You are on page 1of 6

PERATURAN PERTANDINGAN

1.0 PERATURAN AM 1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang PERSEKUTUAN TENIS ANTARABANGSA (ITF). 1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi. 1.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan adalah muktamad.

2.0 TARIKH PERTANDINGAN 07/09/2013

3.0 TEMPAT PERTANDINGAN Gelanggang Tenis, Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman, Kedah. 4.0 PENYERTAAN 4.1 Penyertaan hanya terbuka kepada semua pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman. 4.2 Peserta-peserta yang mengambil bahagian hendaklah menghantar kembali borang penyertaan yang telah diedarkan.

5.0 PENDAFTARAN PESERTA

5.1 Semua peserta hendaklah mengemukakan satu (1) salinan kad pengenalan dan satu(1) salinan kad pelajar bagi setiap pemain/atlet bersama dengan Senarai Pendaftaran Pemain/atlet. 5.2 Pendaftaran pemain atau peserta dalam borang pendaftaran kejohanan hendaklah disampaikan kepada pihak jawatankuasa pengelola sekurangkurangnya 3 hari sebelum tarikh pertandingan dimulakan. 5.3 Pemain atau peserta gantian yang dikemukakan selepas tarikh tutup pendaftaran hanya boleh diterima selepas perbincangan diadakan. 5.4 Hanya peserta yang didaftarkan sahaja yang layak menyertai pertandingan ini. 5.5 Bagi mengelakkan sebarang masalah, peserta digalakkan datang awal iaitu 45 minit sebelum perlawanan bermula.

6.0 TAKLIMAT KEPADA PESERTA 6.1 Taklimat kepada peserta atau pemain akan diadakan 30 minit sebelum perlawanan pertama dijalankan. 6.2 Peserta dikehendaki mengemukakan senarai nama bersama dengan kad matrik/pelajar yang asal untuk disahkan. 6.3 Senarai peserta yang disahkan oleh Pengerusi Pertandingan Tenis semasa taklimat peserta adalah muktamad.

7.0 JENIS BOLA Dunlop Fort 8.0 ACARA 8.1 Pertandingan ini terbahagi kepada acara-acara seperti berikut:8.1.1 Perseorangan Lelaki 8.1.2 Perseorangan Wanita

9.0 SISTEM PERTANDINGAN 9.1 Pertandingan akan diadakan secara sistem liga berkumpulan (group league) bagi setiap acara yang dipertandingkan. 9.2 Peserta yang mengumpul jumlah mata tertinggi dalam keseluruhan kumpulan akan dinobatkan sebagai juara pertandingan. 9.3 Semua perlawanan akan dijalankan dengan kiraan First to Reach Nine. Tiada Tie-break. 9.4 Jika terdapat mana-mana peserta yang mengumpul jumlah mata yang sama (mata tertinggi), maka perlawanan bagi menentukan juara mutlak akan dijalankan dengan kiraan Best of Three Set dengan Tie -break pada 6-6. 9.5 Senarai peserta bagi satu perlawanan hendaklah diserahkan kepada Pegawai Pertandingan atau Pengadil dalam masa tiga puluh (30) minit sebelum permulaan perlawanan. 9.6 Senarai yang telah diserahkan itu tidak boleh diubah walaupun berlaku keuzuran.

10.0 PENGADIL-PENGADIL / PEGAWAI PERTANDINGAN 10.1 Pengadil adalah terdiri daripada pihak penganjur sendiri. 10.2 Sekiranya perlawanan tersebut tidak dapat dijalankan atau diteruskan oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, permainan tersebut akan dinilai mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh ITF.

11.0 PENANGGUHAN PERLAWANAN 11.1 Pengadil boleh mengisytiharkan penangguhan mana-mana perlawanan atas sebab-sebab tertentu seperti hujan. Jika sekiranya hujan dan tidak mengizinkan permainan diteruskan, perlawanan akan disambung pada tarikh, masa dan tempat yang akan ditetapkan oleh pihak penganjur.

11.2

Kiraan

mata

akan

dikekalkan

dan

disambung

semula

sekiranya

penangguhan dibuat tidak melebihi 24 jam. 11.3 Pemain yang mengalami kecederaan semasa bermain seperti "cramp" dan sebagainya akan diberi masa sebanyak lima (5) minit untuk mendapatkan rawatan dan tiada masa tambahan akan diberi untuk kecederaan berikutnya. Jika pemain ini tidak dapat meneruskan perlawanan tersebut, maka kemenangan percuma boleh diberikan kepada pihak lawan. Sebarang gantian pemain tidak dibenarkan selepas permainan dimulakan.

12.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH Sekiranya seseorang peserta menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh peserta itu akan dibatalkan dan peserta itu tidak akan dibenarkan memasuki sebarang pertandingan seterusnya. Mata yang diperolehi peserta lain yang terlibat dalam perlawanan yang terdahulu dengannya tidak diambil kira untuk menentukan keputusan kumpulan.

13.0 BANTAHAN 13.1 Semua peserta boleh membuat bantahan. Bantahan hendaklah secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 200.00 tunai. 13.2 Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang tersebut diterima. 13.3 Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengerusi / Pegawai Pertandingan dalam masa tiga puluh (30) minit selepas pertandingan itu tamat. 13.4 Segala keputusan adalah muktamad. dikemukakan itu

didapati tidak wajar. Wang pertaruhan akan dikembalikan jika bantahan

14.0 PEMATUHAN PERATURAN Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi kecuali ada dinyatakan berlainan dalam peraturan permainan yang berkenaan. Sekiranya berlaku pertikaian berkaitan maka Peraturan Am Kejohanan Sukan atau Karnival Sukan terkini sahaja akan diguna pakai.

15.0 KEHILANGAN DAN KESELAMATAN Jawatankuasa Penganjuran tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan barangbarang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan kejohanan dan sebarang kemalangan, kecederaan dan kematian pada masa pertandingan dijalankan. Walau bagaimanapun beberapa persediaan dan langkah keselamatan akan diambil bagi mengelakkan sebarang kehilangan dan kemalangan semasa kejohanan berlangsung.

16.0 KELEWATAN 19.1 Setiap peserta hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan dimulakan. 19.2 Peserta yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa alasan yang munasabah adalah dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak lawannya.

17.0 PAKAIAN 20.1 Setiap peserta yang mengambil bahagian mestilah berpakaian sukan yang sesuai dan kemas. 20.2 Peraturan pakaian yang ditetapkan seperti termaktub dalam undang-undang permainan hendaklah dipatuhi. 20.3 Peserta yang terlibat dengan upacara penyampaian hadiah diwajibkan memakai tracksuit dan berkasut sukan yang dikhususkan untuk tenis.

18.0 KEBERSIHAN Semua peserta diwajibkan menjaga kebersihan kawasan pertandingan dan dikehendaki memastikannya berada dalam keadaan bersih sebelum

meninggalkan tempat pertandingan.

You might also like