You are on page 1of 3

SK.

Bandar Easter,
Felda Bukit Easter
81907 Kota Tinggi.
Johor.
Tel: 078926462
______________________________________________________________________________

Ruj.Kami: JBA3047/100-18/2/1( )
Tarikh: 10 Oktober 2022

Ibu / Bapa / Penjaga,


Murid-murid Pra Sekolah
SK.Bandar Easter,
81907 Kota Tinggi,
Johor.

Tuan / Puan

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1444/2022

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa sekolah ini akan mengadakan Majlis
Sambutan Maulidur Rasul dengan kerjasama Masjid al Wahhab Gugusan Waha seperti ketetapan
berikut:

Tarikh : 13 Oktober 2022


Hari : Khamis
Masa : 7.30 – 12.30 tengah hari
Tempat : Masjid al Wahhab Gugusan Waha

2. Sehubungan dengan itu beberapa perkara perlu diambil perhatian untuk tindakan pihak tuan/puan:

2.1 Semua murid dikehendaki hadir ke sekolah seperti biasa jam 7.15 pagi dan balik jam 11.30 pagi.
2.2 Semua murid dikehendaki memakai pakaian baju raya iaitu murid lelaki berpakaian baju
melayu bersampin lengkap dan murid perempuan baju kurung yang menutup aurat dan sopan.
2.3 Semua murid perlu memakai kasut sekolah.
2.4 Sayugia diingatkan agar anak tuan/puan bersarapan sebagai persediaan untuk
perarakan Maulidur Rasul.
2.5 Murid diminta membawa payung kerana dikhuatiri hujan semasa perarakan Maulid.
2.6 Murid akan pulang dari sekolah.

3. Semoga dengan makluman ini pihak tuan / puan dapat mengaturkan jadual & pengangkutan untuk
anak / anak jagaan tuan / puan dengan sepatutnya.

4. Sekian untuk makluman & tindakan pihak tuan / puan selanjutnya. Kerjasama pihak tuan / puan
kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,


………………………..

SK.Bandar Easter,
Felda Bukit Easter
81907 Kota Tinggi.
Johor.
Tel: 078926462
______________________________________________________________________________
Ruj.Kami: JBA3047/100-18/2/1( )
Tarikh: 10 Oktober 2022
Ibu / Bapa / Penjaga,
Murid-murid
SK.Bandar Easter,
81907 Kota Tinggi,
Johor.

Tuan / Puan

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1444H

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa sekolah ini akan mengadakan Majlis
Sambutan Maulidur Rasul dengan kerjasama Masjid al Wahhab Gugusan Waha seperti ketetapan
berikut:

Tarikh : 13 Oktober 2022


Hari : Khamis
Masa : 7.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat : Masjid al Wahhab Gugusan Waha

2. Sehubungan dengan itu beberapa perkara perlu diambil perhatian untuk tindakan pihak
tuan/puan:

2.1 Semua murid dikehendaki hadir ke sekolah seperti biasa jam 7.15 pagi dan balik jam 12.30
tengah hari.
2.2 Semua murid dikehendaki memakai pakaian baju raya iaitu murid lelaki berpakaian baju
melayu bersampin lengkap dan murid perempuan baju kurung yang menutup aurat dan
sopan.
2.3 Semua murid perlu memakai kasut sekolah.
2.4 Sayugia diingatkan agar anak tuan/puan bersarapan sebagai persediaan untuk
perarakan Maulidur Rasul.
2.5 Murid diminta untuk membawa payung kerana dikhuatiri hujan semasa perarakan Maulid.
2.6 Tahap 1 akan pulang dari sekolah. Tahap 2 akan pulang dari masjid.

3. Sekian untuk makluman & tindakan pihak tuan / puan selanjutnya. Kerjasama pihak tuan /
puan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,


………………………..

You might also like