You are on page 1of 4

KEJOHANAN FUTSAL MASJID CUP 2017

PERTANDINGAN FUTSAL MASJID CUP (MEREBUT PIALA NAZIR) MKD 2017

1.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

Futsal adalah salah satu medium dakwah bagi merapatkan lagi ukhuwah di
kalangan ahli khariah belia Masjid Kota Damansara. Tahun ini adalah merupakan
pertandingan tahun ke-8 bagi pertandingan Futsal Masjid Cup (Merebut Piala
Nazir) Masjid KD).

2.0 OBJEKTIF

2.1 Merapatkan ukhuwah di antara ahli khariah Masjid Kota


Damansara dengan AJK Masjid Kota Damansara.

2.2 Membentuk jiwa pemuda dan belia kariah yang berpaut pada masjid.

2.3 Mengeratkan hubungan silaturrahim ummah khususnya pemuda dan belia


sebagai generasi pelapis.

2.4 Melahirkan generasi cergas dan sihat yang dapat membantu menjadikan Masjid
sebagai sebuah institusi perpaduan ummah.

1 | Page
KEJOHANAN FUTSAL MASJID CUP 2017
3.0 UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan


Bolasepak Antabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
yang sedang berkuatkuasa masa kini. Disamping itu juga terdapat undang-
undang kecil yang dikuatkuasakan oleh pihak penganjur bagi kesesuaian
penganjuran dan perubahan juga tertaklut kepada pihak penganjur.

4.0 PERATURAN KEJOHANAN

4.1 PENGENALAN

4.1.1 Kejohanan ini dianjurkan oleh Lajnah Pemuda Masjid Kota Damansara. Ini
adalah merupakan tahun kelapan penganjuran dan menjadi acara
tahunan Masjid Kota Damansara.

4.2 TARIKH DAN TEMPAT

4.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 03 November 2017 (AHAD)

4.2.2 Undian kumpulan ditentukan melalui tarikh hantar borang penyertaan


kepada pihak penganjur pertandingan. Taklimat pertandingan diadakan
pada 21 NOVEMBER 2017 (selasa) dan semasa taklimat, semua pengurus
pasukan akan dimaklumkan berkaitan dengan permainan.

4.2.3 Lokasi pertandingan adalah di SPORTS PLANET KOTA DAMANSARA, KOTA


DAMANSARA, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

4.3 FORMAT KEJOHANAN

4.3.1 Kejohanan akan dijalankan secara LIGA BERKUMPULAN DAN KALAH MATI.
Jumlah pasukan bertanding adalah 32 pasukan.

4.4 KATEGORI PERTANDINGAN

4.4.1 Pertandingan adalah untuk kategori LELAKI sahaja mengikut kategori umur
dalam satu pasukan seperti berikut:
UMUR JUMLAH PEMAIN TAHUN KELAHIRAN
20 – 39 7 1997 - 1978
Tahun
40 Tahun 7 1977 keatas

4.5 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

4.5.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain serta 2 pemain
simpanan.

2 | Page
KEJOHANAN FUTSAL MASJID CUP 2017
4.5.2 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja.

4.5.3 Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan RM 100.00.

4.5.3.1 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal


mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan
penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan ini.

4.5.3.2 Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu satu perkara


adalah muktamad.

5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

5.1 Semua jadual perlawanan telah dimaklumkan semasa sesi taklimat


pengurus pasukan pada 28 NOVEMBER 2017. (Rujuk Lampiran A)

5.2 Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat
pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.

5.3 Pengurus pasukan mestilah peka dengan masa pertandingan. Masa


pertandingan mengikut jam yang terdapat di Sports Planet Kota
Damansara. Selepas 3 minit wisel pertama ditiupkan oleh pengadil
perlawanan, salah satu pasukan tidak masuk ke dalam gelanggang, maka
1 (satu) mata jaringan akan diberikan kepada pasukan yang telah berada
di dalam gelanggang. Tetapi, setelah 5 minit, pengadil akan meniupkan
wisel kedua (kemenangan) dengan jaringan 3 (tiga) kepada pasukan
yang ada dalam gelanggang tersebut.

5.4 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah


sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang
terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih
dahulu.

5.5 Semua pemain di wajibkan berpakaian sukan yang sesuai (MENUTUP


AURAT) dan tidak dibenarkan merokok dalam kawasan tersebut.

5.6 Permainan 5 minit sebelah bagi kategori Pemuda dan 5 minit sebelah bagi
kategori Vateran

5.7 *Mana-mana pemain yang pernah beraksi di dalam Liga Fam, Liga
Perdana & Super untuk tahun 2014 – 2017 adalah dilarang sama sekali
untuk menyertai kejohanan ini. Pasukan yang gagal mematuhi syarat akan
disingkirkan daripada kejohanan

5.8 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan


sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.

5.9 Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan


menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM 100.00, tidak lewat
dari 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat. Wang cagaran
tidak akan dikembalikan. (wang tersebut akan dimasukkan ke dalam
tabung Masjid Kota Damansara)

3 | Page
KEJOHANAN FUTSAL MASJID CUP 2017
5.10 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di bawah
Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pengadilan serta jawatankuasa disiplin
(Haji Rusliadi ,Ahmad Zawawi bin Kamal, Mohd Hazwan bin Che
Muhammad, Che Amirul Che Min). Keputusan jawatankuasa ini adalah
muktamad.

5.11 Mana-mana pasukan yang memulakan pergaduhan akan ditolak 3 point


atau dibatalkan pertandingannya

5.12 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh
penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang
akan bertanding.

5.13 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.

6.0 KESELAMATAN

6.1 Semua pemain hendaklah bertanggungjawab ke atas keselamatan diri


masing-masing.

6.2 Pihak penganjur menasihatkan agar setiap pengurus pasukan peka


dengan tahap kesihatan pemain pasukannya. Sekiranya pemain-pemain
ada masalah kesihatan yang merbahaya, dinasihatkan tidak mengambil
penyertaan. Pihak penganjur tidak akan bertanggunglawab ke atas
sebarang kesulitan yang berlaku ke atas semua pemain.

7.0 HADIAH PERTANDINGAN

7.1 Hadiah pertandingan akan disediakan seperti berikut:

HADIAH PERTANDINGAN PEMUDA & VATERAN

KEDUDUKAN NILAI HADIAH

JOHAN RM 500.00 + Piala Pusingan + Piala Tetap + Medal

NAIB JOHAN RM 300.00 + Medal

KETIGA RM 200.00 + Medal

KEEMPAT RM100

5-8 Hamper

Disahkan oleh;

…………………………………………
Pengarah Futsal Masjid Cup
Nama : Mohd Hazwan bin Che Muhammad

4 | Page

You might also like