You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUANG

09200 KUPANG, KEDAH DARUL AMAN


Telefon : 04 – 4727825. Emel : skkualakuang10@gmail.com

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Ruj. Kami : SKKK 30/005/22 (8)


Tarikh : 12 Mac 2017

YB Dato' Harun Bin Abd. Aziz


Ahli Dewan Undangan Negeri Kupang,
Dewan Undangan Negeri Kedah,
Pejabat DUN Dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah,
Aras 4, Blok E, Wisma Darul Aman
05503 Alor Setar
Kedah.

Dato’ ,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MENGADAKAN PROGRAM BESTARI UPSR 2017


SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUANG – DPP BANK SIMPANAN NASIONAL

Sukacita perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah ingin memohon untuk mengadakan Program Bestari
Minda UPSR 2017 Sekolah Kebangsaan Kuala Kuang bersama DPP Bank Simpanan Nasional,
Universiti Utara Malaysia.

3. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan motivasi secara santai kepada pelajar
calon UPSR 2017 Sekolah Kebangsaan Kuala Kuang di dalam persekitaran Institusi Pengajian Tinggi
iaitu di Dewan Penginapan Pelajar Bank Simpanan Nasional, Universiti Utara Malaysia dari 11 Mei
2017 hingga 13 Mei 2017.

4. Pihak kami ingin memohon jasa baik Dato’ untuk memberikan penajaan KEDA bagi
menjayakan program ini.

5. Kesudian Dato’ dalam menaja program ini, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

6. Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut , sila hubungi En. Anwar Hussain B Shaik
Mohamed ( 012-5419748) atau Puan Roslida Bt Jaafar ( 013-4132968).

Sekian , terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………………………
( TN. HJ. ABDUL AZIS BIN ABDUL WAHAB )
GURU BESAR,
SK Kuala Kuang,09200 Kupang, Kedah.

You might also like