You are on page 1of 2

Ruj : SMKJA/800-1/1(317)

Tarikh : APRIL 2019


Pengurus,
C.Y.C. Holdings Sdn. Bhd.
TB263, Lot 13A, Perdana Square,
Mile 3.5, Jalan Apas,
91000 Tawau.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PERTANDINGAN KAWAD KAKI KADET REMAJA


SEKOLAH DAERAH TAWAU 2019.

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Jalan Apas (JASS) akan mengelolakan Pertandingan
Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah Daerah Tawau 2019 pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 27 April 2019


Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran Nizam, SMK Jalan Apas, Tawau.

03. Sehubungan itu, besarlah harapan kami agar pihak Tuan dapat menghulurkan sumbangan
berupa 10 kotak air mineral botol kecil bagi kejayaan program tersebut.

04. Sila hubungi Puan Noriati Binti Budin (Penolong Kanan Kokurilum), di talian 019-883
9377 untuk sebarang maklumat mengenai program tersebut.
05. Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan dalam bersama-sama menjayakan program
tersebut kami dahulukan dengan jutaan terima kasih. Semoga jasa bakti pihak Tuan dalam memberi
sumbangan ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(NORIATI BUDIN)
Penolong Kanan Kokurikulum
B/p Pengetua
SMK JalanApas, Tawau

Sk fail: Kokurikulum

NOB/sas

170419

J0925

You might also like