You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS SUNGAI PETANI

MUKIM BUJANG,
08400 MERBOK,
KEDAH DARUL AMAN.
Tel : 04-4571104
Fax : 04-4571153
E-mail: skpendkhas.ppdkmy@gmail.com

“KEDAH MUAFAKAT ”
Rujukan Kami :
Tarikh : 5 Mac 2018

Pejabat FAMA Daerah K. Muda / K.Ketil


Jalan Baling
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman

Tuan,
MEMOHON MEMINJAM KHEMAH BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN
SEMPENA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG DAERAH KUALA MUDA YAN
2018

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa murid- murid berkeperluan khas dari SK Pendidikan Khas Sg Petani
akan mengadakan satu program keusahawan sempena sempena Kejohanan Balapan dan Padang
Daerah Kuala Muda Yan 2018 mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 11-13 Mac 2018


Tempat : SMK Tunku Ismail, Sg Petani, Kedah
Peserta : 29 orang murid berkeperluan khas
Guru Pengiring: 9 orang guru pengiring

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berbesar hati untuk memohon meminjam tiga (3) buah
khemah daripada pihak Tuan bagi menjayakan dan melancarkan lagi program keusahawanan
ini.

4. Pihak sekolah berharap agar perkara di atas mendapat pertimbangan daripada pihak tuan.
Kerjasama dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang kemusykilan tuan
boleh menghubungi pengarah program keusahawan ini En. Zulkifli Bin Ahmad di talian
0124684152

Sekian. Terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menurut perintah,

”1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”


(JUNAIDA BINTI YUSOFF)
Guru Besar
SK Pendidikan Khas Sungai Petani

”1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

You might also like