You are on page 1of 13

PERATURAN TEKNIKAL

ACARA BOLA JARING JARING


KEJOHANAN SUKAN PEJABAT PENGARAH TANAH & GALIAN SE-MALAYSIA

1. AM

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Peraturam Am,


pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Jaring
Antarabangsa (INF) DAN Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM).

1.2 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan di dalam peraturan berkenaan akan
diputuskan seperti berikut :

a) Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada Ketetapan & Peraturan


Am Kejohanan Sukan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Se-Malaysia.

b) Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan


Pertandingan Bola Jaring Kejohanan Sukan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Se-
Malaysia.

1.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Bola Jaring
Kejohanan Sukan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Se-Malaysia adalah MUKTAMAD.

2. PENYERTAAN

2.1 Setiap pasukan hanya dibenarkan untuk mendaftarkan satu (1) pasukan sahaja yang
terdiri daripada :

Pegawai Pasukan 5
Pemain 12
JUMLAH 17

2.2 Setiap pasukan hendaklah mendaftarkan sekurang-kurangnya seorang pemain berstatus


Pegawai (Gred 32 dan ke atas) kerana peraturan pertandingan memerlukan SEKURANG-
KURANGNYA SEORANG (1) PEMAIN BERSTATUS PEGAWAI BERADA DI ATAS PADANG
SEBAGAI PEMAIN SEPANJANG PERLAWANAN BERLANGSUNG.

1
2.3 Setiap pasukan hendaklah mendaftarkan sekurang-kurangnya seorang pemain berstatus
Veteran (40 tahun ke atas – Kiraan mengikut tahun semasa) kerana peraturan
pertandingan memerlukan SEKURANG-KURANGNYA SEORANG (1) PEMAIN BERSTATUS
VETERAN BERADA DIATAS PADANG SEBAGAI PEMAIN SEPANJANG PERLAWANAN
BERLANGSUNG.

2.4 Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama pemain dan pegawai
pasukan serta dikepilkan bersama salinan kad pengenalan, salinan slip gaji terkini/kad
pekerja serta sekeping gambar berukuran passport SEBELUM atau PADA 10 NOVEMBER
2017.

2.5 Pertukaran pemain hanya boleh dilakukan sebelum perlawanan pertama setiap pasukan
dengan menyertakan salinan kad pengenalan dan slip gaji terkini/kad pekerja serta
sekeping gambar berukuran passport. Selepas perlawanan pertama berlangsung tiada
sebarang pertukaran dibenarkan.

2.6 Kelayakan Pemain


2.6.1 Kakitangan yang berkhidmat di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian serta
kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Negeri serta kakitangan JKPTG, INSTUN yang
berjawatan Tetap, Kontrak, Sementara dan Sambilan.
( Kontrak, Sementara dan Sambilan perlu sertakan 3 bulan slip gaji terkini)

2.6.2 Kakitangan yang baru dilantik (masih belum mempunyai slip gaji) atau bertukar
dari jabatan lain hendaklah mengemukakan salinan surat pelantikan atau surat
pertukaran.

2.6.3 Pemain yang bertukar ke jabatan lain semasa kejohanan secara automatik
terbatal penyertaannya berkuatkuasa pada tarikh pertukarannya.

2
3. SISTEM PERMAINAN

3.1 Jika tidak disebut di dalam syarat-syarat pertandingan ini maka syarat-syarat Undang-Undang
Persekutuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) hendaklah digunapakai.

3.2 Undang-Undang permainan hendaklah mengikut undang-undang terkini yang berkuatkuasa


seperti berikut :

a) Pakaian
1) Pemain hendaklah memakai jersi dengan seluar track/tight panjang. Seluar
pendek atau skirt adalah dilarang sama sekali.

2) Pasukan adalah dikehendaki membawa dua (2) set bib berlainan warna
yang tercatat posisi pemain dengan ketinggian huruf adalah enam (6) inci.

3) Jika kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna, penentuan dibuat
secara lambungan syiling.

b) FORMAT PERTANDINGAN
1) Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak menentukan format
pertandingan dan jadual pertandingan berasaskan kepada pengesahan
jumlah pasukan.

2) Tempoh masa setiap perlawanan ialah :

Peringkat 1st Half Rest 2nd Half


(min) (min) (min)
Kumpulan, Suku Akhir, 15 3 15
Separuh Akhir dan
Akhir

3) Perlawanan Peringkat Kumpulan akan dijalankan secara liga satu (1)


pusingan.

3
4) Pasukan akan diundi dengan 4 kumpulan atau mengikut jumlah yang
ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola seperti berikut :

Kump. A Kump. B Kump. C Kump. D


1 1 1 1
2 2 2 2
3 3 3 3
4 4 4 4

5) Tiada pasukan ‘Seeded’ dalam setiap kumpulan.

6) Dua (2) pasukan teratas dalam setiap kumpulan layak ke peringkat Suku
Akhir.

7) Peringkat Suku Akhir dan Separuh Akhir akan diadakan secara kalah mati
satu pusingan.

8) Tiada undian semula ke peringkat Suku Akhir dan Separuh Akhir.


Perlawanan akan ditentukan seperti berikut :

Q1 A1 lwn C2 Q3 B1 lwn D2
Q2 A2 lwn C1 Q4 B2 lwn D1

9) Pemenang-pemenang dalam Suku Akhir akan bersaing dalam perlawanan


peringkat Separuh Akhir seperti berikut :

SF 1 Pemenang Q1
VS Pemenang SF 1
Pemenang Q4 FINAL VS
SF 2 Pemenang Q2 Pemenang SF 2
VS
Pemenang Q3

4
c) Waktu Bermula Sesuatu Perlawanan

1) Waktu bermula sesuatu perlawanan adalah seperti yang tercatat di dalam


jadual pertandingan rasmi dan hanya boleh dipinda dengan kelulusan
Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Bola Jaring Kejohanan Sukan
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Se-Malaysia.

2) Semua pasukan wajib mematuhi jadual perlawanan dan tiada masa


menunggu.

d) Bilangan Pemain Tidak Mencukupi

1) Sekiranya mana-mana pasukan kekurangan pemain apabila Pengadil


memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang
dijadualkan maka pasukan hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai 5
orang pemain (tanpa mengabaikan peraturan pemain pegawai Kumpulan
A) layak bertanding dan Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Bola
Jaring Kejohanan Sukan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Se-Malaysia
berhak untuk membuat keputusan yang mana ia adalah muktamad.

e) Pemberian Mata Atau Penentu Pasukan

1) Tiga (3) mata akan diberikan bagi pasukan yang menang, satu (1) mata
untuk seri dan tiada (0) mata bagi yang kalah.

2) Dalam perlawanan liga peringkat kumpulan, penentuan teratas atau


pemenang adalah mengikut susunan hirarki seperti berikut :
- mata tertinggi
- jika terdapat dua (2) pasukan atau lebih berkongsi mata tertinggi,
maka kaedah berikut akan digunakan :
* PURATA GOL, iaitu dengan membahagikan jumlah jaringan
yang dijaringkan dengan jumlah jaringan yang kena,
* PERBEZAAN GOL, iaitu jumlah jaringan tolak jumlah
jaringan kena;
* jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang
menjaringkan gol terbanyak akan diisytiharkan sebagai
pemenang.

5
3) Dalam perlawanan peringkat kalah mati iaitu peringkat suku akhir, separuh
akhir dan akhir, penentuan pemenang adalah seperti berikut :

- pasukan yang menang dalam perlawanan penuh masa, jika seri,


- pasukan akan diberi masa rehat selama dua (2) minit.
- masa tambahan selama dua(2) x tujuh (7) minit setiap bahagian
akan dimainkan tanpa rehat.
- Sekiranya berterusan seri di akhir masa tambahan, permainan
akan diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2)
kelebihan jaringan.

4. GELANGGANG DAN ALATAN

Jawatankuasa pengelola bertanggungjawab menyediakan gelanggang dan peralatan yang sesuai,


selamat serta diiktiraf seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Rasmi Bola Jaring (IFNA).

5. PENANGGUHAN PERLAWANAN

Jawatankuasa Pengelola akan memutuskan kedudukan perlawanan yang ditangguhkan oleh


Pengadil atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

6. MENARIK DIRI

6.1 Jika sesuatu pasukan menarik diri daripada satu perlawanan, maka pasukan itu tidak
dibenarkan meneruskan pertandingan di kejohanan ini.

6.2 Pasukan yang keluar gelanggang semasa perlawanan diberhentikan kerana sesuatu
kecederaan akan dikira kalah tanpa menimbangkan mata yang diperolehinya. Pasukan
ini dikira menarik diri daripada keseluruhan kejohanan ini.

6.3 Pasukan yang melakukan kesalahan di para 6.1 dan 6.2 dianggap tidak menyertai
pertandingan dan semua jaringan atau mata yang telah diperoleh dibatalkan.

6
7. BANTAHAN

7.1 Sebarang bantahan hanya boleh di buat oleh Pengurus Pasukan sahaja dan hendaklah di
buat secara lisan kepada Pengadil yang bertugas ketika itu. Kemudian bantahan tersebut
hendaklah di kemukakan secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Acara
Bola Jaring tidak lewat 20 minit selepas tamat pertandingan tersebut. Surat bantahan
hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dengan disertakan bersama deposit
tunai sebanyak RM 500 (Ringgit Malaysia Lima Ratus).

7.2 Jika bantahan tersebut berjaya, deposit tersebut akan dikembalikan, manakala jika
bantahan di tolak, deposit tersebut dikira hangus.

7.3 Keputusan Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan adalah muktamad.

8. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Sekiranya terdapat perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan Peraturan
Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan
keputusannya adalah muktamad.

9. LAIN-LAIN

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan :

1) Pn. Noor Faizah Binti Nazri


05-2095165
016-5339024

2) Cik Izziantee Binti Izzahan


05-8394963
013-4866125

7
BORANG PENDAFTARAN PEMAIN ACARA BOLA JARING
KEJOHANAN SUKAN PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN SE-MALAYSIA

PASUKAN : ……………………………………………………………………………………………………………………….

STATUS
PEMAIN
BIL. NAMA NO. KAD PENGENALAN PEGAWAI (P)
VETERAN (V)

PENGURUS PASUKAN
1.
PENOLONG PENGURUS PASUKAN
2.
JURULATIH
3.
PEGAWAI PASUKAN
4.

5.
PEMAIN
1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

8
9.

10.

11.

12.

Borang Pertandingan ini hendaklah dihantar bersama-sama dengan maklumat berikut yang
telah disahkan oleh Ketua Jabatan :

1. Salinan Penyata Gaji / Kad Pekerja


2. Salinan kad pengenalan *Hanya Pemain yang berdaftar sahaja
3. Gambar berukuran passport
* Pengurus, Pen. Pengurus, Jurulatih dan Pegawai Pasukan hanya perlu mengemukakan
salinan kad pengenalan dan gambar berukuran passport

Tandatangan Pengurus Pasukan

……………………………………………………
Nama :
No. Tel :

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan :

1) Pn. Noor Faizah Binti Nazri


05-2095165
016-5339024

2) Cik Izziantee Binti Izzahan


05-8394963
013-4866125

9
LAMPIRAN MAKLUMAT PEGAWAI PASUKAN

NAMA :
NO K/P :
GAMBAR BERUKURAN NO. TEL :
PASPORT

JAWATAN DALAM PASUKAN : PENGURUS

NAMA :
NO K/P :
GAMBAR BERUKURAN NO. TEL :
PASPORT

JAWATAN DALAM PASUKAN : PENOLONG PENGURUS

NAMA :
NO K/P :
GAMBAR BERUKURAN NO. TEL :
PASPORT

JAWATAN DALAM PASUKAN : JURULATIH

NAMA :
NO K/P :
GAMBAR BERUKURAN NO. TEL :
PASPORT

JAWATAN DALAM PASUKAN : PEGAWAI PASUKAN

NAMA :
NO K/P :
GAMBAR BERUKURAN NO. TEL :
PASPORT

JAWATAN DALAM PASUKAN : PEGAWAI PASUKAN

10
LAMPIRAN MAKLUMAT PEMAIN
(SILA NYATAKAN DI RUANGAN STATUS JIKA PEMAIN ADALAH BERSTATUS PEGAWAI. ABAIKAN JIKA PEMAIN TERSEBUT BERSTATUS PEMAIN
BIASA)

NAMA :
NO K/P :
GAMBAR BERUKURAN NO. TEL :
PASPORT

STATUS :

NAMA :
NO K/P :
GAMBAR BERUKURAN NO. TEL :
PASPORT

STATUS :

NAMA :
NO K/P :
GAMBAR BERUKURAN NO. TEL :
PASPORT

STATUS :

NAMA :
NO K/P :
GAMBAR BERUKURAN NO. TEL :
PASPORT

STATUS :

11
NAMA :
NO K/P :
GAMBAR BERUKURAN NO. TEL :
PASPORT

STATUS :

NAMA :
NO K/P :
GAMBAR BERUKURAN NO. TEL :
PASPORT

STATUS :

NAMA :
NO K/P :
GAMBAR BERUKURAN NO. TEL :
PASPORT

STATUS :

NAMA :
NO K/P :
GAMBAR BERUKURAN NO. TEL :
PASPORT

STATUS :

12
NAMA :
NO K/P :
GAMBAR BERUKURAN NO. TEL :
PASPORT

STATUS :

NAMA :
NO K/P :
GAMBAR BERUKURAN NO. TEL :
PASPORT

STATUS :

NAMA :
NO K/P :
GAMBAR BERUKURAN NO. TEL :
PASPORT

STATUS :

NAMA :
NO K/P :
GAMBAR BERUKURAN NO. TEL :
PASPORT

STATUS :

13

You might also like