You are on page 1of 4

PIALA UPKO

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KEJOHANAN KARNIVAL BOLA SEPAK 9


SEBELAH PIALA UPKO 2023 SEMPENA BULAN HARI MALAYSIA.

ANJURAN EXCO PEMUDA UPKO PUSAT.

1. PENGANJUR KEJOHANAN
Kejohanan ini dianjurkan PERGERAKAN PEMUDA UPKO Zon B (Tuaran &
Sepanggar).
2. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang FIFA, FAM, Peraturan Am
Bola Sepak 9 Sebelah dan mengikut kesesuaian Penganjur.
3. PEMBENTUKAN PASUKAN
Tiap-tiap pasukan mestilah mengandungi tidak lebih daripada 12 orang pemain
iaitu 9 orang pemain utama dan 3 orang pemain simpanan.
4. SISTEM PERTANDINGAN
Sistem Pertandingan dijalankan secara “Double Knockout”. Pasukan yang
menang perlawanan pertama akan dimasukkan ke dalam kumpulan ‘Winner Pool’
manakala pasukan yang kalah akan dimasukkan ke dalam kumpulan ‘Loser Pool’.
Perlawanan yang berkesudahan seri akan ditentukan dengan sepakan Penalti
“Sudden Death”. Sepakan Penalti hanya sebanyak 1 kali setiap pasukan untuk
mencari pemenang (Pusingan Pertama Sahaja).
Manakala bagi Pusingan Kedua sehingga Akhir, akan dijalankan secara ‘knock
out’ di mana Sepakan Penalti diberikan sebanyak 3 kali bagi mencari pemenang.
Sekiranya keputusan masih seri, duit syiling akan dilambung untuk
menentukan pasukan yang menendang bola dan pasukan yang menjadi
penjaga gol. (Sekiranya sepakan penalti masuk, kemenangan akan diberikan
kepada pasukan penendang manakala sekiranya bola berjaya diselamatkan
penjaga gol, maka kemenangan akan diberikan kepada pasukan penjaga gol
tersebut.
5. MASA PERMAINAN
Tempoh masa 7 minit bagi setiap separuh masa perlawanan (Keseluruhan 14 minit
setiap perlawanan).
Tempoh Perlawanan bagi Peringkat Separuh Akhir dan Akhir ialah 10 minit
(Keseluruhan 20 minit Perlawanan).
6. PAKAIAN

1
PIALA UPKO

Semua pemain dimestikan memakai pakaian (jersi) yang lengkap dan jersi
mestilah bernombor serta peralatan keselamatan yang dibenarkan.
7. KELEWATAN
Tiap-tiap pasukan mestilah berada di kawasan padang permainan 15 minit lebih
awal sebelum masa yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran perlawanan.
Hanya 5 minit masa diberikan kepada pasukan yang lewat. Selepas tamat masa
yang diberikan, pasukan yang hadir dikira pemenang.
Setiap pasukan tidak boleh kurang daripada 7 orang pemain di dalam padang.
Jika kurang, pasukan itu dikira kalah.
8. KETENTERAMAN PEMAIN
Setiap pasukan perlu memastikan pemain dan penyokong menjaga ketenteraman
sebelum, semasa atau selepas kejohanan. Jika didapati berlaku kekecohan
sehingga mencetuskan pergaduhan sama ada disebabkan oleh pengurus, pemain
dan penyokong, maka secara automatik pasukan berkenaan disingkirkan dari
pertandingan dan perkara berkenaan turut dirujuk kepada pihak Polis Diraja
Malaysia (PDRM).
Pihak Penganjur juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan,
kemalangan atau kematian sama ada sebelum, semasa atau selepas
pertandingan.
9. PERUBAHAN TARIKH PERLAWANAN

Jawatankuasa penganjur berhak untuk mengubah dan membatalkan tarikh dan


masa perlawanan yang telah ditetapkan sekiranya berlaku sesuatu perkara yang
tidak dapat dielakkan. Sebarang perubahan, pihak penganjur akan mengeluarkan
notis kepada semua pasukan yang terbabit dalam kejohanan ini.
10. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Bagi perkara yang tidak dinyatakan pihak penganjur berhak untuk membuat
keputusan dan keputusan adalah muktamad (Penganjur dan Pengadil).
Sebarang bantahan hendaklah membayar RM200.00 dan jika bantahan tidak
munasabah wang tidak akan dikembalikan.
11. TEMPAT DAN TARIKH PERLAWANAN
Semua perlawanan akan diadakan di Padang Pekan Tamparuli.
Tarikh kejohanan diadakan pada 2 & 3 September 2023
* Nota. Sekiranya masih ada perlawanan yang belum selesai, maka ia akan
disambung pada keesokan harinya atau tarikh sesuai yang akan
dibincangkan bersama pasukan terlibat.

2
PIALA UPKO

12. TARIKH TUTUP PENYERTAAN DAN CABUTAN UNDI


Tarikh tutup penyertaan ialah pada 27 OGOS 2023.
Cabutan undi dijalankan pada 31 Ogos 2023 jam 2.30 petang di Pejabat Upko
Bahagian.
13. YURAN PENYERTAAN
Yuran penyertaan sebanyak RM120 bagi setiap pasukan.

14. HADIAH
Juara : Piala Kejohanan, Medal, Wang Tunai
RM1,000.
Naib Johan : Piala, Medal dan Wang Tunai RM700
Tempat Ketiga : Piala, Medal dan Wang Tunai RM500.

Tempat Keempat : Piala, Medal dan Wang Tunai RM300

15. BORANG PENYERTAAN


Borang Penyertaan dan sebarang pertanyaan, sila hubungi :
1. Felix Voo 011-16012202
2. Rayner Ebi 013-8515337
3. Fardy Bungga 014-6782920

3
PIALA UPKO

BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH PIALA UPKO

NAMA PASUKAN :

PENGURUS :

NO. TELEFON :

NO. NAMA PEMAIN NO JERSI NO TELEFON NO MYKAD

10

11

12

Bersama-sama ini disertakan yuran penyertaan sebanyak RM120. Kami bersetuju


dengan syarat-syarat kejohanan yang telah ditetapkan dan tidak akan membuat
sebarang tuntutan ganti rugi kepada pihak penganjur di atas kecederaan,
kemalangan mahupun kematian sebelum, semasa atau selepas pertandingan
dijalankan.

Tandatangan Pengurus & Nama: Tarikh:

Penerima: …………………………

You might also like