You are on page 1of 3

TEKNIKAL FUTSAL

KARNIVAL PERMAINAN
SK PENDIDIKAN KHAS SUNGAI PETANI
TAHUN 2020

TARIKH:
27 OKTOBER 2020
(SELASA )

TEMPAT:
SK PENDIDIKAN KHAS SUNGAI PETANI, KEDAH.
MASA:
7.45 PAGI – 1.15 PETANG

ANJURAN:
UNIT SUKAN & KOKURIKULUM
SK PENDIDIKAN KHAS SUNGAI PETANI
1.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

 Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Tahap 2 SKPKSP


 Pertandingan akan dijalankan secara “5-sepasukan” dan seorang Jurulatih
 Guru bagi setiap kumpulan akan bertindak sebagai jurulatih yang akan menentukan
strategi pasukan masing-masing.

2.0 FORMAT PERTANDINGAN

 6 Pasukan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan pertandingan akan dijalankan secara
liga terlebih dahulu.
 Johan dan naib johan bagi setiap kumpulan akan terus ke peringkat separuh akhir
manakala pasukan yang akan kalah akan bermain bagi penentuan tempat ke 5 & 6.
 Tempoh masa permainan adalah selama 15 minit dengan 7 minit bagi setiap separuh
masa dan rehat selama 1 minit.
 2 pasukan pemenang di separuh akhir akan bertemu di perlawanan akhir. Manakala 2
pasukan yg kalah pada peringkat separuh akan berlawan bagi menentukan tempat ketiga
dan keempat.
 Jika jaringan seri sehingga tamat masa permainan, penentuan dengan sepakan penalti
dijalankan
 Sistem digunaka pakai bagi sepakan penalti adalah 3 + 1 + 1 + toss coin. Pasukan yang
menang ”toss of coin” berhak memilih samada mahu mengambil sepakan atau sebaliknya.
 TiadaPeraturan permainan 'out ball' dan 'corner kick' diguna pakai.
 1 orang pengadil akan mengadili setiap 1 perlawanan .

3.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN

 Hanya 5 pemain dibenarkan beraksi pada satu-satu masa.


 Tiada penjaga gol.
 Pemain gantian boleh dimasukkan berulang-ulang kali sepanjang masa permainan.
 Tiada pergerakan sebaliknya pemain hanya duduk statik pada kedudukan yang telah diatur
oleh jurulatih (bergantung kepada strategi jurulatih).
 Tiada 'sliding tackle',' hard tackle', 'tackle from behind', ’body holding’ dan 'body contact'
dibenarkan di dalam permainan ini.
 Tiada pemain dibenarkan berada dalam kawasan D.
 Gol mestilah dijaringkan oleh pemain penyerang (seorang sahaja) yang akan ditempatkan
di luar kawasan D.
 Jurulatih berhak menentukan strategi dan kedudukan pemain sepanjang perlawanan
berlangsung.
 Jurulatih boleh menukar strategi pasukan( hantaran) pada bila-bila masa
 Jurulatih dibenarkan menukar kedudukan atau susunan pemain sebaik selesai setiap set.
 Minimum 4 dan Maksimum 6 hantaran bola (termasuk sepakan ke dalam gol) dibenarkan
bagi setiap pasukan dalam satu set.
 Tidak dibenarkan menyusun pemain dalam kedudukan menghalang antara satu sama lain.
 Penguasaan bola akan bertukar milik secara bergilir-gilir selepas bola disepak oleh pemain
penyerang pasukan masing-masing.
 Penguasaan bola juga akan bertukar milik SEKIRANYA pemain dalam pasukan gagal
menahan bola dengan baik dan bola bergerak ke kaki pemain pasukan lawan.
 Sebarang pergaduhan adalah tidak dibenarkan dan penyertaan pasukan tersebut boleh
dibatalkan atas budi bicara pihak penganjur.
 Keputusan pengadil adalah sah dan muktamad.
CONTOH STRATEGI:
PERLAWANAN ANTARA PASUKAN :

MERAH FC VS HITAM UNITED

PEMERHATIAN:

 MERAH FC MENGGUNAKAN TAKTIK 4 HANTARAN BOLA SEBELUM SEPAKAN


MENJARING
 HITAM UNITED MENGGUNAKAN 3 HANTARAN SAHAJA SEBELUM PEMAIN
PENYERANG MENYEPAK BOLA UNTUK MENJARINGKAN GOL
 MAKSIMUM HANTARAN ADALAH 6 TERMASUK SEPAKAN MENJARING
 TERPULANG KEPADA JURULATIH UNTUK MENCORAKKAN HANTARAN DAN
JARINGAN PASUKAN MASING-MASING

You might also like