You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI AMAN Tel.

Pejabat: 083-326445
JALAN KAMPUNG MUHIBBAH Email: sksriamanyba2118@gmail.com
95000 SRI AMAN
SARAWAK.
Ruj. Kami : SKSA-100/13/1/4 ( )
Tarikh : 22 November 2022

KEPADA
SEMUA GURU RUMAH SUKAN
SEMUA IBU BAPA/PENJAGA PRA SEKOLAH
SEMUA IBU BAPA/PENJAGA PPKI
SEMUA IBU BAPA/PENJAGA TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6

Tuan/Puan,

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN SRI AMAN TAHUN 2022.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah kita akan mengadakan sukan tahunan sekolah tahun 2022. Berikut
merupakan tarikh perjalanan program:

TARIKH/HARI MASA

23 November 2022 (RABU) 0700 pagi – 1200 tengahari

24 November 2022 (KHAMIS) 0700 pagi – 1200 tengahari

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon kerjasama ibubapa/penjaga untuk memastikan
anak-anak/jagaan masing-masing hadir pada hari yang telah dinyatakan di atas serta dapat menghantar dan menjemput
balik anak-anak/jagaan tuan/puan mengikut masa yang telah ditetapkan.

4. Bagi memberi sokongan serta memeriahkan aktiviti tersebut, pihak sekolah dengan sukacitanya menjemput semua
ibubapa/penjaga untuk menyaksikan kejohanan tersebut. Kerjasama serta sokongan tuan/puan amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

(MUHD FUAD AUGUSTINE ABDULLAH)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sri Aman

You might also like