You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERMAI INDAH

BUKIT MINYAK
14000 BUKIT MERTAJAM
SEBERANG PERAI
Tel : 04-5023290 Faks : 04-5023289
Website : www.smkpi.com/pp E-mail : pea0010@jpnpp.edu.my

‘ 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’


Ruj : SMKPI (KURI) 600-4/1 (33)
Tarikh : 17 JULAI 2013

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti
14400, KUBANG SEMANG

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK MELAWAT PUSAT SUMBER DAN BILIK-BILIK KHAS

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pusat Sumber SMK Permai Indah bercadang untuk membuat
lawatan sambil belajar ke SMK Penanti seperti seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 23 JULAI 2013


Hari : Selasa
Masa : 2.00 petang
Bilangan peserta : 40 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring

3. Tujuan lawatan diadakan adalah untuk berkongsi ilmu untuk meningkatkan perkhidmatan
pengurusan PSS yang cemerlang, seterusnya dapat dijadikan panduan dalam penzahiran pengurusan
dan perkhidmatan yang lebih berkualiti di Pusat Sumber SMK Permai Indah.

4. Diharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan daripada pihak tuan.

Kerjasama tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’


‘PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA’

Saya yang menurut perintah,

..............................................
(TN HJ SHAMSUDIN BIN MAT)
Pengetua
SMK Permai Indah

s.k : Fail Pusat Sumber

You might also like