You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIERRAMAS

JALAN HOSPITAL, 47000 SUNGAI BULOH,


SELANGOR DARUL EHSAN
KOD SEKOLAH: BEA 7622
No. Tel: 03 61402562 No. Faks: 03 61402572
E-mel: bea7622@btpnsel.edu.my
Blog Sekolah: http://www.smksierramas.blogspot.com

Ruj. Kami : SMKS.300-2/5/2( )


Tarikh : 07 JANUARI 2022

Ibu Bapa / Penjaga


Murid Tahun Akhir 2021/2022,
PPKI SMK Sierramas

Tuan / Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS GRADUASI PPKI SMK SIERRAMAS SESI 2021/2022

Saya dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Graduasi


“Rantaian Kasih” bagi murid tahun akhir sesi 2021/2022 pada ketetapan berikut :

2.1 Tarikh : 24 Februari 2022 (Khamis)


2.2 Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
2.3 Tempat : Dewan Cosmoderm, SMK Sierramas

3. Sehubungan itu, pihak sekolah dengan berbesar hati menjemput tuan/puan untuk hadir
bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Bagi mengehadkan bilangan jemputan, pihak sekolah
telah menetapkan hanya seorang sahaja wakil untuk satu keluarga.

4. Bagi menjamin kelancaran majlis, diharapkan pihak tuan/puan dapat hadir pada tarikh
dan waktu yang telah ditetapkan. Sila hubungi Pn. Maizarith binti Ismail di talian 017-5477729
bagi sebarang maklum balas.

Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

‘ʻBERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ʼ

Saya yang menjalankan amanah,

(HASHIM BIN SARYANI @ MD NOH)


Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Sierramas
47000 Sungai Buloh
Selangor Darul Ehsan

You might also like