You are on page 1of 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SJK (T) METHODIST


31700 MALIM NAWAR
PERAK DARUL RIDZUAN Kod Sekolah : ABD 9007
Telefon/Faks : 05-4772682
E-mail : ABD9007@moe.edu.my

MINIT MESYUARAT
TAKLIMAT PEMBUKAAN SEKOLAH FASA 3

Tarikh : 17.11.2021

Hari : Rabu

Masa : 10.00 Pagi

Pelantar : Dewan Sekolah

1.0 UCAPAN ALUAN


1.1 Pn. P. Sandra Piriya mengalu – alukan para ibu bapa ke Taklimat Pembukaan sekolah
semula 2021.

2.0 UCAPAN GURU BESAR


2.1 Pn. A. Logeswary selaku guru besar sekolah telah mengucapkan terima kasih kepada
para ibu bapa yang hadir taklimat.
2.2 Beliau menyatakan sekolah akan dibuka pada 22.11.2021 (Isnin) serta meminta ibu
bapa supaya menghantar anak ke sekolah pada hari yang ditetapkan.
2.3 Guru besar juga memesan kepada ibu bapa supaya mengisi borang kesediaan anak
ke sekolah yang terdapat di pondok pengawal.
2.4 Selain itu, Guru besar juga menyatakan bahawa semua warga sekolah telah pun
melengkapkan dos vaksinasi.
2.5 Beliau mengingatkan ibu bapa sekolah akan memastikan keselamatan anak murid
dengan lebih cermat.
2.6 Guru Besar memberitahu bahawa sesi persekolah bagi tahun 2021 akan tamat pada
Mac 2022.
2.7 Beliau juga mengingatakan kepada ibu bapa supaya jangan membawa anak ke luar
sering kali.
2.8 Seterusnya Guru besar memberitahu jika anak tidak hadir ke sekolah segera hubungi
guru serta memberikan surat ketidakhadiran pada hari keesokkan.
2.9 Ibu bapa juga ditegaskan supaya jangan menghantar anak ke sekolah jika dikenalpasti
terdapat masalah kesihatan.
2.10 Ibu bapa dibenarkan menghantar anak ke sekolah dengan pakaian yang bersesuaian.
Jika uniform sekolah ada masalah anak murid dibenarkan memakai bajun sukan.
Begitu juga dengan kasut.
2.11 Walaupun kawasan sekolah dan bilik darjah disanitasi setiap hari, Guru besar
mengingatkan ibu bapa supaya memberikan kain buruk kepada anak supaya mereka
dapat mengelap meja dan kerusi jika berasa tidak selamat.
2.12 Guru besar meminta bantuan ibu bapa supaya menerangkan SOP yang perlu
diamalkan di sekolah kepada anaknya.
2.13 Selain itu, ibu bapa juga diminta memeriksa semua buku teks dan buku aktiviti yang
diberikan di sekolah dalam keadaan yang baik. Serta memastikan murid membawa
semua buku tersebut pada hari pertama sekolah dibuka. Jika ada kerosakkan ibu bapa
perlu membaiki buku tersebut dan perlu ganti buku baru bagi buku teks yang hilang.
2.14 Seterusnya Guru besar juga menegaskan bahawa ibu bapa perlu memastikan
anaknya menyiapkan latihan – latihan yang diberikan oleh guru semasa PdPr.
2.15 Beliau juga menyatakan jadual waktu kelas akan dimuatnaik pada hari jumaat dalam
kumpulan telegram kelas.
2.16 Ibu bapa dipesan supaya memastikan penghantar anak ke sekolah lengkapkan 2 dos
vaksinasi.
2.17 Ibu bapa juga dipesan supaya mengambil anak tepat pada masa sekolah tamat
mengikut jadual waktu.
2.18 Guru besar juga mengingatkan ibu bapa supaya memberi sumbangan PIBG sebanyak
RM30.00 sepertimana dipersetujui dalan Mesyuarat Agong Pibg kerana dana PIBG
sangat kurang.
3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Pn. P. Sandra Piriya selaku Guru Kanan HEM menerangkan tentang pengisian boran
PB-1 kepada ibu bapa.
3.2 Beliau memberitahu ibu bapa boleh dapatkan borang tersebut dari pondok pengawal.
3.3 GK Hem juga menegaskan ibu bapa supaya jangan menggunakan liquid dalam borang
PB-1.
3.4 Beliau memesan supaya ibu bapa menulis tahun anak adalah bagi tahun hadapan.
Contohnya jika anak di tahun 1 pada tahun ini dalam borang pula perlu tulis tahun 2.
3.5 ibu bapa yang bekerja tetapi tiada slip gaji perlu mendapatkan pengesahan dari
pegawai yang tersenarai dalam borang PB-1.
3.6 Pn. P. Sandra Piriya meminta ibu bapa perlu menghantar borang tersebut pada hari
pertama sekolah kepada guru kelas.

6.0 UCAPAN PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua para ibu bapa ke
Mesyuarat Pembukaan Se.kolah Semula
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi

Disediakan oleh, Disemak oleh,

____________________________ ____________________________
(SUMITHRA A/P SOMOSONDERAM) (SANDRA PIRIYA A/P PERUMALSAMY)
SETIAUSAHA PIBG GURU KANAN HEM
SJKT Methodist, Malim Nawar SJKT Methodist, Malim Nawar

Disahkan oleh,

____________________________
(LOGESWARY A/P ARUMUGAM)
GURU BESAR
SJKT Methodist, Malim Nawar

You might also like