You are on page 1of 3

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN SCRABBLE PESTA PSKPP SARAWAK KE-40

PEMILIHAN PERINGKAT BAHAGIAN SAMARAHAN 2022

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN


1. PENDAFTARAN PEMAIN
1.1 Penyertaan dibuka kepada mana-mana guru/pegawai pendidikan yang
berminat.
1.2 Satu pasukan mestilah mengandungi 2 orang pemain
1.3 Semasa pendaftaran, ahli PSKPP diwajibkan menunjukkan kad keahlian PSKPP
masing-masing
1.4 Tarikh pemilihan peringkat bahagian Samarahan ialah pada hari
Sabtu 22 Oktober 2022 jam 0830 - 1300 di SK Plaie DC, Samarahan

2. SISTEM PERTANDINGAN
2.1 Pertandingan ini dijalankan secara liga dalam kumpulan dan sistem mata juga
digunakan.
2.2 Dalam satu perlawanan, setiap pasukan mesti ada sekurang-kurang
3 pasangan/regu
2.3 Setiap pemain hanya boleh menyertai satu permainan sahaja bagi setiap
perlawanan iaitu pemain pasangan itu tidak boleh menyertai mana-mana
pasangan lain dalam perlawanan yang sama.
2.4 Pasukan yang menang dalam satu-satu perlawanan akan memperolehi
satu mata dan tiada mata untuk pasukan yang tewas.
2.5 Jika ada 2 atau lebih pasukan yang sama mata atau seri, pasukan yang
menang akan ditentukan melalui jumlah regu yang dimenanginya
secara keseluruhan.
2.6 Jika pemenang masih tidak dapat ditentukan melalui perkara 2.5, pasukan yang
memperolehi lebih banyak markah dalam semua perlawanan akan diisytiharkan sebagai
pemenang.
2.7 Pasukan juara dan naib juara kumpulan akan layak ke pusingan seterusnya ( kalah mati)

3. PENGHAKIMAN PERTANDINGAN
3.1 Panel hakim akan dianggotai oleh semua pengurus pasukan
3.2 Ketua Panel Hakim ialah Penasihat Teknikal Permainan Scrabble Pesta PSKPP 2022
3.3 Panel hakim mempunyai kuasa mauktamad dalam menyelesaikan sebarang perkara
yang dipertikaikan dalam permainan/perlawanan.
4. PELAKSANAAN DAN PENYELIAAN PERMAINAN
4.1 Dua pasukan dari setiap kumpulan akan bermain serentak pada satu-satu masa
( bergantung kepada bilangan pasukan)
4.2 Semua ahli pasukan yang tidak bertandingan diwajibkan untuk menjadi Penjaga Masa dan
Pencatat Markah seperti yang ditetapkan dalam jadual.
4.3 Setiap pemain diberi tempoh satu minit untuk membentuk perkataan pada papan Scrabble.
Penjaga masa akan memberitahu pemain 10 saat terakhir sebelum masa satu minit itu
tamat.

5. CARA BERMAIN
5.1 Pusingan permainan ialah mengikut arah lawan pusingan jam (anti-clockwise)
5.2 Perkataan yang belum siap dibentuk tidak boleh disambung lagi apabila masa sudah tamat.
5.3 Permain boleh menukar perkataan yang dibentuk (jika mahu) sekiranya masa masih
ada/belum tamat masa sebenar.
5.4 Pemain yang mendapat tiga “tile” yang sama huruf boleh menukar salah satu daripada
huruf tersebut.
5.5 Pemain dikehendaki memberitahu penjaga masa/pencatat mengenai perkara ini terlebih
dahulu sebelum pertukaran “”tile” dibuat.

6. MARKAH BONUS
6.1 50 markah tambahan akan diberi kepada pemain yang berjaya menggunakan sekali gus
kesemua 7 “tile” untuk membentuk perkataan (yang betul/boleh diterima)

7. CABARAN DAN RUJUKAN KAMUS


7.1 Perkataan-perkataan berikut seperti slang, PROPER NOUN, ABBREVIATION,
INTERJECTION, COLLOUIAL, INFORMAL, ARCHAIC dan OLD ENGLISH
tidak boleh digunapakai dalam pertandingan ini.
7.2 Kamus yang digunakan ialah Oxford Concise Dictionary Edisi ke 12 sahaja.
7.3 Perkataan yang dicabar oleh pasukan lawan akan dirujuk oleh Pencatat Markah dalam
kamus seperti yang tersebut dalam perkara 7.2 kepada pengadil bertugas.
7.4 Jika perkataan yang dicabar itu ada dan boleh digunakan, lima (5) markah akan ditolak
daripada markah pencabar.
7.5 Jika perkataan yang dicabar itu tidak ada / ada tetapi tidak boleh digunapakai maka
pemain yang berkenaan akan hilang gilirannya bermain.
7.6 Pasangan pemain tidak boleh berhubung atau berbincang semasa perlawanan dijalankan
7.7 Pasangan pemain hanya boleh berhubung atau berbincang semasa hendak membuat
cabaran

8. PEMBATALAN
8.1 Setiap pasukan mesti berada di bilik perlawanan setengah jam sebelum masa yang
ditetapkan untuk satu-satu perlawanan.
8.2 Pasukan atau pasangan / regu yang lewat 15 minit selepas masa yang dijadualkan tanpa
sebab yang manusabah akan dianggap telah memberi kemenangan percuma kepada pihak
lawan yang telah hadir.
8.3 Pasukan yang memberi kemenangan percuma dianggap telah menarik diri dari
pertandingan dan tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya.

9. PERTUKARAN PEMAIN
9.1 Pertukaran / penambahan pemain boleh dilakukan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan
yang akan diadakan pada…..(mengikut tarikh yang ditetapkan).
9.2 Selepas masa itu, segala pertukaran / penambahan pemain tidak akan dibenarkan.

10. PENGADIL
10.1 Untuk pemilihan peringkat bahagian Samarahan, pengadil akan disediakan oleh pihak
Konvenor. Segala perbelanjaan makan, penginapan dan pengangkutan adalah dibawah
tanggungjawab diri masing-masing.

11. BANTAHAN
11.1 Bantahan bertulis yang telah ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah diserahkan
kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola tidak lewat daripada 30 minit selepas
perlawanan berakhir.
11.2 Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang tunai sebanyak RM300.00 (Ringgit
Malaysia: Tiga ratus sahaja) yang tidak akan dikembalikan sekirannya didapati bantahan
itu tidak berasas dan keputusan juri adalah mauktamad.

12. PERKARA-PERKARA LAIN


12.1 Setiap pasukan yang hendak bertanding dikehendaki membawa 1 set Scrabble sendiri.
12.2 Semua pemain dikehendaki berpakaian kemas semasa pertandingan dan juga tertakluk
kepada peraturan tempat pertandingan diadakan.
12.3 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan mempunyai hak untuk mengambil sebarang
keputusan yang tidak dinayatakan dalam peraturan ini jika timbul sesuatu kemusykilan
semasa pertandingan dijalankan dan juga berhak meminda undang-undang pertandingan
jika didapati perlu.
12.4 Setiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan dan pihak
Jawatankuasa Pengelola berhak meminda susunan perlawanan jika perlu dan akan
diberitahu kepada pengurus pasukan secepat mungkin.
12.5 Disiplin dan kebajikan ahli pasukan adalah tanggungjawab Pengurus Pasukan masing-
masing dan diharap semua Pengurus Pasukan memberi kerjasama dan sokongan kepada
pihak Pengelola supaya pertandingan ini boleh dijalankan dengan lancarnya.
12.6 Pasukan yang bertugas Pencatat Markah dan Penjaga Masa perlawanan diwajibkan
bertugas untuk memastikan kelicinan proses perandingan termasuk pasukan yang telah
terkeluar daripada persaingan. Khidmat semua ahli pasukan amatlah diperlukan untuk
membantu mengendalikan pertandingan ini.
12.7 Urusetia akan membuat jadual bertugas untuk Ahli Jawatankuasa Pengelola sepanjang
pertandingan diadakan.
12.8 Tiada yuran penyertaan dikenakan
12.9 Keselamatan peserta pertandingan adalah di bawah tanggungjawab pengurus pasukan
masing-masing dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku
perkara yang tidak diingini sebelum, semasa dan selepas pertandingan diadakan.
12.10 Semua perbelanjaan makan, pengangkutan dan penginapan adalah dibawah
tanggungjawab pengurus masing-masing.

PESTA PSKPP PERINGKAT NEGERI SARAWAK


KALI KE- 40 TAHUN 2022
( BORANG PENYERTAAN PEMILIHAN PEMAIN SCRABBLE UNTUK MEWAKILI
BAHAGIAN SAMARAHAN )

DAERAH / SEKOLAH : ………………………………………


PASUKAN : ………………………………………
JURULATIH : ………………………………………

BIL PESERTA JANTINA NO.KP CATATAN


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

Tandatangan : ……………………………………
Nama Pengurus Pasukan : ……………………………………
Nombor Telefon / Hp : ………………………………….

You might also like