You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu


Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Tel : +6 088 – 661 205
Lot No. 3, Taman WTK Fasa II, Peti Surat 297 Faks : +6 088 – 662 582
89108 Kota Marudu, Sabah E-mel : ppd.kotamarudu@moe.gov.my

Rujukan : PPD(KM)/100/5/9 Jld. 2 ( )


Tarikh : 03 Mei 2021
Semua,
Guru Besar,
Sekolah Rendah,
Pejabat Pendidikan Daerah
Kota Marudu.
Tuan,
IKLAN MENGISI JAWATAN PENOLONG KANAN SEKOLAH RENDAH DAERAH KOTA MARUDU

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


02. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu membuka iklan untuk mengisi
kekosongan Jawatan Penolong Kanan Sekolah Rendah di Daerah Kota Marudu.
03. Syarat dan kelayakan bagi pengisian jawatan ini adalah seperti berikut:.
- Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 8 Tahun.
- Mengemukakan permohonan melalui Guru Besar.
- Menyediakan resume.
- Mempunyai asas kemahiran ICT.
- Sedia ditempatkan di mana-mana sekolah di Daerah Kota Marudu.
- Bersedia menghadiri temuduga dan membawa dokumen yang berkaitan.
*Tarikh tutup permohonan pada 18 MEI 2021

04. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan memanjangkan perkara ini kepada semua guru yang
berminat dan berkelayakan. Sekiranya mempunyai kemusykilan dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi
Pn. Doris @ Farah Dalila Doris Osoi di talian 088-661205.

05. Kerjasama dan perhatian tuan/puan sangat dihargai dan diucapkan terima kasih.
Sekian

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19””

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan amanah

DATU ROSLIN BIN DATU SIABOK


Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah
Kota Marudu, SABAH.

SK. Fail

MARUDU HEBAT : DRIVE TO EXCELLENCE

MRM/3/05/21

You might also like