You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU AHMAD,

JALAN AYER HANGAT, 07000 LANGKAWI,


KEDAH DARUL AMAN
TELEFON / FAKS : 04-9591996
EMAIL : skpenghuluahmad2020@gmail.com

“BERILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN”

Ruj. Kami : SKPA 600-3/6/6


Tarikh : 19 OGOS 2022
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyior,
Pulau Dayang Bunting,
07000, Langkawi
Kedah

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI HAKIM PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK SEMPENA MAJLIS


PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Panitia


Sejarah Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad akan mengadakan Pertandingan Mendeklamasi
Sajak sempena Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan Penghulu
Ahmad 2022. Justeru itu, pihak sekolah ingin menjemput guru sekolah tuan yang bernama
Encik Rosafandi bt Rosli sebagai hakim bagi pertandingan ini. Maklumat berkaitan
pertandingan adalah seperti berikut:

Tarikh : 22 September 2022


Hari : Khamis
Masa : 9.00 pagi-12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Laman Nurani, Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad

3. Oleh itu, pihak Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad ingin memohon jasa baik tuan
untuk memberi pelepasan kepada guru berkenaan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
Semoga sokongan serta dorongan yang diberikan oleh pihak tuan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

4. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, sila hubungi Puan Suhaida Binti Fauzi,
setiausaha Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad di talian
0139619463.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD RAZALI BI SAID)


Guru Besar,
SK Penghulu Ahmad
Langkawi, Kedah

You might also like