahawa senarai
mata pelajaran dan guru sudah disediakan tetapi belum
diberi. Beliau juga menyatakan bahawa terdapat sedikit Semua guru
perubahan taburan waktu kerana kekangan kurang guru
ekoran beberapa orang guru yang berpindah. Minggu
persekolahan bagi sesi 2021 pula adalah sebanyak 36
minggu sahaja.

7.9 Encik Ali Hassan Bin Ismail


Guru Besar memaklumkan bahawa terdapat seorang lagi
AKP yang perlu melengkapkan bilangan jam kursus dan
diminta untuk terus berhubung dengan penyelaras iaitu Makluman
Uztazah Zahratul Sobah. Ustazah Zahratul memberi
respon bahawa ianya sudah selesai.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.19 tengah hari.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Disediakan oleh, Disemak oleh,

___________________ ______________________

( MERLYN BINTI JOHNJIN ) ( ALI HASSAN BIN ISMAIL )


Setiausaha Staff, Guru Besar,
SK Tanjung Batu, Kota Marudu. SK. Tanjung Batu, Kota Marudu.

Sk. Pengurusan Sektor Akademik


Pentadbiran Sekolah
Fail

Pengesahan Minit Mesyuarat

Pencadang : _______________________ Penyokong : ________________________

Tandatangan : ___________________ Tandatangan : _____________________

Tarikh : ______________________ Tarikh : _____________________

You might also like