You are on page 1of 2

BORANG PENYERTAAN

KEJOHANAN BOLASEPAK 9 SEBELAH


PIALA GREEN MPSP 2012

NAMA PASUKAN
NAMA PENGURUS
NO. TELEFON

BIL. NAMA NO. KAD PENGENALAN NO. JERSI


1

10

11

12

Kami bersetuju mematuhi semua peraturan dan syarat-syarat penyertaan yang telah ditetapkan oleh
penganjur dan tidak akan menuntut sebarang gantirugi daripada pihak penganjur sekiranya berlaku
kemalangan, kecederaan atau kematian pada, sebelum atau selepas menyertai kejohanan ini.

Tandatangan Pengurus Pasukan :


No. Kad Pengenalan :
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Penyertaan terbuka kepada mana-mana pasukan bolasepak lelaki sahaja.
2. Yuran penyertaan sebanyak RM 150.00 sahaja (Tunai Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh sahaja) hendaklah disertakan
bersama borang penyertaan kepada urusetia.
3. Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan kepada pasukan yang menarik diri daripada pertandingan selepas pengundian
dijalankan.
4. Pada hari pertandingan semua pasukan dikehendaki melapor kepada urusetia sebelum perlawanan pusingan pertama dijalankan
untuk pengesahan pasukan dan pemain. Pertukaran pendaftaran pemain hanya dibenarkan sebelum perlawanan pusingan pertama
pasukan itu dijalankan.
5. Seorang pemain hanya boleh didaftarkan dalam satu pasukan sahaja, jika terdapat mana-mana pemain yang mendaftar dan
bermain melebihi satu pasukan maka pasukan-pasukan yang mendaftar pemain itu akan dibatalkan penyertaannya dan wang
penyertaan tidak akan dikembalikan.
6. Setiap pasukan bolehlah mendaftar maksima 9 pemain dan 3 pemain simpanan termasuk pengurus pasukan.
7. Untuk memulakan perlawanan, setiap pasukan perlu masuk ke padang dengan minima 6 orang pemain. Setelah permainan
bermula jumlah minima pemain tidak lagi diambil kira tetapi mestilah tidak melebihi 9 pemain pada setiap masa.
8. Pertukaran pemain gantian hanya dibenarkan 3 kali maksima pada setiap perlawanan dan pemain yang telah diganti tidak boleh
lagi bermain pada perlawanan yang sama.
9. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati
10. Masa permainan selama 15 minit keseluruhan (setiap separuh masa 7+1+7)
11. Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang FIFA yang diterima pakai oleh FAM.
12. Seseorang pemain yang menerima kad kuning semasa bermain, kad kuning tersebut tidak akan dibawa ke perlawanan
seterusnya.
13. Seseorang pemain yang menerima kad merah akan digantung permainan mengikut kesalahan melalui proses tindakan disiplin
oleh pihak penganjur.
14. Jika perlawanan berakhir dengan keputusan seri, berikut adalah proses menentukan pemenang:
- 3 sepakan penalti akan diberi kepada setiap pasukan. Setiap pasukan hendaklah menyediakan 3 pemain untuk mengambil sepakan
penalti.
- Sekiranya masih lagi keputusan seri tambahan satu sepakan penalti akan diberi kepada setiap pasukan.
- Selepas 3+1 sepakan penalti masih berkedudukan seri, pemenang akan ditentukan dengan 3 kali lambungan siling oleh Pengadil
perlawanan.
15. Pengurus pasukan mestilah peka kepada jadual, masa, perubahan waktu dan pengumuman oleh pihak urusetia. Kelewatan atau
kegagalan pemain berada diatas padang dalam tempoh 3 minit selepas pengumuman, Pengadil akan memberikan kemenangan
percuma kepada pasukan lawan.
16. Sekiranya berlaku penggunaan warna jersi yang sama, Pengadil perlawanan akan membuat undian untuk menentukan pasukan
yang perlu menukar jersi atau memakai vest yang disediakan oleh pihak penganjur.
17. Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD. Bantahan akan dikenakan bayaran tunai RM300.00 dan perlu mengisi borang bantahan
selewat-lewatnya 20 minit selepas perlawanan tamat dan wang bantahan tidak akan dipulangkan jika bantahan ditolak.
18. Jawatankuasa penganjur berhak meminda / membuat peraturan tambahan selaras dengan keperluan dan matlamat penganjuran
aktiviti ini.
Catatan
Borang yang lengkap berserta wang tunai bolehlah diserahkan kepada wakil-wakil seperti di bawah :
1. En Ishak Bin Ahmad (012 463 4493)
2. En Azhar Bin Awang Kechik (012 4778475)
3. En Abdul Latif Bin Abdullah (019 5605755)

You might also like