You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Gum Gum Kecil


Wdt 166, Pejabat Pos, Wilayah Persekutuan 90500,
Sandakan Sabah
No Tel : 01165747371
Emel : xba2009@gmail.com

Ruj. Kami : SKGGK.100-11/1/4 (02)


Tarikh : 19 April 2024

Semua,
Ibu bapa/ penjaga
Murid SK Gum Gum Kecil,

Tuan/Puan,

MAKLUMAN PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SK GUM


GUM KECIL 2024.

Segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan program seperti di atas mengikut
ketetapan berikut:

Tarikh : 26 April 2024


Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi – 11.40 pagi
Tempat : Dewan SK Gum Gum Kecil
Pakaian : Baju Hari Raya

3. Sehubungan dengan itu, penyediaan makanan adalah secara ’pot luck’ atau murid membawa apa
sahaja hidangan semasa majlis jamuan raya. Di samping itu, murid juga diminta membawa pinggan, sudu
dan gelas masing-masing.

3. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan terhadap perkara di atas didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian,

” MALAYSIA MADANI ”
” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menjalankan amanah,

SUFIAN BIN ACTON


Guru Besar,
SK Gum Gum Kecil,

“BERUSAHA, BERBAKTI, BERDISIPLIN”

You might also like