You are on page 1of 11

FUTSAL

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN


(LELAKI)

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN


PERTANDINGAN FUTSAL LELAKI SENIOR / VETERAN
PESTA PSKPP PERINGKAT NEGERI SARAWAK KE-40
TAHUN 2022

1. PENGELOLAAN
1.1. Pesta ini akan dikelolakan oleh Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan
Cawangan Samarahan.
2. TARIKH PERTANDINGAN
2.1 28 November – 2 Disember 2022

3. TEMPAT PERTANDINGAN
3.1 Sentosa Sport Centre / Arena Nancy, Simunjan

4. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
4.1. Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Futsal Persatuan Bola Sepak
Antarabangsa (FIFA), FAM dan Undang – Undang & Peraturan – Peraturan Am Pesta PSKPP
kali ke-40 Tahun 2022.

5. JENIS PERTANDINGAN
5.1. Pertandingan berpasukan antara PSKPP Cawangan-Cawangan dan Ibu Pejabat.

6. PEMBENTUKAN PASUKAN
6.1. Tiap-tiap pasukan mengandungi tidak melebihi daripada:

6.1.1 10 orang pemain

6.1.2 1 orang Pengurus Pasukan Tidak lebih 12 orang

6.1.3 1 orang Jurulatih Pasukan

6.2 SETIAP BAHAGIAN DIBENARKAN MENDAFTAR SATU PASUKAN SAHAJA

7. PENDAFTARAN
7.1. Semua PSKPP Cawangan dikehendaki mengisi Borang Pendaftaran Pemain dan dihantar
kepada Jawatankuasa Pengelola selewat-lewatnya pada malam mesyuarat Pengurus Pasukan.

7.2 Yuran Penyertaan bagi setiap pasukan yang bertanding adalah RM300.00

8. SISTEM PERTANDINGAN
8.1 12 PASUKAN ATAU LEBIH

Pasukan akan dibahagikan kepada 4 Kumpulan :

8.1.1 Peringkat Awal :


Secara LIGA SATU KUMPULAN dalam kumpulan
8.1.2 Peringkat Kedua :
Suku Akhir secara KALAH KELUAR
8.1.3 Peringkat Separuh Akhir :
Secara KALAH KELUAR
8.1.4 Peringkat Akhir :
Secara KALAH KELUAR

8.2 9 HINGGA 11 PASUKAN


8.2.1 Sistem pertandingan akan dijalankan secara LIGA dalam 3 Kumpulan iaitu A, B, C.

8.2.2 Pusingan Awal :


Pasukan akan dibahagikan kepada 3 Kumpulan dengan Cabutan Undi dari kumpulan
dan pertandingan akan dijalankan secara LIGA.

8.2.3 Pusingan Kedua :


(i) JOHAN daripada 3 Kumpulan pusingan awal akan diundi untuk diletakkan
dalam Kumpulan X dan Kumpulan Y. Mana-mana 2 daripada 3 pasukan
JOHAN tadi akan diletakkan dalam kumpulan yang sama X dan Y melalui
undian.

(ii) Pasukan NAIB JOHAN daripada kumpulan yang berlainan di pusingan awal
akan diletakkan ke dalam Kumpulan X dan Y.

(iii) Undian akan dibuat selepas sahaja pertandingan pusingan awal tamat.

(iv) Pasukan-pasukan dalam Kumpulan X dan Y akan bermain secara LIGA


dalam kumpulan masing-masing.
8.2.4 Pusingan Akhir :

(i) JOHAN Kumpulan X akan melawan dengan JOHAN Kumpulan Y untuk


menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN.

(ii) NAIB JOHAN Kumpulan X akan melawan dengan NAIB JOHAN Kumpulan Y
untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.
8.3 6 HINGGA 8 PASUKAN
Pasukan-pasukan akan dibahagikan kepada DUA kumpulan iaitu A dan B.

8.3.1 Peringkat Awal :


Pertandingan akan dijalankan secara LIGA dalam kumpulan.

8.3.2 Peringkat Separuh Akhir :


Pasukan yang mendapat JOHAN dan NAIB JOHAN setiap kumpulan akan bermain
secara KALAH KELUAR.

JOHAN A lawan NAIB JOHAN B [Kumpulan X]


JOHAN B lawan NAIB JOHAN A [Kumpulan Y]

8.3.3 Peringkat Akhir :


Pemenang X lawan Pemenang Y untuk menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN.
Kalah X lawan Kalah Y untuk menentukan tempat Ke-3 / Ke-4

8.4 5 PASUKAN ATAU KURANG DARIPADANYA

Pertandingan akan dijalankan secara LIGA SATU PUSINGAN dalam kumpulan. Pasukan
yang mendapat mata terbanyak dikira JOHAN dan seterusnya NAIB JOHAN, KETIGA dan
KEEMPAT.

9. KELAYAKAN PEMAIN
9.1 Senior : Lahir pada atau selepas 1 Januari 1982 (41 Tahun dan Ke Bawah)
9.1 Veteran : Lahir pada atau sebelum 31 Disember 1981 (41 Tahun dan Ke Atas)

10. MASA BERMAIN


10.1. 10 minit setiap separuh masa dengan rehat 5 minit

10.2. Dalam peringkat Suku Akhir, separuh akhir , jika perlawanan berkeputusan SERI selepas
penuh masa:-
10.2.1. Masa rehat 5 minit hendaklah diberi kepada pasukan selepas tamat masa sebenar
dan sebelum masa tambahan.

10.2.2. Pemain tidak dibenarkan keluar padang semasa rehat ini kecuali dengan izin
daripada pengadil.

10.2.3. Perlawanan disambung semula selama 10 minit iaitu 5 minit bagi setiap separuh
masa dengan tiada masa rehat di antara kedua-dua separuh masa itu.

10.2.4. Jika keputusan masih SERI selepas tamat masa tambahan, maka tendangan penalti
hendaklah dijalankan. (3 orang penendang setiap pasukan)

10.2.5. Sekiranya setelah semua 5 pemain yang berada di gelanggang telah mengambil
tendangan tetapi masih seri, tendangan penalti diteruskan sehingga ada pemenang.

11. BILANGAN DAN KELAYAKAN PEMAIN


11.1. Bilangan minimum pemain untuk sesuatu pertandingan boleh dimulakan ialah
seramai 3 orang pada sepanjang masa permainan termasuk masa tambahan.
11.2 Semasa perlawanan, setiap pasukan perlu ada 3 pemain senior dan 2 pemain
veteran
11.2. Setiap pasukan dikehendaki mendaftar semua pemain lelaki veteran
(41 tahun ke atas)

12. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN PERINGKAT KUMPULAN.


12.1. Pemberian Mata:
12.1.1. Menang - 3 mata
12.1.2. Seri - 1 mata
12.1.3. Kalah - 0 mata

12.2. Sekiranya keputusan perlawanan dalam kumpulan menyebabkan 2 atau lebih pasukan
mendapat mata yang sama maka pemenang akan ditentukan seperti berikut:
12.2.1. Pasukan yang mendapat perbezaan gol terbanyak dikira sebagai
pemenang.
12.2.2. Jika masih SERI, pasukan yang mendapat bilangan gol banyak dikira
pemenang.
12.2.3. Jika masih SERI, pasukan yang pernah mengalahkan pasukan satu lagi dikira
menang.
12.2.4. Jika masih SERI juga, tendangan penalti akan dijalankan.

13. TENDANGAN PENALTI


13.1. Pengadil akan menentukan gol yang hendak digunakan.
13.2. Tiap-tiap pasukan akan mengundi untuk menentukan pasukan mana yang akan membuat
tendangan dahulu.
13.3. Hanya pemain yang berada di dalam gelanggang semasa tamatnya masa tambahan
dibenarkan mengambil tendangan penalti.
13.4. Tiap-tiap tendangan penalti hendaklah dilakukan oleh pemain yang berlainan, termasuk
penjaga gol pada bila-bila masa tendangan penalti dijalankan.
13.5. Ketua Pasukan akan mengundi untuk menentukan pasukan mana yang akan membuat
tendangan dahulu.
13.6. Pemain lain yang berada dalam gelanggang boleh menggantikan tempat penjaga gol pada
bila-bila masa tendangan penalti dijalankan.
13.7. Semua pemain melainkan penjaga gol dan pemain yang akan mengambil tendangan penalti,
hendaklah berada di luar garisan tengah gelanggang.
13.8. Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol selepas tendangan diambil oleh setiap pasukan
dikira menang.
13.9 Jika selepas 3 tendangan kedudukan masih SERI, maka tendangan hendaklah diteruskan
oleh pemain yang belum mengambil tendangan secara berselang seli hingga ada pemenang.

14. PENGANTIAN PEMAIN


14.1. Semua pemain yang disenaraikan dalam Borang Senarai Pemain untuk pertandingan itu
boleh diganti dalam satu perlawanan termasuk dalam masa tambahan dan semasa
tendangan dari tanda penalti. Mana-mana pemain yang ditukar boleh dibenar bermain semula
dalam perlawanan yang sama.

15. MENARIK DIRI/MENYERAH KALAH


15.1 Pasukan PSKPP Cawangan tidak dibenarkan menarik diri dari pertandingan setelah bersetuju dan
diterima menyertai pertandingan tersebut yang disahkan oleh Jawatankuasa Kerja PSKPP
Negeri Sarawak dan Jawatankuasa Kerja PSKPP Cawangan yang menjadi pengelola.

15.2 Sebarang tindakan menarik diri oleh sesuatu pasukan atau peserta adalah dianggap bertentangan
dengan semangat kesukanan dan pasukan itu dikehendaki memberi penjelasan secara
bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerja PSKPP Negeri Sarawak.

15.3 Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri dari pertandingan semua keputusan pertandingan yang
melibatkan pasukan tersebut akan diisytiharkan batal. Pasukan tersebut tidak akan
dibenarkan memasuki sebarang pertandingan seterusnya dalam pesta ini.
(Sila rujuk Perkara 10 Undang-undang dan Peraturan Am Pesta PSKPP Kali Ke-40 Tahun
2022.)

16. PAKAIAN PEMAIN-PEMAIN


16.1. Semua pemain hendaklah memakai jersi dengan nombor yang sama bagi tiap-tiap
perlawanan seperti mana yang tercatat dalam pendaftaran asal.

16.2. Kasut mengikut spesifikasi yang dibenarkan. Semua pemain diwajibkan memakai alas
betis /”Shin-Guard”.

16.3. Ketua Pasukan hendaklah memakai lilitan lengan dan sekiranya digantikan, lilitan lengan itu
hendaklah diberi kepada pemain lain yang mengambil alih tugasnya.

17. KELEWATAN
17.1. Setiap pasukan mestilah berada di padang 5 minit sebelum “kick-off” seperti ditetapkan dalam
jadual.
17.2. Masa 10 minit tambahan akan diberi kepada pasukan yang lewat. Jika selepas 10 minit,
pasukan berkenaan masih belum bersedia, pihak lawannya akan diberi kemenangan
percuma dengan 3 mata dan jaringan 3-0.

18. TINDAKAN TATATERTIB


18.1. Pemain yang menerima dua 2 kad amaran masa pertandingan hendaklah dengan sendirinya
digantung bermain bagi satu perlawanan selepas perlawanan yang dia terima kad amaran
kedua. Apabila seorang pemain menerima amaran ketiga, dia dengan sendirinya digantung
bermain satu lagi perlawanan selepas perlawanan yang di terima kad amaran ketiga. Apabila
seseorang pemain menerima kad amaran keempat, dia akan digantung bermain dua
perlawanan yang berikutnya.

18.2. Seseorang pemain yang diperintah keluar padang selepas menerima 2 kad amaran di dalam
perlawanan yang sama akan digantung satu perlawanan berikutnya.

18.3. Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana berkelakuan ganas atau bermain
dengan amat kasar ataupun menggunakan bahasa kotor atau kesat akan dihadapkan ke
Lembaga Rayuan.

19. BANTAHAN
19.1. Sebarang bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus atau Ketua Pasukan sahaja dan
hendaklah dibuat secara lisan kepada Pengadil yang bertugas ketika itu. Bantahan bertulis
hendaklah menyusul dan dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Penganjur tidak
lewat dari 30 minit selepas tamat perlawanan. Surat bantahan hendaklah ditandatangani
oleh Pengurus Pasukan dan disertakan dengan wang cagaran tunai sebanyak RM300.00.
Wang cagaran ini tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan itu gagal atau ditolak.
19.2 Sebarang bantahan mengenai kelayakan peserta seperti yang tertera pada perkara 9
hendaklah dibuat semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan. Bantahan yang dibuat selepas
perlawanan tidak akan dilayan.

19.3 Sebarang keputusan yang dibuat daripada Jawatankuasa Bantahan dan Tatatertib adalah
muktamad.

20. LEMBAGA TATATERTIB


20.1. Sila rujuk Perkara 15 Undang-undang dan Peraturan Am Pesta PSKPP Kali Ke-40 Tahun
2022.

21. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan, Jawatankuasa Pengelola berhak untuk membuat
keputusan yang mana ianya adalah MUKTAMAD.

22. Hadiah

Tempat Pertama, Kedua dan ketiga bersama


SENARAI PEMAIN FUTSAL VETERAN PSKPP
BAHAGIAN _____________________
2022

NAMA PASUKAN WARNA


JERSI
NAMA H/P
PENGURUS
NAMA HP
JURULATIH
BIL NAMA PEMAIN TARIKH NO KAD
LAHIR PENGENALAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Pengurus Pasukan : _____________________


__________________________________
Pejabat / Sekolah : _____________________ TANDATANGAN SETIAUSAHA
PSKPP :

Nombor telefon : _____________________

COP PSKPP BAHAGIAN :

Jawatankuasa Penganjuran Futsal Veteren PSKPP ke 40


Pengerusi :
Timbalan Pengerusi :
Setiausaha :
Bendahari :

Pegawai Teknikal :

1. AJK Pertandingan/ Teknikal/ Urusetia

2. AJK Pengadil

3. AJK Kemudahan/ Peralatan

4. AJK Sijil/ Hadiah/ Buku Program

5. AJK Kebersihan

6. AJK Keselamatan

7. AJK Kecemasan

8. Juri Rayuan

9. AJK Siaraya/ Juruacara

10. AJK Makanan/ Minuman

11. AJK Statistik/ Keputusan

You might also like