You are on page 1of 3

KEJOHANAN DART KELAB TM SELANGOR 2010 PERATURAN PERTANDINGAN

1. Nama Kejohanan 1.1 Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Dart Kelab TM Selangor 2010. 2. Pengurusan Kejohanan 2.1 Pertandingan ini akan dianjurkan oleh Biro Sukan Kelab TM Selangor dengan kerjasama Kelab TM Selangor Cawangan Petaling Jaya dan Selangor Barat 2.2 Biro Sukan Kelab TM Selangor bersama Kelab TM Selangor Cawangan Petaling Jaya dan Selangor Barat akan melantik sebuah Jawatan Kuasa Pertandingan untuk mengelolakan kejohanan ini. 3. Tarikh dan tempat Kejohanan 3.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 27hb Mac 2010. 3.2 Kejohanan ini akan dilangsungkan di Kompleks Sukan TM Bukit Raja, Jalan Meru bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. 4. Peraturan 4.1 Selain daripada peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan mengikut peraturan & Undang-undang permainan WORLD DART FEDERATION (WDF) http://dartswdf.com/aa_darts/playing-rules/WDFTournamentPlayingRules.pdf 4.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan penafsiran atau kejadian di luar dugaan dan tidak terkandung dalam peraturan dan undangundang kejohanan, maka ianya akan diputuskan oleh JAWATANKUASA PERTANDINGAN 5. Penyertaan/Pendaftaran 5.1 Kejohanan ini adalah tertutup bagi ahli-ahli Kelab TM Selangor. 5.2 Untuk menyertai kejohanan ini bayaran sebanyak RM 5.00 (Ringgit Malaysia Lima sahaja) hendaklah dibayar selewat-lewatnya sebelum perlawanan pertama bermula.

6. Hadiah-hadiah 6.1 Hadiah-hadiah berikut ditawarkan kepada pemenang-pemenang, a) Johan, Naib Johan & Ketiga (2 PESERTA) 7. Sistem Pertandingan 7.1 Sistem pertandingan adalah secara KALAH SINGKIR 7.2 Sistem permainan adalah berdasarkan BEST THREE dengan kiraan mata bermula 501. 8. Menarik diri 8.1 Tiap-tiap peserta yang mengambil bahagian hendaklah bersedia digelanggang 15 minit sebelum masa pertandingan sebenar akan dijalankan. 8.2 Mana-mana peserta yang gagal memasuki gelanggang 5 minit selepas pengumuman rasmi jadual pertandingan dianggap sebagai menarik diri, dan lawan akan memperolehi kemenangan. 9. Pegawai/Pengadil 9.1 Sepanjang kejohanan ianya akan diadili oleh Pegawai/Pengadil yang ditentukan oleh Jawatan Kuasa Pertandingan. 9.2 Semua keputusan yang dibuat oleh Pegawai/Pengadil berkaitan undang-undang permainan adalah muktamad. 10. Bantahan/Rayuan hendaklah dikemukakan oleh Wakil

10.1 Semua bantahan/rayuan Cawangan.

10.2 Semua bantahan hendaklah secara bertulis dan dikemukakan kepada Jawatan Kuasa pertandingan tidak lewat dari 10 minit selepas pertandingan yang berkaiatan itu ditamatkan. 10.3 Adalah menjadikan tanggungjawab perayu untuk mengemukakan bukti-bukti kukuh atas setiap bantahan yang dikemukakan. 10.4 Setiap bantahan/rayuan yang dikemukakan hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja).

10.5 Wang pertaruhan ini akan didermakan kepada Penganjur jika bantahan/rayuan tersebut ditolak oleh Jawatan Kuasa bantahan/rayuan. Jika bantahan/rayuan tersebut diterima maka satu keputusan akan dibuat oleh Jawatan Kuasa Bantahan/rayuan dan keputusan ini adalah muktamad. 10.6 Jawatan Kuasa bantahan/rayuan dianggotai oleh; a) Pengerusi Pertandingan. b) 3 orang Ahli (yang tiada berkaitan dengan pertikaian) 11. Am

11.1 Semua pegawai dan pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini adalah melakukannya dengan kemahuan sendiri dan secara sukarela. 11.2 Selain daripada penjagaan keselamatan yang biasa, Jawatan Kuasa penganjur tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kehilangan, kerugian dan kecederaan atau kemalangan yang tidak diduga disepanjang kejohanan ini berlangsung.

You might also like