You are on page 1of 6

JAWATANKUASA TEKNIK SEPAK TAKRAW

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA


MELAKA.

PERATURAN-PERATURAN
PERTANDINGAN
(Peringkat Negeri)

Disediakan oleh :

Jawatankuasa Teknik
Sepaktakraw
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Melaka.
2019

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA MELAKA


[MSSM MELAKA]
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW

0
MSS MELAKA TAHUN 2019

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN.

1. NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan ini dinamakan “Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah-
Sekolah Melaka Tahun 2019.

2. PENGELOLAAN.
Pertandingan ini dikelolakan oleh Jawatankuasa Pengelola Permainan Sepak Takraw
MSS Melaka dan Jawatankuasa Teknik Sepak Takraw MSS Melaka.

3. UNDANG-UNDANG PERMAINAN.
Kejohanan ini dijalankan mengikut undang-undang permainan Gabungan Sepak
Takraw Antarabangsa (ISTAF) yang berkuatkuasa pada masa ini termasuk pindaan-
pindaan undang-undang terkini Peraturan AM MSSM .

3.1 Tinggi jaring bagi sekolah rendah ialah 4’ 8”


3.2 Tinggi jaring bagi sekolah menengah ialah 5’ 1”
3.3 Bola sepak takraw yang digunakan ialah :
3.3.1 BOLA SINTETIK GAJAH EMAS 311 (Rendah)
3.3.2 BOLA SINTETIK GAJAH EMAS 511 (Menengah)

4. JENIS-JENIS PERTANDINGAN.
4.1 Pertandingan ini akan dijalankan secara “Antara Regu”:
4.1.1 Peringkat umur Bawah 12 Tahun - Sekolah Rendah
4.1.2 Peringkat umur Bawah 15 Tahun - Sekolah Menengah
4.1.3 Peringkat umur Bawah 18 Tahun - Sekolah Menengah
4.2 Umur pemain dikira pada 1 JANUARI 2019.

5. KAD PENGENALAN / SURAT BERANAK


5.1 Bagi pemain Bawah 15 tahun dan Bawah 18 tahun (Sekolah Menengah),
DIWAJIBKAN membawa kad pengenalan pada setiap kali pertandingan.
Salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh Pengetua mesti diserahkan
kepada pengelola bersama-sama Borang Pendaftaran Pemain.
5.2 Bagi pemain Bawah 12 tahun (Sekolah Rendah), DIWAJIBKAN membawa
salinan surat beranak setiap kali pertandingan. Salinan surat beranak yang
telah disahkan oleh Guru Besar mesti diserahkan kepada pengelola bersama-
sama Borang Pendaftaran Pemain.

6. PENYERTAAN / PERTANDINGAN
6.1 Bagi acara antara REGU bawah umur 12, 15 dan 18 tahun ke bawah,
mengandungi 1
REGU bagi setiap pasukan dengan 3 orang pemain bagi setiap regu dan 2
pemain simpanan.
6.2 Hanya pemain-pemain yang telah didaftarkan sahaja diakui sah dan layak
menyertai
kejohanan ini.
6.3 Seorang pemain hanya dibenarkan untuk didaftarkan / bermain untuk satu
regu / sekolah sahaja sepanjang pertandingan peringkat negeri.

7. PEMAIN GANTIAN.

1
Setiap regu dibenarkan membuat DUA gantian pemain sahaja pada bila-bila masa
yang diperlukan pada setiap kali perlawanan.

8. PINDAAN SENARAI ASAL.


Sesebuah pasukan hanya dibenarkan membuat pindaan senarai asal pemain atau
regunya sebelum pasukan itu bermain dalam perlawanan pertama di pusingan
awal.

9. MENYERAHKAN SENARAI SUSUNAN REGU.


9.1 Regu yang dijadualkan bermain hendaklah diserahkan senarai nama
pemainnya kepada Pengadil Rasmi / Pengadil Pertandingan LIMA BELAS MINIT
sebelum perlawanan dimulakan.
9.2 Senarai nama yang telah diserahkan kepada Pengadil Rasmi / Pengadil
Pertandingan tidak dibenarkan dibuat sebarang pindaan.

10. PENANGGUHAN PERTANDINGAN.


10.1 Semua pertandingan mestilah mengikut jadual pertandingan yang telah
ditetapkan oleh pengelola.
10.2 Sesuatu pertandingan yang terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab
gangguan cuaca atau ‘Cuti Tergempar’, maka pertandingan tersebut
hendaklah dijalankan pada keesokan hari persekolahan di tempat dan pada
masa yang sama (Kecuali jika ada persetujuan lain yang dicapai atas
perundingan kedua-dua pengurus pasukan).

11. GELANGGANG PERTANDINGAN.


Gelanggang perlawanan akan ditetapkan oleh pengelola atas persetujuan
Jawatankuasa Teknik Sepak Takraw MSS Melaka.

12. PENGADIL DAN PENGADIL GARISAN.


12.1 Pengadilan sepanjang kejohanan ini akan diadili oleh Pengadil MSSM /
Pengadil PESMA / pengadil yang bertauliah.
12.2 Penjaga Garisan akan disediakan oleh pihak pengelola kejohanan. Penjaga
garisan boleh terdiri sama ada daripada kalangan guru / pemain gantian /
pelajar daripada pasukan yang bertanding / pengelola.

13. BAYARAN PENGADIL.


Bayaran pengadil diuruskan oleh pihak penganjur sebanyak RM10.00 setiap
perlawanan melalui duit pembayaran RM50.00 setiap sekolah..

14. PAKAIAN / JERSEY PEMAIN.


14.1 Semua jersi pemain / T. Shirt pemain hendaklah bernombor di bahagian
belakang dan depan. Setiap pemain hendaklah diberi satu nombor tetap
sepanjang kejohanan.
14.2 Hanya nombor 1 hingga 99 dibenarkan untuk digunakan oleh setiap pasukan
yang bertanding. Nombor ini hendaklah berukuran tidak kurang dari 19 cm
tinggi dan 10 cm dihadapan.
14.3 Arm Band hendaklah dipakai oleh Ketua Pasukan di lengan tangan kiri setiap
regu yang bertanding.

15. MINUMAN PEMAIN.


Setiap pasukan dikehendaki membawa sendiri minuman bagi pemain dan
pegawai masing-masing.

16. SISTEM PERTANDINGAN ANTARA REGU

2
16.1 Pusingan Awal - Liga Dalam Kumpulan
16.1.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga kumpulan
16.1.2 Kumpulan perlawanan akan ditentukan melalui undian yang
akan
dijalankan sebelum hari pertandingan dijalankan.(Mesyuarat
Pengurus
Pasukan)
16.1.3 Bagi sesebuah sekolah yang tidak menghantar wakil pada
mesyuarat
pengurus-pengurus pasukan dianggap sekolah tersebut tidak
berminat
dan tidak akan mengambil bahagian kecuali ada proksi

16.2 Pusingan Kedua hingga Akhir


16.2.1 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
16.2.2 Jika sekiranya terdapat penyertaan yang banyak, hanya johan
kumpulan
sahaja yang layak ke pusingan berikut.

17. CARA MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI PERTANDINGAN LIGA


17.1 Jumlah MATA yang tertinggi
17.2 Kiraan perbezaan PUSINGAN daripada jumlah pusingan menang yang
diperolehi oleh pasukan berkenaan.
17.3 Kiraan perbezaan ANGKA-ANGKA MATA daripada jumlah mata yang
diperolehi oleh pasukan berkenaan.
17.4 Jika dua pasukan sahaja yang terlibat, maka pasukan yang telah
mengalahkan lawannya akan dikira menang.
17.5 Jika tiga atau lebih pasukan yang terlibat, maka keputusan MUKTAMAD akan
ditentukan dengan perlawanan semula antara pasukan yang berkenaan
secara KALAH MATI dengan permainan 15 mata sahaja. Undian akan dibuat
bagi menentukan perlawanan.

18 SISTEM KIRAAN MATA.


18.1 Sepak mula dimulakan oleh pasukan yang menang undian dengan 3 kali
servis tanpa kira berjaya atau tidak perolehi mata.
18.2 Bila perkara batal dilakukan oleh sama ada bahagian sepak mula atau
penerima sepak mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan termasuk
melakukan sepak mula seterusnya.
18.3 Bagi pusingan awal hingga suku akhir, perlawanan akan dikira hingga ke mata
30. Apabila sampai ke mata ke 15 yang awal, kedua-dua pasukan akan
bertukar gelanggang dan meneruskan mata hingga ke mata akhir 30.
18.4 Bagi perlawanan separuh akhir dan akhir kiraan mata akan dikira hingga mata
21. Perlawanan akan dimainkan sebanyak 2 set. Jika set berkedudukan 1 – 1,
perlawanan akan ditentukan perlawanan set penentuan. Mata kemenangan
setiap set ialah 21 mata kecuali jika mata terikat pada 20 - 20, keputusan
akan berpandukan kepada mana-mana pasukan yang mendahului lawannya
dengan DUA mata asalkan tidak melebihi 25 mata. Bila berlaku
hitungan mata 20 - 20, Pengadil akan mengumumkan “LANJUTAN
SEHINGGA 25 MATA”dengan servis berselang sekali dimulai pasukan yang
baru mendapat mata ke 20.

19. HADIAH PERTANDINGAN


Hadiah-hadiah akan disediakan oleh pihak pengelola kepada pasukan yang
muncul sebagai JOHAN, NAIB JOHAN dan KETIGA bersama sahaja.

3
20. BANTAHAN.
20.1 Sesebuah pasukan berhak membuat bantahan melalui Pengurus Pasukan
dengan menggunakan Borang Bantahan Rasmi ( atas permintaan ) kepada
Lembaga Juri Rayuan dalam tempoh tiga puluh minit (30 minit) selepas
perlawanan yang dipertikaikan itu tamat.
20.2 Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan WANG TUNAI SEBANYAK
RM300.00 (RINGGIT MALAYSIA TIGA RATUS ) sebagai wang pertaruhan. Wang
pertaruhan ini tidak akan dikembalikan sekiranya BANTAHAN DITOLAK.
20.3 Lembaga Juri Rayuan yang akan bersidang adalah terdiri daripada:
20.3.1 Setiausaha Agung MSS Melaka
20.3.2 Pengerusi Teknik Sepak Takraw MSS Melaka
20.3.3 Pengerusi Pengelola Sepak Takraw MSS Melaka
20.3.4 Tiga orang Pengurus Pasukan yang berkecuali.
20.4 Lembaga Juri Rayuan berhak mendapatklan maklumat daripada mana-mana
pihak yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat
keputusan
20.5 Lembaga Juri Rayuan akan bersidang dalam masa 1 jam selepas menerima
bantahan / rayuan yang dibuat dan akan menyampaikan keputusan kepada
Jawatankuasa Pengelola.
20.6 Keputusan Lembaga Juri Rayuan adalah MUKTAMAD.

21. PENGGANTUNGAN / DENDA


21.1 Mana-mana pemain yang telah dikeluarkan daripada gelanggang oleh
pengadil kerana melakukan kesalahan akan serta merta digantung daripada
bermain pada satu perlawanan berikutnya sehinggalah Jawatankuasa
Tatatertib membuat keputusan.
21.2 Mana-mana pasukan yang telah mengesahkan penyertaan sama
ada secara lisan atau bertulis, tetapi menarik diri akan didenda
sebanyak RM300.00 (RINGGIT MALAYSIA TIGA RATUS SAHAJA)
21.3 Di samping denda, pihak Jawatankuasa Teknik Sepak Takraw MSSM
Melaka dan Jawatankuasa Pengelola Kejohanan akan melaporkan
kepada pihak-pihak berkenaan di JPM / PPD.

22. KEHILANGAN / KECEDERAAN


Pihak pengelola dan Jawatankuasa Teknik Sepak Takraw MSSM Melaka tidak akan
bertanggungjawab di atas kehilangan sebarang harta benda dan kecederaan
yang berlaku kepada pemain sepanjang kejohanan.

23. HAK PENGERUSI PENGELOLA.


23.1 Pengerusi Pengelola berhak menentukan tempat bagi perlawanan Liga /
Suku akhir / Separuh Akhir / Akhir.
23.2 Pengerusi Pengelola berhak membuat pindaan tarikh, masa dan tempat
perlawanan jika difikirkan munasabah.

24. AM.
Semua perkara yang dinyatakan dalam Peraturan Pertandingan ini telah
diputuskan oleh Jawatankuasa Teknik Sepak Takraw MSSM Melaka dan
Jawatankuasa Pengelola Sepak Takraw MSSM Melaka. Segala keputusan yang
telah dibuat adalah MUKTAMAD.

Disediakan oleh,
Jawatankuasa Teknik Permainan
Sepak Takraw MSSM Melaka.

4
5

You might also like