You are on page 1of 4

PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN BOLA TAMPAR CAMPURAN

TERTUTUP ZON GADONG 2024

UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Pertandingan Bola Tampar ini akan dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh
Undang-undang Persatuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) edisi terkini dan Peraturan
Am yang ditetapkan oleh MAVA dengan pengecualian berikut :

1. NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan ini dinamakan ‘PERTANDINGAN BOLA TAMPAR CAMPURAN TERTUTUP
ZON GADONG 2024’.

2. TARIKH DAN TEMPAT


Kejohanan ini akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 5 dan Februari 2024
Hari : Isnin dan Selasa
Tempat : Padang SK Padas Damit

3. TUJUAN
3.1. Menjalinkan hubungan kerjasama yang erat antara masyarakat setempat dan komuniti
Zon Gadong.

4. PENYERTAAN
4.1. Kejohanan ini untuk satu kategori sahaja iaitu campuran.
4.2. Komposisi setiap pasukan mengandungi seorang pengurus dan 10 orang pemain (5 lelaki
dan 5 perempuan)

5. KELAYAKAN PEMAIN
5.1. Semua pemain boleh mewakili satu pasukan sahaja.
5.2 Pemain-pemain cuma boleh dipilih daripada ahli PIBG, guru dan staf sekolah Zon
Gadong.
5.2 Pengesahan pemain akan dibuat setengah jam sebelum perlawanan pertama pasukan
masing-masing di Urusetia. Pengurus pasukan dikehendaki mengumpulkan dokumen-
dokumen yang boleh mengesahkan kelayakan pemain.
5.5 Pihak Jawatankuasa Pengelola pertandingan berhak membuat apa-apa keputusan yang
perlu jika terdapat mana-mana pasukan yang melanggar atau tidak mematuhi syarat-syarat
di atas.

6. TARIKH PENTING
6.1 Tarikh tutup penyertaan ialah pada 26 Januari 2024 (Jumaat) berserta bayaran yuran
sebanyak RM 100.00 (seratus ringgit) . Berdasarkan kepada “first come first serve”.

7. MESYUARAT PENGURUS PASUKAN DAN CABUTAN UNDI


Tarikh : 2 Februari 2024 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SK Padas Damit
Nota ** Hasil keputusan undian akan diberikan kepada pengurus pasukan masing-masing.
8. UNDANG-UNDANG KEJOHANAN
8.1. Selain daripada undang-undang pertandingan yang terkandung, kejohanan ini akan
dijalankan mengikut undang-undang yang sedang dikuatkuasakan.
8.2. Sebarang kejadian di luar dugaan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan
berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusannya adalah
muktamad.

9. SISTEM PERTANDINGAN
Akan diadakan mengikut dua peringkat :
9.1 Peringkat pertama (liga dalam kumpulan).
9.2 Peringkat kedua (pusingan kalah mati).
** Tertakluk pada pindaan

10. SISTEM PEMBERIAN MATA/CARA MENENTUKAN KEDUDUKAN


10.1 Pertandingan akan dijalankan dalam 3 set dan pasukan yang memenangi 2 set dikira
menang. (tertakluk kepada masa dan cuaca)
10.2 Pembahagian Mata
Menang ---- 2 mata
Kalah ---- 0 mata
Lucutan teknikal/ menarik diri ---- 0 mata (diambil kira dari semua perlawanan yang
terdahulu dengan mata, 0-25)
10.3 Sekiranya masih terdapat keadaan seri:
Z = Jumlah mata yang menang
Jumlah mata yang kalah
Pasukan yang nisbah matanya lebih tinggi menduduki tempat teratas.
10.7 Sekiranya masih terdapat keadaan seri antara dua pasukan, keputusan perlawanan
antara dua pasukan yang berkenaan akan diambilkira. Pasukan yang menang perlawanan
itu menduduki tempat atas.
10.8 Sekiranya keadaan seri masih berlaku cabutan undi akan dibuat untuk menentukan
Kedudukan akhir.

11. PAKAIAN SERAGAM


Semua pasukan mesti berpakaian jersi seragam bernombor. Pasukan yang tidak berpakaian
seragam tidak akan dibenarkan bertanding.

12. PERTUKARAN PEMAIN


Pemain yang wajib berada di dalam gelanggang ialah seramai 6 orang (3 lelaki dan 3
perempuan). Pertukaran yang dilakukan perlu mengikut jantina pemain (pemain lelaki
ditukarkan dengan pemain lelaki, pemain perempuan ditukarkan dengan pemain
perempuan).

13. PEMBATALAN (WALKOVER)


13.1 Tiap-tiap pasukan mesti berada di gelanggang setengah jam sebelum masa yang
ditetapkan untuk perlawanan. Pasukan yang lewat 5 minit selepas masa yang dijadualkan
tanpa sebab yang munasabah akan dianggap sebagai telah memberi kemenangan percuma
kepada lawannya.
13.2. Jumlah pemain minimum di dalam gelanggang ialah seramai 4 orang pemain. Jika jumlah
pemain kurang daripada jumlah tersebut, kemenangan percuma akan diberikan kepada
pihak lawan.
14. PENGADIL
Pengadil-pengadil yang mengadili pertandingan ini akan dipilih oleh Jawatankuasa
Pengelola. Semua keputusan pengadil adalah muktamad.

15. PENGGANTUNGAN
Pemain yang disingkirkan dalam sesuatu perlawanan akan dengan automatik digantung
bermain dalam satu perlawanan yang berikut sehingga Jawatankuasa Tatatertib telah
membuat keputusan.

16. BANTAHAN/ RAYUAN


16.1 Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan berjalan, mesti memberitahu
pengadil secara lisan. Walau bagaimanapun perlawanan akan diteruskan ‘Under Protest’.
Hanya Pengurus pasukan dibenarkan membuat bantahan.
16.2 Sekiranya selepas perlawanan pasukan masih ingin membantah, pengurus pasukan mesti
menulis perkataan ‘Ingin Membantah’ di ruang catatan dalam kertas skor dan
menandatanganinya. Bantahan secara bertulis mesti disertakan dengan wang tunai
RM 200.00 sebagai wang cagaran dalam masa 30 minit selepas tamatnya perlawanan.
16.3 Wang cagaran ini tidak akan dipulangkan jika didapati bahawa bantahan itu tidak
munasabah.

17. JURI RAYUAN


Juri Rayuan akan diketuai oleh Pengerusi J/K Pengelola atau wakilnya. Ahli-ahli Juri
Rayuan akan terdiri daripada Ketua Pengadil Kejohanan dan 2 orang pengurus pasukan
yang tidak terlibat dalam rayuan itu. Juri Rayuan akan bersidang dalam masa 1 jam sebaik
sahaja menerima bantahan bertulis.

18. YURAN
RM 100.00 / pasukan

19. HADIAH:
Hadiah adalah seperti berikut:
JOHAN RM 500.00 + Piala + Medal
NAIB JOHAN RM 400.00 + Medal
KETIGA RM 300.00 + Medal
20. PERKARA AM :
20.1 Jawatankuasa Pengelola Kejohanan mempunyai hak untuk mengambil sebarang
keputusan jika timbul sesuatu kemusykilan dalam kejohanan ini yang tidak dinyatakan dalam
peraturan pertandingan ini dan keputusan adalah muktamad. Pihak Jawatankuasa
Pengelola Kejohanan juga berhak meminda sebarang undang-undang kejohanan jika
didapati perlu.
20.2. Tiap-tiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang telah dijadualkan, tetapi
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan ini berhak meminda susunan atau masa perlawanan
jika perlu.
20.3 Selain daripada pegawai-pegawai yang bertugas, pemain-pemain yang terlibat dan
jurukamera rasmi, tidak sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam gelanggang apabila
sesuatu perlawanan sedang dijalankan.
20.4 Ahli-ahli sesuatu pasukan yang dibenarkan menduduki atas bangku pemain pengganti
yang disediakan pada masa perlawanan adalah berikut:
20.4.1 Pengurus Pasukan
20.4.2 Jurulatih/Pengiring
20.4.3 Pemain gantian
20.5 Disiplin dan kebajikan ahli sesuatu pasukan adalah tanggungjawab pengurus pasukan
masing-masing dan diharap semua pengurus pasukan akan memberi kerjasama kepada
pihak pengelola kejohanan supaya kejohanan boleh dijalankan dengan lancar.

You might also like