You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN DUALOG, KUDAT

PETI SURAT 319, 89058 KUDAT


SABAH.
Rujukan : SKDK / 600-4 /14 (19)
Tarikh : 5 MAC 2019

EN. AU YUN FOH,


89057 KUDAT,
SABAH.

Tuan,

MEMOHON PEMINJAMAN KERUSI (100 BUAH)

Perkara di atas adalah rujuk.

2. Bagi makluman pihak tuan/puan, Sekolah Kebangsaan Dualog Kudat telah terpilih sebagai
tuan rumah bagi MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ZON SIKUATI KUDAT BAGI TAHUN 2019.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan penuh rendah diri ingin memohon
peminjaman KERUSI bagi memastikan kelancaran semasa majlis tersebut dijalankan. Bagi
makluman pihak tuan/puan, pihak sekolah akan menjalankan majlis ini pada ketetapan yang
berikut:-

Tarikh : 12 Mac 2019


Masa : 7.30 am – 2.00 pm
Tempat : SK. DUALOG KUDAT
Raptai Penuh Pihak sekolah : 8 Mac 2019

4. Pihak sekolah berjanji akan memastikan peralatan ini sentiasa dalam keadaan baik dan
selamat. Pihak sekolah akan mengembalikan peralatan ini pada 13 Mac 2019 selepas selesai sahaja
majlis dilaksanakan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Cik Hasnaini binti Harun (013-
4391485)

4. Pihak sekolah berharap permohonan ini akan dipertimbangkan dan seterusnya diluluskan oleh
pihak tuan/puan. Dengan ini pihak sekolah mengucapkan ribuan berterima kasih atas segala
pertolongan dan pertimbangan dipihak tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

‘AL-QURAN PEMBAWA RAHMAT UNTUK UMAT’

Saya Yang Menjalankan Amanah,

( BOWBY BIN OTAH )


GURU BESAR
SK. DUALOG KUDAT

s.k Fail

You might also like