You are on page 1of 5

KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD JOHOR BAHRU L18 DAN P18 TAHUN 2012

1.0 PENGANJUR Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru 2.0 PENGELOLA SMK Taman Mutiara Rini 2, Johor Bahru. 3.0 TARIKH KEJOHANAN 8 hingga 9 Februari 2012. Sekiranya berlaku sebarang penangguhan perlawanan ke hari yang berikutnya, maka tarikh 10 Februari 2012 akan digunakan. 4.0 TEMPAT KEJOHANAN Dewan SJK(C) Foon Yew 1 atau Dewan SJK(C) Foon Yew 2 (Atas kebenaran) 5.0 PENYERTAAN 5.1 Bagi kedua-dua penyertaan (lelaki & perempuan), setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar 3 orang pegawai pasukan ( pengurus pasukan, ketua jurulatih, Penolong Jurulatih) dan 12 orang pemain sahaja. 5.2 Sumbangan penyertaan setiap kategori (L dan P) adalah RM 100.00 dalam bentuk wang tunai atau cek atas nama PENGETUA SMK TAMAN MUTIARA RINI 2. 5.3 Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah menengah daerah Johor Bahru. 6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL 1 2 3 4 11 13 ITEM Makan minum mesyuarat Bayaran pengadil Score sheet Hadial (medal) Makan minum pembantu (pelajar) Alat Tulis JUMLAH 30 6 1 12 orang 35 orang
12.00 X 6 pasukan X 12 orang

KUANTITI

HARGA SEUNIT 5.00 29 permainan

JUMLAH 100.00 550.00 80.00 864.00 350.00 56.00 2000.00

5.00 X 35 X 3 hari

Anggaran pasukan menyertai : 20 pasukan X RM100.00 = RM2000.00 7.0 PERATURAN AM 7.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (Federation International of Volleyball FIVB) dan undang-undang yang sedang dikuatkuasakan sekarang. 7.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, undangundang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
1

7.3 Semua keputusan dan undian yang dibuat oleh Jawatankuasa Kejohanan Bola Tampar MSSD Johor Bahru 2012 adalah MUKTAMAD. 8.0 KELAYAKAN PEMAIN Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili dan bermain untuk satu pasukan sahaja. 9.0 SISTEM PERTANDINGAN 9.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya 9 orang pemain. 9.2 Pertandingan akan dijalankan secara liga pada pusingan pertama. Peraturan ini tertakluk kepada perubahan, bergantung kepada jumlah pasukan yang akan bertanding. 9.3 Sekiranya penyertaan 10 pasukan atau kurang daripadanya, pasukan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan A dan B. Pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan dalam kumpulan masing-masing. Johan dan Naib Johan dari setiap kumpulan akan bertemu di peringkat Separuh Akhir secara bersilang (crossing) di mana A1 akan bertemu dengan B2 dan A2 akan bertemu dengan B1. Pemenang di peringkat Separuh Akhir akan bertemu di perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara kedua-dua pasukan yang kalah akan bermain untuk tempat Ketiga dan Keempat.

9.4 Sekiranya penyertaan melebihi 10 pasukan, pasukan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C dan D dan dimainkan secara liga satu pusingan. Johan dan naib johan setiap kumpulan sahaja akan bertemu di peringkat Suku Akhir secara bersilang (crossing) di mana suku akhir 1 (A1 akan bertemu dengan B2), suku akhir 2 (D1 akan bertemu dengan C2), suku akhir 3 (B1 akan bertemu A2) dan suku akhir 4 (C1 akan bertemu D2). Pemenang di peringkat suku akhir akan mara ke peringkat separuh akhir di mana pemenang suku akhir 1 akan bertemu pemenang suku akhir 2 dan pemenang suku akhir 3 akan bertemu pemenang suku akhir 4. Pemenang di peringkat Separuh Akhir akan bertemu di perlawanan Akhir bagi
2

menentukan Johan dan Naib Johan, sementara kedua-dua pasukan yang kalah akan bermain untuk tempat Ketiga dan Keempat.

10.0 SISTEM PEMBERIAN MATA / CARA MENENTUKAN KEDUDUKAN 10.1 Pertandingan akan dijalankan secara 3 set (Best of Three) di peringkat liga kumpulan, suku akhir dan penentuan tempat ke tiga dan ke empat. Pasukan yang memenangi 2 set dikira sebagai pemenang. Dalam separuh akhir dan peringkat Akhir, pertandingan akan dijalankan dalam 5 set (Best of Five) dan pasukan yang menang 3 set dikira sebagai pemenang. 10.2 Sistem pemberian mata adalah seperti berikut : Menang - 2 mata Kalah - 1 mata Lucutan teknik/menarik diri - 0 mata 10.3 Di peringkat liga, sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama, kaedah berikut akan digunakan: Peringkat 1 = Jumlah Mata Menang Nisbah Mata Jumlah Mata Kalah Peringkat 2 = Jumlah Set Menang Nisbah Set Jumlah Set Kalah 10.4 Peringkat 3 Sekiranya kedudukan masih SERI juga, kaedah berikut akan diambil kira: 10.4.1 Jika hanya 2 pasukan terlibat, keputusan perlawanan di antara kedua-dua pasukan berkenaan akan diambil kira. Pasukan yang menang perlawanan itu menduduki tempat teratas. 10.4.2 Jika 3 atau lebih pasukan terlibat, maka keputusan muktamad akan ditentukan dengan cabutan undi atau lambung pilih atau Toss of Coin

11 KELEWATAN Lima belas (15) minit akan diberikan kepada pasukan-pasukan. Jika selepas masa itu sesebuah pasukan tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain atas alasan yang munasabah, maka pasukan berkenaan dikira menarik diri daripada pertandingan. 12 PAKAIAN PEMAIN 10.1 Setiap pemain hendaklah memakai jersi yang seragam dan lengkap bernombor kecuali libero. Keseragaman seluar adalah di kecualikan. 10.2 Saiz nombor 15 cm di depan dan 20 cm di belakang jersi. 10.3 Nombor jersi haruslah berada di bahagian tengah baju di depan dan belakang. 10.4 Setiap pasukan haruslah mengikut syarat pemakaian yang ditetapkan untuk mengelak sebarang kesulitan. 13 MENARIK DIRI Menarik diri tidak dibenarkan. Jika berlaku, pasukan berkenaan dianggap menarik diri daripada keseluruhan perlawanan dan pasukan berkenaan tidak dibenarkan lagi menyertai perlawanan seterusnya. 14 PENANGGUHAN 12.1 Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut : 14.2.1 Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka perlawanan akan disambung mengikut baki mata dan set yang tinggal. 14.2.2 Sekiranya perlawanan yang ditangguhkan ke hari yang lain, maka perlawanan tersebut hendaklah dimulakan dari set 0-0 semula. 14.2.3 Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguhkan atau mengubah sesuatu jadual atau tempat pertandingan tanpa terlebih dahulu memberitahu pasukan yang terlibat.

15 PEGAWAI TEKNIKAL Pengerusi Pertandingan dan Pegawai Teknikal akan dilantik oleh Jawatankuasa Kejohanan Bola Tampar MSSD Johor Bahru 2012. 16 BANTAHAN DAN RAYUAN 14.1 Semua bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan oleh Pengurus Pasukan secara bertulis dalam borang yang disediakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan tidak lewat daripada tiga puluh (30) minit selepas sesuatu perlawanan itu tamat. 14.2 Setiap bantahan atau rayuan hendaklah disertakan dengan Wang Bantahan sebanyak RM 100.00. 14.3 Wang bantahan akan luput sekiranya bantahan atau rayuan ditolak. 17 TINDAKAN TATATERTIB 15.1 Tindakan Tatatertib akan diambil mengikut Undang-undang Peraturan Bola Tampar Malaysia.
4

15.2 Seorang pemain yang diarahkan keluar gelanggang dan tidak dibenarkan meneruskan permainan adalah dengan automatiknya digantung bermain dalam perlawanan berikutnya sehinggalah Jawatankuasa Tatatertib telah mengambil tindakan yang sewajarnya. 18 HADIAH Hadiah akan diberi kepada Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga. 19 JURI RAYUAN 17.1 Juri Rayuan terdiri daripada lima ( 5 ) orang yang dilantik oleh Jawatankuasa Kejohanan Bola Tampar MSSD Johor Bahru 2012 iaitu : Dua (2) orang Pegawai daripada SMK Taman Mutiara Rini 2. Pengerusi Teknik Kejohanan Bola Tampar MSSD Johor Bahru 2012 Dua (2) orang Pengurus pasukan yang tidak terlibat. 17.2 Juri Rayuan akan bersidang dalam masa satu (1) jam setelah menerima bantahan atau rayuan dan akan menyampaikan keputusan kepada Jawatankuasa Teknikal Kejohanan Bola Tampar MSSD Johor Bahru 2012 20 YURAN & TARIKH TUTUP PENYERTAAN 18.1 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Januari 2012 jam 3.00 pm. 18.2. Sumbangan penyertaan: RM 100.00 untuk setiap pasukan. Bayaran dan Borang Penyertaan hendaklah diserahkan semasa pendaftaran dibuat. Sijil penyertaan akan diserahkan hanya selepas bayaran selesai diterima. 18.3. Resit haruslah di simpan sebagai bukti pembayaran. 18.4. Bayaran tidak akan di kembalikan. 21 HAL-HAL LAIN 19.1. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab untuk sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kecederaan, kematian, kehilangan harta benda dan lain - lain ke atas para peserta sebelum, semasa dan selepas pertandingan. 19.2. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas kos pengangkutan, penginapan dan makan minum pasukan. 19.3. Pihak penganjur juga berhak untuk membuat keputusan untuk sebarang kejadian yang tidak termaktub di dalam syarat - syarat dan Peraturan Pertandingan. 19.4. Jawatankuasa Kejohanan ini berhak membuat sebarang perubahan dalam perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat-syarat kejohanan ini. Semua keputusan Jawatankuasa ini adalah Mutlak dan Muktamad. 19.5 Sebarang pertanyaan hendaklah diajukan kepada En S. Mugunen A/L Chendu di talian 019 - 773 6105.

You might also like