You are on page 1of 5

PERATURAN-PERATURAN AM PERTANDINGAN

HOOP HOOD
SBP ALUMNI 2022
HOOP HOOD SBP ALUMNI 2022
PERATURAN-PERATURAN AM
PERTANDINGAN

1.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN


1.1 Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang terbaru permainan bola keranjang
Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (International Basketball Federation atau Federation
Internationale de Basketball-FIBA), Oktober 2014 dengan pindaan terkini pada Oktober 2020.

2.0 KELAYAKAN PEMAIN


2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berstatus alumni sekolah
berasrama penuh seluruh Malaysia sahaja.
2.2 HANYA pemain dari alumni sekolah sendiri sahaja dibenarkan di dalam setiap pasukan. Pemain luar
(import) TIDAK dibenarkan sama sekali.

3.0 PENDAFTARAN PASUKAN


3.1 Setiap pasukan boleh mendaftar pemain tanpa had namun hanya 12 pemain sahaja dibenarkan
bertanding pada setiap perlawanan.
3.2 Pegawai yang dibenarkan ialah seramai 3 orang.
3.3 Nama pemain dan nombor jersi pemain hendaklah diserahkan kepada pegawai teknikal kejohanan sehari
sebelum perlawanan dimulakan.
3.4 Jika pada hari perlawanan salah seorang pemain tidak dapat bermain maka, jurulatih atau pegawai
pasukan yang terlibat hendaklah memaklumkan kepada pegawai teknikal kejohanan sebelum
perlawanan bermula.

4.0 PEGAWAI PASUKAN


4.1 Semua pegawai pasukan (Pengurus Pasukan, Penolong, Jurulatih dan pegawai-pegawai lain) mestilah
mengikut peraturan sepanjang pertandingan.
4.2 Semua Pengurus / Pegawai Pasukan hendaklah hadir dan memberikan kerjasama kepada
Jawatankuasa Pengelola terutama dalam majlis rasmi kejohanan seperti Taklimat Kejohanan dan Majlis
Penyampaian Hadiah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.
4.3 Pengurus / Pegawai Pasukan hendaklah berpakaian yang sesuai semasa berada di gelanggang. Seluar
pendek dan tidak memakai kasut adalah TIDAK dibenarkan di bangku pasukan.

5.0 SISTEM PERTANDINGAN

5.1 FORMAT PERTANDINGAN


5.1.1 Cara Liga Empat Kumpulan ( A, B, C dan D )
5.1.1.1 Pasukan yang bertanding akan dibahagikan kepada 4 kumpulan
5.1.1.2 Pertandingan akan diadakan secara liga 7 pasukan
5.1.1.3 2 pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan layak ke peringkat Suku Akhir
(plate atas)
5.1.1.4 Pasukan di kedudukan ketiga dan keempat kumpulan akan layak ke peringkat
Suku Akhir (plate bawah)
5.1.1.5 Pasukan di kedudukan kelima,keenam dan ketujuh gagal layak ke pusingan
seterusnya
5.1.1.6 Pihak penganjur memberi tempoh hanya 15 minit untuk pasukan bertanding
menghadirkan diri pada waktu yang ditetapkan. Sekiranya gagal, kemenangan
akan diberi kepada pihak lawan secara percuma.

2
5.1.1.7 Sekiranya berlaku persamaan mata melebihi 2 pasukan, maka penentuan akan
dibuat mengikut peraturan yang terkandung dalam Buku Peraturan FIBA yang
terkini. (Sila rujuk perkara 6.1.2)

5.2 MASA PERLAWANAN

SUKUAN TEMPOH MASA (MINIT)


PERTAMA 10
REHAT 2
KEDUA 10
REHAT SEPARUH MASA 4
KETIGA 10
REHAT 2
KEEMPAT 10
REHAT* 2
MASA TAMBAHAN** 5

Perlawanan akan dijalankan secara “running clock” pada separuh masa pertama dan secara “stop clock”
pada separuh masa kedua.

NOTA :

* Jika perlu.

** Masa Tambahan dijalankan sehingga keputusan seri dapat diatasi.

6.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN PERLAWANAN

6.1 Secara liga.


6.1.1 Cara memberi mata:
Menang 2 mata
Kalah 1 mata
Kalah Tanpa Bertanding 0 mata

6.1.2 Sekiranya terdapat 2 atau lebih pasukan yang mendapat mata yang sama, maka
penentuan pasukan yang layak ialah mengikut undang-undang antarabangsa (FIBA) di
bawah seksyen Classification of Teams
Contoh: -
Pasukan A mengalahkan Pasukan B: 85 – 70, Pasukan B mengalahkan Pasukan C: 72 – 66,
Pasukan C mengalahkan Pasukan A: 50 – 45.

CONTOH KEPUTUSAN
Keputusan Perlawanan Perbezaan Mata
A B C A B C
85 70 +15 -15
72 66 +6 -6
45 50 -5 +5
Jumlah Perbezaan Mata +10 -9 -1

3
Pasukan A menjadi Johan Kumpulan (Jumlah Perbezaan Mata +10)
Pasukan C menjadi Naib Johan Kumpulan(Jumlah Perbezaan Mata -1)
Pasukan B mendapat Tempat Ketiga(Jumlah Perbezaan Mata -9)

7.0 UNDIAN DAN JADUAL PERTANDINGAN

7.1 Undian Pertandingan akan diadakan pada tarikh yang ditetapkan


oleh pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.
7.2 Jadual akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

8.0 JERSI PASUKAN

8.1 Setiap pasukan mestilah menyediakan sekurang-kurangnya 1 set jersi.


8.2 Nombor jersi mestilah mengikut saiz yang telah ditetapkan dalam Peraturan FIBA.
8.3 Sekiranya berlaku warna jersi yang sama bagi kedua-dua pasukan, pasukan yang disebut
dahulu perlu menukar jersi mereka.
Jika kedua-dua pasukan memakai jersi berwarna putih, pasukan yang disebut kemudian perlu
menukar jersi mereka.

9.0 BOLA PERTANDINGAN

9.1 Bola Pertandingan yang akan digunakan ialah MOLTEN BG74500 bagi kategori lelaki.
9.2 Bola Pertandingan akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.

10.0 PENGADIL KEJOHANAN

10.1 Jawatankuasa Pengelola akan menggunakan khidmat pengadil yang dilantik oleh Persatuan Bola
Keranjang Negeri yang terlibat pada ketika kejohanan diadakan.
10.2 Format kepengadilan menggunakan 2 orang pengadil akan digunapakai.

11.0 GELANGGANG PERTANDINGAN

11.1 Semua perlawanan akan diadakan di gelanggang bola keranjang yang telah ditetapkan oleh
pihak pengurusan Kejohanan

12.0 TEMPAT DUDUK PASUKAN

12.1 Hanya 12 orang pemain, 1 orang Jurulatih, 1 orang Penolong Jurulatih, 1 orang Pengurus Pasukan,
sahaja dibenarkan di tempat duduk pasukan.
12.2 Penonton dan penyokong perlu berada sekurang-kurangnya 10 meter daripada
gelanggang pertandingan.

13.0 TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

13.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan pada Tarikh yang akan ditetapkan oleh pihak pnganjur
13.2 Semua persoalan atau bantahan perlu diputuskan dalam Taklimat Pengurus Pasukan.

4
14.0 BANTAHAN PERLAWANAN

14.1 Sekiranya ada pasukan yang ingin membuat bantahan terhadap sesuatu
keputusan perlawanan, Ketua Pasukan hendaklah menulis “INGIN BANTAH”
pada ruangan catatan “Scoresheet” dan ditandatangani supaya bantahan
dipertimbangkan.
14.2 Bantahan yang dikemukakan secara bertulis yang ditangantangani oleh
pengurus pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Juri Rayuan
dalam tempoh 1 JAM selepas perlawanan tersebut tamat.
14.3 Bantahan yang dikemukakan secara bertulis mesti disertakan bersama wang
tunai sebanyak RM 300.00 dan tidak akan dikembalikan
14.4 Sebarang bantahan yang tidak mengikut prosedur tidak akan dilayan dan
wang bantahan TIDAK akan dikembalikan.
14.5 Keputusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada
yang berkenaan dan keputusan juri rayuan adalah muktamad.

15.0 JURI RAYUAN

15.1 Keanggotaan Juri Rayuan terdiri daripada lima orang iaitu :-


15.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
15.1.2 Ketua Pengadil Pertandingan
15.1.3 Pegawai Teknikal Bola Keranjang
15.1.4 Seorang pegawai dari pasukan yang mengambil bahagian dan TIDAK terlibat dalam
bantahan tersebut.
15.1.5 Penyelaras Jawatankuasa Pertandingan akan bertindak selaku Setiausaha Juri Rayuan.

16.0 HAL-HAL LAIN

16.1 Jawatankuasa Pengelola berhak membuat keputusan terhadap perkara-


perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Am ini.

You might also like