You are on page 1of 3

PERTANDINGAN STREET SOCCER

SEMPENA KARNIVAL 3K SKBBSB 2012

BORANG PENYERTAAN
TARIKH PERTANDINGAN : 30 JUN 2012
TEMPAT PERTANDINGAN : DATARAN WAWASAN SKBBSB
YURAN PENYERTAAN : RM 50.00
TARIKH TUTUP : 28 Jun 2012 (Tertakluk kepada kekosongan)

NAMA PASUKAN : ___________________________________________________


NAMA PENGURUS PASUKAN : ___________________________________________________
NO TEL : H/P_____________________ SEK _______________________

NAMA PEMAIN NO KAD PENGENALAN


1
2
3
4
5
*Ketua pasukan. ** Sila sertakan bersama salinan kad pengenalan setiap pemain.

PENGAKUAN DIRI
Saya seperti nama di atas dengan ini bersetuju mengikut segala undang – undang dan peraturan serta mengikut
jadual yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan saya mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan
terhadap pihak penganjur dan agennya di atas sebarang musibah ke atas diri saya sebelum, semasa dan selepas
menyertai pertandingan ini.

Tandatangan : _________________ Tarikh : ____________________

YURAN PENYERTAAN BOLEH DIBAYAR KEPADA CHEGU


ABBAS (URUSETIA PERTANDINGAN ) NO TEL : 0195144117

PERATURAN DAN UNDANG UNDANG


PERTANDINGAN STREET SOCCER
1. UNDANG – UNDANG PERMAINAN

i. Setiap pasukan mampunyai minimum 4 orang dan maksima 5 orang.


ii. Perlawanan berlangsung dalam 2 separuh masa, setiap satu 5 minit.
iii. Hanya 4 pemain termasuk penjaga gol dalam satu pasukan dibenarkan dalam gelanggang. Pemain
simpanan boleh bertukar bila bila masa dgn memberitahu kepada pengadil bertugas.
iv. Pasukan diberi masa 2 minit untuk berada di dalam gelanggang, jika pasukan dipanggil gagal berada di
dalam gelanggang dalam masa tersebut, pasukan yang berada di dalam gelanggang dikira menang.
v. Jika perlawanan berkesudahan dengan seri, tendangan penalti secara sudden death akan dilakukan bagi
menentukan pemenang. Maksimum 3 sepakan diberikan dan jika seri lambungan syiling akan menentukan
kemenangan. Hanya 4 orang pemain termasuk penjaga gol dibenarkan berada di dalam gelanggang.
vi. Pemain yang bertindak aggresif akan diberi amaran. Sekiranya mengulangi kesalahan yang sama, pemain
akan dikeluarkan dari gelanggang/dibuang padang tanpa pengganti.
vii. Pemain yang menerima kad merah akan digantung satu perlawanan.
viii. Hanya penjaga gol dibenarkan memegang bola tertakhluk di dalam kawasan D sahaja.
ix. Hanya sepakan percuma satu langkah dibenarkan. Sepakan percuma ini mestilah dilakukan semasa bola
terletak di atas padang. (Satu sepakan sahaja selepas pengadil memberi isyarat)
x. Penjaga gol dibenar meleretkan bola kepada pemain. Hanya penjaga gol dibenarkan berada di dalam
kawasan D. Jika penyerang pasukan lawan memasuki kawasan D tersebut, sepakan percuma akan
diberikan kepada pihak yang bertahan. Jika pemain pertahanan sengaja memasuki kawasan D, sepakan
penalti akan diberikan kepada pihak lawan.
xi. Jika bola terkeluar di sebelah kiri atau kanan gelanggang, leretan masuk diberikan di tempat terakhir bola
tersebut keluar kepada pasukan yang tidak mengeluarkannya.
xii. Jika bola terkeluar ke arah belakang tiang gol, sepakan gol diberikan kepada pihak yang mengeluarkannya.
Sepakan gol boleh diambil dari mana-mana titik dalam kawasan D. Tiada had pertukaran pemain dalam
semua perlawanan, Tiada off side.
xiii. Selepas gol dijaringkan, perlawanan diteruskan dengan pengadil melontar bola ke tengah padang.
xiv. Undang-undang hantaran ke belakang diguna pakai, penjaga gol tidak dibenarkan menangkap bola hasil
sepakan tersebut kecuali dari tandukan.
xv. Penjaga gol tidak dibenarkan menjaringkan gol secara terus.

2. PENGADIL
Jika berlaku sebarang kekeliruan dan pertelingkahan, pasukan yang berkenaan dikehendaki merujuk kepada
pengadil yang mana keputusan beliau di atas perkara berkaitan dengan undang – undang dan lain – lain adalah
muktamad.

3. BANTAHAN
Sebarang bantahan mestilah dihantar secara bertulis dan ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan dan
hendaklah diserahkan kepada Urusetia dalam masa 15 minit selepas tamat perlawanan dengan bayaran RM
500.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Sahaja) Wang ini tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan itu
berjaya atau gagal.
Bantahan terhadap status pemain hendaklah dikemukakan dengan bukti.

4. FORMAT PERLAWANAN
i. Dijalankan secara liga kumpulan.
ii. Pasukan yang bertanding akan dibahagikan kepada 8 Kumpulan dan 1 pasukan teratas kumpulan sahaja akan
ke pusingan suku akhir yang akan dijalankan secara kalah mati.
iii. Mata akan diberi kepada keputusan seperti berikut : menang tiga (3) mata ; seri satu (1) mata dan kalah
kosong (0) mata.
iv. Sekiranya setelah semua perlawanan liga selesai, dua pasukan atau lebih didapati memperolehi jumlah mata
yang sama, maka susunan penentuan berikut akan diambilkira untuk menentukan pemenang :
- Kaedah nisbah perbezaan gol iaitu pasukan yang mempunyai perbezaan antara jaringan gol ‘masuk’
dengan jaringan gol ‘kena’ akan menduduki tempat yang lebih tinggi.
- Jika masih sama, maka pasukan yang telah menjaringkan bilangan gol yang paling banyak akan dikira
sebagai pemenang.
- Jika masih sama, maka pasukan yang sedikit bolos akan dikira pemenang.
- Jika masih sama, maka pasukan yang mengalahkan lawannya dalam pusingan awal akan dikira sebagai
pemenang.

5. TARIK DIRI ATAU GAGAL BERMAIN


i. Mana-mana pasukan tarik diri, maka pasukan tersebut dikira kalah.
ii. Tempoh menunggu ialah 2 minit daripada masa yang ditetapkan/ dijadualkan dan mana-mana pasukan yang
melanggar peraturan ini akan dikira kalah.
iii. Jika jumlah pemain kurang dari 2 orang dari mana-mana pasukan, maka pasukan tersebut dikira kalah.

6. HAK JAWATANKUASA PENGANJUR DAN PERKARA - PERKARA YANG TIDAK


DINYATAKAN
Perkara-perkara yang tidak dinyatakan di dalam peraturan ini hanya akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan. Jawatankuasa penganjur berhak MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN
BERKAITAN PERTANDINGAN DAN KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD.

SELAMAT BERTANDING DENGAN SEMANGAT KESUKANAN

You might also like