You are on page 1of 7

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN BOLA TAMPAR NEGERI ( MENENGAH )

1. Nama kejohanan : Pertandingan Bola Tampar Bawah 18 Tahun Peringkat Negeri

2. Tarikh Kejohanan : ………………………………………

3. Tempat Kejohanan : ……………………………………………………………………

4. Tujuan :

4.1.1. Meningkatkan taraf dan mutu permainan bola tampar di peringkat negeri.
4.1.2. Mempopularkan permainan bola tampar di sekolah-sekolah
4.1.3. Mengeratkan persahabatan serta mengamalkan semangat kesukanan di kalangan
pelajar.
4.1.4. Memilih pemain yang layak mewakili pasukan KL ke MSSM

5. Kelayakan penyertaan :

5.1 Hanya 4 sekolah ( semi-finalists) setiap daerah ke peringkat negeri.

5.2 Kedua-dua pasukan L/P18 SMJK Chong Hwa layak ke peringkat negeri secara ‘wild card’.

5.3 Ianya sebagai penghargaan dan penghormatan kepada sekolah tersebut kerana menjadi

Pengelola Peringkat Negeri L/P18 tahun sejak sekian lama.

6. Kelayakan Peserta :

6.1 Semua pemain MESTI terdiri daripada pelajar sekolah DAERAH masing-masing.

6.2 Semua pemain MESTI berumur 18 tahun dan ke bawah.

6.3 Pemain sekolah yang bukan warganegara dibenarkan bermain.

6.4 ‘ Import player ‘ dari sekolah yang bukan semi-finalist dalam DAERAH yang sama dibenarkan -

tiada had jumlah pemain.

6.5 Semua urusan ‘ import player ‘ di uruskan oleh pasukan/sekolah terbabit.

6.5 Pemain dari sekolah sukan dibenarkan bermain – ikut DAERAH sekolah asal

7. Keanggotaan Pasukan

7.1 Setiap pasukan mesti terdiri dari tidak lebih daripada 12 orang pemain dan tidak kurang

dari 6 orang pemain.


7.2 Pasukan tersebut boleh tanpa pemain Libero atau ada pemain Libero ( 1 atau 2 ).

7.3 Hanya pemain yang didaftarkan sahaja akan dibenarkan atau layak bertanding.

7.6 Penambahan atau pertukaran pemain tidak dibenarkan selepas pendaftaran dilakukan.

7.7 Setiap pasukan sekolah mesti diiringi oleh sekurang-kurangnya seorang guru.

7.8 Jurulatih luar tidak dianggap sebagai guru pengiring atau jurulatih rasmi sekolah.

7.9 Jurulatih tersebut tidak boleh berada di kawasan permainan semasa pasukan sekolah

tersebut sedang bermain.

7.10 Kecuali Jurulatih tersebut ada surat pengesahan dari sekolah terbabit ( bawa surat tersebut
sekali dengan borang pendaftaran pemain. Mesti berpakaian kemas dan sopan )

8. Pakaian Seragam :

8.1 Semua sekolah terlibat mesti memakai pakaian seragam.

8.2 Keseragaman pakaian hanya dihadkan pada jersi ( baju ) sahaja.

8.3 Jersi pemain mestilah bernombor dari 1 – 20 sahaja.

8.4 Warna jersi pemain Libero mesti berlainan dengan jersi pasukan.

8.5 Nombor mesti dicetak pada bahagian hadapan dan belakang jersi.

8.6 Saiz nombor jersi berukuran minima 15cm di bahagian dada dan minima 20cm di belakang.

9. Cara Pertandingan :

9.1 Undian kumpulan ( 4 kumpulan ) akan dilakukan semasa mesyuarat pengurus pasukan.

9.2 Peringkat kumpulan, suku akhir, separuh akhir dan akhir di jalankan – 3 set ( best of 3 )

9.3 Dua ( 2 ) sekolah teratas setiap kumpulan layak ke peringkat suku akhir. ( Undian Semula )

9.4 Setiap sekolah yang bertanding tidak akan berada di dalam daerah yang sama di peringkat kumpulan.

( Undian akan dibuat semasa mesyuarat pengurus pasukan )

9.5 Pada mata terikat ( 24 -24 atau 14-14 ), pasukan yang mendapat mata 25 atau 15, dikira sebagai

pemenang.

10. Pemberian Markah : ( Peringkat Kumpulan )

10.1 Sistem pemberian markah adalah seperti berikut :

Pasukan yang menang ….. 3 mata

Pasukan yang kalah ….. 1 mata


10.2 Sekiranya ada pasukan yang mendapat mata yang sama, kaedah berikut digunakan.

C = A/B

A – jumlah mata menang ( semua perlawanan )

B – jumlah mata kalah ( semua perlawanan )

C – nisbah mata

Pasukan yang mendapat nisbah mata ( C ) yang lebih tinggi dikira menang.

11. Saiz gelanggang, saiz bola dan ketinggian jaring :

11.1 Semua garisan adalah 5 cm lebar.

11.2 Ukuran gelanggang untuk kategori 18 tahun ke bawah adalah 9m x 18m

dimana garisan serang dilukis 3m selari dengan garisan tengah gelanggang.

11.3 Saiz bola untuk kategori 18 tahun ke bawah ialah 5.

11.4 Semua sekolah terlibat mesti membawa 1 biji bola pertandingan.

11.5 Ketinggian jaring :

1. Lelaki bawah 18 tahun – 2.43m


2. Perempuan bawah 18 tahun – 2.24m

12. Penarikan diri :

12.1 Setiap pasukan mesti berada di gelanggang 15 minit sebelum pertandingan mengikut

Jadual yang ditetapkan oleh penganjur.

12.2 15 minit sebelum pertandingan, acara lambung pilih ( toss-coin ) akan dijalankan.

12.3 Perlawanan akan dijalankan mengikut waktu di dalam jadual perlawanan.

12.4 Jika pasukan yang berkenaan tidak berada di gelanggang selepas 15 minit masa perlawanan

tanpa sebab yang munasabah, pasukan tersebut dianggap menarik diri dan kalah tanpa

bertanding.

12.5 Pasukan yang menarik diri itu akan menjawab secara bertulis kepada Pengarah, Unit Sukan

Kuala Lumpur beserta dengan denda sebanyak RM300.00.

12.6 Pasukan tersebut tidak dibenarkan bertanding pada tahun berikutnya. ( digantung 1 tahun )

13. Borang penyertaan :

13.1 Borang M01 hendaklah diisi dengan lengkap.

13.2 Nama penuh pemain, alamat rumah, no. IC, tingkatan/tahun, no. daftar pemain,

tarikh daftar sekolah. Pendaftaran secara online.

13.3 Akuan kebenaran ibubapa dan akuan pengetua/guru besar hendaklah dilengkapkan.

13.4 Borang M02 hendaklah diisi dengan lengkap.

13.5 Salinan IC ( depan/belakang ) yang telah disahkan oleh pihak sekolah hendaklah dikepilkan sekali

bersama dengan borang M01 secara individu. ( 1 pemain, 1 salinan IC ).

13.6 Semua borang tersebut hendaklah diserahkan kepada sekolah pengelola pada hari pertama

pertandingan atau mengikut kehendak sekolah pengelola.

14. Jadual Pertandingan

14.1 Jadual pertandingan akan disediakan oleh sekolah pengelola setelah undian dijalankan.

Jadual tersebut akan diagihkan kepada semua sekolah yang terlibat. Semua sekolah terlibat

dikehendaki mematuhi dan mengikut masa pertandingan seperti di dalam jadual.


15. Bantahan

15.1 Keputusan pengadil dalam setiap perlawanan adalah muktamad.

15.2 Segala bantahan akan dirujuk kepada Juri Rayuan dan keputusannya adalah muktamad.

15.3 Pada sesuatu perlawanan, sekiranya ada pasukan yang ingin membuat bantahan, Ketua

Pasukan hendaklah membuat bantahan secara lisan kepada pengadil bertugas.

15.4 Pada akhir perlawanan tersebut, Ketua Pasukan hendaklah menulis ‘ INGIN BANTAH’ pada

borang skor.

15.5 Pasukan tersebut dikehendaki menulis surat bantahan kepada Juri Rayuan dalam tempoh

1 jam setelah tamat perlawanan beserta wang cagaran sebanyak RM300.00

15.6 Juri Rayuan akan bersidang untuk memutuskan bantahan tersebut secepat mungkin.

15.7 Jika bantahan tidak munasabah, wang cagaran akan menjadi milik Jawatankuasa penganjur.

16. Juri Rayuan

16.1 Juri Rayuan bagi pertandingan ini terdiri daripada :

1. Pengerusi pengelola kejohanan

2. Pengerusi Teknik

3. Setiausaha pengelola kejohanan

4. Dua ( 2 ) orang pengurus pasukan ( guru ) dari pasukan berkecuali

17. Pengadil

17.1 Ketua Pengadil dan jawatankuasa pengelola akan menyediakan pengadil bagi pertandingan.

18. Hak Jawatankuasa Pengelola

18.1 Jawatankuasa Penganjur Pertandingan berhak untuk mengambil sebarang keputusan jika

timbul sesuatu masalah atau kemusykilan dalam pertandingan ini yang tidak dinyatakan

dalam Peraturan dan Undang-Undang Pertandingan ini dan keputusannya adalah

muktamad.

19. Anugerah Individu

19.1 Sijil Pencapaian akan diberikan kepada pasukan johan hingga tempat ke – 4 manakala Sijil
Penyertaan akan diberikan kepada semua pasukan yang bertanding di peringkat negeri.
19.2 Anugerah individu beserta sijil disediakan bergantung kepada Jawatankuasa Penganjur.

19.3 Ada 6 anugerah individu

1. Best Server

2. Best Setter

3. Best Blocker

4. Best Receiver

5. Best Spiker

6. MVP ( Most Valueable Player )

20.0 Hal-hal Lain


20.1 Setiap perlawanan akan dimulakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Walau
bagaimanapun Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak membuat pindaan jika perlu dan
memaklumkan kepada pasukan yang terlibat secepat mungkin.

20.2 Pegawai dan pemain pasukan yang bertanding sahaja dibenarkan masuk ke dalam gelanggang
atau duduk di bangku pemain simpanan.

20.3 Ahli-ahli pasukan yang dibenarkan duduk di bangku pemain simpanan semasa perlawanan
pasukannya adalah seperti di bawah; (Maksimum : 6 Pegawai)

Seorang Jurulatih
Pengurus
Pengetua / PK Koko
PT / Naib PT Zon
6 orang pemain simpanan
20.4 Jurulatih luar tidak dianggap sebagai pegawai atau jurulatih sekolah. Mereka tidak boleh
berada di gelanggang atau duduk di bangku pemain simpanan ketika perlawanan kecuali ada
surat pengesahan dari sekolah terbabit.

20.5 Pengurus dan Jurulatih Pasukan adalah bertanggungjawab terus ke atas disiplin pemain dari
pasukan daerah mereka.

20.5 Kehadiran penyokong adalah tidak dibenarkan sama sekali.

20.6 Sebarang pindaan peraturan kejohanan akan diumumkan sebelum kejohanan.

You might also like