You are on page 1of 3

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

KEJOHANAN BADMINTON LIGA SUKAN UNITI TAHUN 2023


PERINGKAT NEGERI

1.0 UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang


Persatuan Badminton Antabangsa (BWF) dan juga Persatuan Badminton
Malaysia (BAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini.

2.0 PERATURAN KEJOHANAN

2.1 PENGENALAN

2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai KEJOHANAN BADMINTON LIGA


SUKAN UNITI TAHUN 2023 dianjurkan oleh Kementerian
Perpaduan Negara (KPN) dengan kerjasama Kementerian
Belia dan Sukan (KBS)

2.1.2 Keseluruhan kejohanan akan diadili oleh pengadil bertauliah


yang diketuai oleh seorang Ketua Pengadil Kejohanan.

2.2 TARIKH DAN TEMPAT

2.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 23 September 2023 (Sabtu)


dan lokasi yang telah ditetapkan di setiap negeri seluruh
Malaysia.

2.2.2 Undian akan dijalankan oleh pihak penganjur menggunakan


sistem “Tournament Software”.

2.3 FORMAT KEJOHANAN

2.3.1 Pertandingan akan dijalankan sistem kalah mati.

2.4 KATEGORI PERTANDINGAN

2.4.1 Kejohanan adalah untuk kategori BEREGU LELAKI, BEREGU


WANITA dan BEREGU CAMPURAN dan terbuka kepada semua
pemain.

2.4.2 Syarat umur bagi penyertaan pemain adalah 16 tahun dan


keatas serta Warganegara Malaysia.
2.5 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

2.5.1 Setiap pasangan hendaklah berbeza kaum/etnik.

2.5.2 Pemain-pemain yang pernah mewakili NEGERI dan NEGARA


dalam mana-mana kejohanan anjuran Badan Induk Sukan
Kebangsaan dari tahun 2019 hingga tahun semasa TIDAK
DIBENARKAN untuk menyertai kejohanan ini.

2.5.3 Setiap pemain dibenarkan mendaftar lebih dari 1 (satu)


kategori.

2.5.4 Setiap pasangan dikenakan yuran penyertaan RM30.00

2.5.5 PENYERTAAN ADALAH TERHAD 32 PASANGAN SAHAJA BAGI


SETIAP KATEGORI

2.5.6 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasangan yang


gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak
membatalkan penyertaan pasangan berkenaan untuk
menyertai kejohanan ini.

2.5.7 Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu-satu


perkara adalah muktamad.

3.0 SYARAT-SYARAT KEJOHANAN

3.1 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat


perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur
Kejohanan.

3.2 Semua pemain dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di


tempat pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.

3.3 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau


mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada
pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa
diberitahu terlebih dahulu.

3.4 Semua pemain di wajibkan berpakaian sukan yang sesuai dan tidak
dibenarkan merokok, makan dan minum di dalam dewan atau
kawasan pertandingan.

3.5 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan


sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.

3.6 Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan


menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM 300.00, tidak
lewat dari 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.
3.7 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di bawah
Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pengadilan. Keputusan
jawatankuasa ini adalah muktamad.

3.8 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh
Jawatankuasa, maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan
satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung
dengan rayuan atau bantahan tersebut.

3.9 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya
rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan.

3.10 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah


oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-
pasukan yang akan bertanding.

3.11 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.

4.0 HADIAH KEJOHANAN

4.1 Hadiah-hadiah akan diberi kepada pasukan yang berjaya


menyandang gelaran Johan, Naib Johan dan Pemenang bersama
Tempat Ketiga.

4.2 Hadiah kejohanan akan disediakan seperti berikut:

HADIAH KEJOHANAN BADMINTON LIGA SUKAN UNITI TAHUN 2023


PERINGKAT NEGERI

KEDUDUKAN BEREGU LELAKI BEREGU WANITA BEREGU CAMPURAN

JOHAN RM 1,000.00 + RM 1,000.00 + RM 1,000.00 +


Medal + Piala Medal + Piala Medal + Piala
Kejohanan + Layak Kejohanan + Layak Kejohanan + Layak
Mewakili Negeri ke Mewakili Negeri ke Mewakili Negeri ke
Peringkat Peringkat Peringkat
Kebangsaan Kebangsaan Kebangsaan

NAIB JOHAN RM 600.00 + Medal RM 600.00 + Medal RM 600.00 + Medal

KETIGA RM 300.00 + Medal RM 300.00 + Medal RM 300.00 + Medal

KEEMPAT RM 300.00 + Medal RM 300.00 + Medal RM 300.00 + Medal

You might also like