You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SAWAH,

KM 4.8 JALAN SAWAH, 81500 PEKAN NANAS, PONTIAN,


JOHOR.
Tel & Faks : 07-6996618

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruj. Kami : JBA6018/
Tarikh : 07.02.2019
Kepada,

Pengurus,
Buddies Training & Consultant,
10A. Jln Flora 1/10,
Taman Pulai Flora,
81300 Skudai, Johor.
(up: Cik Amirah bt Othman)

Tuan,

JEMPUTAN MENYAMPAIKAN CERAMAH KEPADA MURID TAHUN 6

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Kebangsaan Kampong Sawah amat


berminat dengan slot ceramah selama 1 jam yang ditawarkan oleh pihak Tuan dan dengan
berbesar hati ingin menjemput Cik Amirah bt Othman ke sekolah kami bagi menyampaikan
ceramah tersebut kepada murid Tahun 6 seperti ketetapan yang berikut.:-

Hari : Isnin
Tarikh : 11 Februari 2019
Masa : 11.30 -12.30 pm
Tempat : Surau Sk Kampong Sawah

3. Kerjasama dan keprihatinan tuan / cik amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan amanah,

______________________
(Tn. Hj. Khairuddin bin Sa’don)
Guru Besar
Sk Kampong Sawah.

You might also like