You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TAWAR

09700 KARANGAN , KEDAH DARUL AMAN


KBA0068
Telefon : 019-4428470
e-Mel : skulutawar0068@gmail.com
“ KEDAH AMAN MAKMUR – HARAPAN BERSAMA MEMAKMURKAN KEDAH ”

Tarikh : 10 MAC 2019

Kepada ,
Tuan Hj. Mohd Yusoff Bin Abdullah ,
Penyelia Pendidikan Islam ,
PPD Baling ,
09100 Baling , Kedah Darul Aman .

YB Dato’ ,

JEMPUTAN KEHORMAT SEBAGAI PERASMI PENUTUPAN PROGRAM KARNIVAL DAKWAH


PENDIDIKAN ISLAM ZON KUALA PEGANG TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya , perkara di atas adalah dirujuk .

2. Sukacita dimaklumkan kepada pihak Tuan Haji bahawa pihak Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar
telah dilantik menjadi tuan rumah bagi program Karnival Dakwah Pendidikan Islam Zon Kuala Pegang bagi
sesi 2019 ini. Program ini akan disertai oleh sekolah-sekolah rendah Zon Kuala Pegang .

3. Sehubungan dengan itu , pihak sekolah dengan rasa rendah diri dan berbesar hati ingin menjemput
Tuan Haji bertandang ke sekolah kami selaku Tetamu Kehormat yang akan menyempurnakan perasmian
penutup bagi program Karnival Dakwah Pendidikan Islam Zon Kuala Pegang . Pihak sekolah amat yakin
dan percaya , kehadiran Tuan Haji pastinya akan menyerikan majlis itu nanti .

4. Butiran program adalah seperti yang dinyatakan di bawah :

4.1) Hari / Tarikh : Isnin ( 18 Mac 2019 )


4.2) Masa : 11.30 pagi
4.3) Tempat : Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar

5. Semoga perkara ini mendapat perhatian dan maklum balas yang positif daripada pihak Tuan Haji.
Kerjasama yang diberi amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian , terima kasih .

“ PENDIDIKAN BERKUALITI , PELAJAR BESTARI ”

Saya yang menjalankan tugas ,

..........................................................
( ABDULAZIM BIN ABDUL HAMID )
Guru Besar ,
Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar ,
09700 Karangan , Kedah Darul Aman

You might also like