You are on page 1of 7

PERATURAN AM & UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAK TAKRAW MSSR ZON BARAM HILIR

2018
1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang terbaru ISTAF (Gabungan Sepak Takraw
Antarabangsa yang dikuatkuasa pada masa ini) dan Peraturan Am MSSM.

2. JENIS PERMAINAN

2.1 Kejohanan ini dilaksanakan pertandingan secara regu.

3. PENGURUSAN

3.1 Kejohanan ini dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah Daerah Baram Hilir.
3.2 Urusan pengelolaan diuruskan oleh SK Sungai Setapang yang dilantik sebagai Pengelola Kejohanan.

4. PERATURAN

4.1 Selain daripada peraturan yang terkandung, maka kejohanan ini akan dijalankan mengikut undang-
undang ISTAF (Gabungan Sepak Takraw Antarabangsa) yang berkuatkuasa pada masa ini.
4.2 Kenyataan yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am MSSM atau undang-undang berkenaan akan
diputuskan seperti berikut:
4.2.1 Semua kejadian am akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan.
4.2.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan.
4.2.3 Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan adalah
muktamad.

5. PENYERTAAN / PENDAFTARAN
5.1 Penyertaan hanya kepada murid yang menghadiri persekolahan penuh di sekolah-sekolah rendah
Daerah Baram.
5.2 Had umur kelayakan ialah bawah 12 tahun dan mempunyai sijil lahir yang asal atau salinan yang telah
disahkan oleh Guru Besar sekolah berkenaan.
5.3 Setiap zon hanya layak menghantar satu pasukan hanya mengandungi 3 pemain utama dan had
maksimum 2 pemain simpanan.
5.4 Hanya pemain yang didaftarkan sahaja diakui sah dan layak menyertai kejohanan ini.
5.5 Pertukaran pemain yang telah didaftarkan boleh dibuat sebelum kejohanan dimulakan.
5.6 Setiap pemain mesti memakai jersi yang seragam dan bernombor.
5.7 Nombor jersi mestilah sama seperti didaftarkan dari awal hingga tamat pertandingan.
5.8 Dokumen-dokumen yang perlu diserahkan semasa pendaftaran pada hari kejohanan:
5.8.1 Borang pendaftaran pasukan yang diisi dengan lengkap.
5.8.2 Salinan surat beranak/kad pengenalan yang telah disahkan.
5.8.3 Sijil lahir berwarna merah (pendaftaran lewat) yang dibuat sebelum memasuki Tahun 1 layak
digunakan.

6. BOLA TAKRAW

6.1 Bola takraw berbentuk bulat dan ianya diperbuat daripada satu lapis fiber sintetik.
6.2 Bola takraw mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-
6.2.1 Mempunyai 12 lubang.
6.2.2 Mempunyai 20 pertemuan silang.
6.2.3 Ukuran garis lilitnya mestilah diantara 0.41 m hingga 0.43 m untuk pemain lelaki dan 0.42 m hingga
0.44 m untuk pemain wanita.
6.2.4 Berat bola sebelum dimainkan di antara 170 g hingga 180 g untuk pemain lelaki dan 150 g hingga
160 g untuk pemain wanita.
6.2.5 Bola takraw boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna dan warna yang terang tetapi tidak
mempunyai warna yang boleh mengganggu prestasi pemain.
6.2.6 Bola takraw juga boleh diperbuat daripada getah sintetik atau pun bahan lembut tahan lama (
durable material ) bagi membaluti permukaan bola dan ianya tidak akan boleh mencederakan
pemain. Pengeluar bola takraw ini hendaklah mendapat kelulusan daripada ISTAF sebelum
dimainkan di mana – mana kejohanan antarabangsa.

7. TIANG

7.1 Ketinggian tiang ialah 1.55 m (1.45 m untuk wanita) diukur dari permukaan gelanggang dan ianya
hendaklah teguh dan kukuh untuk regangan jaring. Jejarinya tidak melebihi 0.04 m.
7.2 Kedudukan tiang-tiang hendaklah didirikan 0.3 m jaraknya dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan
tengah gelanggang.

8. JARING

8.1 Jaring hendaklah diperbuat daripada nylon yang halus dan siratnya berukuran diantara 0.06 m hingga
0.08 m.
8.2 Lebar jaring adalah 0.7 m dan panjang jaring tidak kurang daripada 6.10 m dan selari dengan garisan
tengah gelanggang.
8.3 Di kedua-dua hujung jaring dilekatkan pita 0.05 m sebagai sempadan dari atas ke bawah dan
kedudukannya sebaris menegak dengan garisan tepi.
8.4 Di bahagian atas dan bawah jaring hendaklah dilapik dengan pita 0.05 m yang diperkuat dengan
benang atau nylon. Pita berfungsi sebagai pengampu tali regangan di atas paras tiang.
8.5 Ketinggian jaring di bahagian tengah adalah 1.52 m untuk lelaki dan 1.42 m untuk wanita, manakala di
bahagian tiang adalah 1.55 m untuk lelaki dan 1.45 m untuk wanita.

9. GELANGGANG

9.1 Luas gelanggang adalah 13.4 m x 6.1 m, bebas dari sebarang rintangan sehingga 8 m tinggi dari
permukaan lantai gelanggang.
9.2 Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.04 m diukur ke dalam dari penjuru ukuran
gelanggang.
9.2.1 Garisan Tengah
Garisan tengah selebar 0.02 m membahagikan gelanggang kepada dua bahagian yang sama
besar.
9.2.2 Garisan Suku Bulatan
Garisan Suku Bulatan hendaklah digaris dari garisan tepi ke garisan tengah berukuran jejari 0.9 m.
9.2.3 Bulatan Sepak Mula
Bulatan Sepak Mula berjejari 0.3 m hendaklah digariskan di tengah-tengah kiri dan kanan petak
gelanggang, di mana hendaklah 2.45 m dari garisan belakang gelanggang dan 3.05 m dari garisan
tepi gelanggang. Garisan 0.04 m lebar ini hendaklah diukur dan digaris menghala keluar dan
jejarinya 0.3 m.
9.2.4 Kawasan Bebas
Gelanggang hendaklah bebas daripada halangan sejauh 3.0 m daripada tepi garisan.
10. PEMAIN-PEMAIN

10.1 Setiap perlawanan dimainkan oleh 2 regu yang mana setiap regu mempunyai 3 orang pemain.
10.2 Salah seorang daripada pemain hendaklah berada di belakang yang dinamakan “Tekong”( Server).
10.3 Dua orang pemain lagi dinamakan “Apit” hendaklah berada di hadapan. Pemain di sebelah kiri
dinamakan “Apit Kiri” manakalah yang berada di sebelah kanan dinamakan “Apit Kanan”.
10.4 Mana-mana regu yang pemainnya kurang daripada 3 orang, tidak dibenarkan bermain di kejohanan
tersebut dan dianggap kalah.

11. SISTEM PERTANDINGAN

11.1 Pertandingan ini akan dikendalikan bergantung kepada jumlah penyertaan pada satu-satu
pertandingan.
11.2 Sebarang perubahan/pindaan adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Pengelolaan.

12. JADUAL PERTANDINGAN

12.1 Undian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan/Jawatankuasa Teknikal bersama-
sama pengurus pasukan bagi menentukan kedudukan regu-regu yang mengambil bahagian.
12.2 Jadual pertandingan tidak akan disediakan kepada setiap pasukan semasa pendaftaran.
12.3 Satu jadual pertandingan akan dipaparkan di kawasan pertandingan untuk rujukan semua pengurus
dan jurulatih pasukan.

13. SISTEM KIRAAN MATA

13.1 Sistem kiraan 30 mata akan digunakan dalam kejohanan ini.


13.2 Tukar petak gelanggang akan dilakukan apabila mana-mana regu mencapai 15 mata pertama dan mata
tadi diteruskan sehingga mana-mana regu yang mencapai 30 mata terdahulu dianggap pemenang.
13.3 Tiada tambahan mata.
13.4 Tiada pusingan ‘ tie break’.

14. PERALATAN / PAKAIAN PEMAIN

14.1 Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan sepaktakraw. Mana-
mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola, meninggikan pemain atau mempercepatkan
pergerakan pemain dan membahayakan pemain adalah dilarang sama sekali.
14.2 Pasukan yang bertanding hendaklah memakai warna jersi yang berlainan.
14.3 Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua set jersi yang berlainan warna. Jika
kedua-dua pasukan yang bertanding memakai warna jersi yang sama maka jersi pasukan tuan rumah
hendaklah ditukar.
14.4 Pemain hendaklah memakai Jersi, seluar pendek, stoking, dan kasut sukan bertapak getah dan tidak
bertumit. Pakaian adalah merupakan sebahagian daripada anggota badan. Jersi hendaklah
dimasukkan ke dalam seluar.
14.5 Semua pakaian pemain hendaklah bernombor di bahagian depan dan belakang. Setiap pemain
hendaklah memakai nombor jersi dari 1 hingga 36 yang sama untuk keseluruhan kejohanan.
14.6 Nombor hendaklah berukuran tidak kurang dari 19 cm tinggi di bahagian belakang dan berukuran tidak
kurang 10 cm di bahagian depan di bahagian tengah dada.
14.7 Nama pemain atau zon yang diwakili hendaklah dicetak di belakang bahagian atas nombor pakaian
dengan jelas.
14.8 Pakaian pemain boleh mempunyai logo penaja di bahagian hadapan pakaian pemain dimana haruslah
mengikut peraturan pertandingan.
14.9 Logo atau lambang melainkan logo pengeluar pakaian tidak boleh diletakkan.

15. PERTUKARAN/GANTIAN PEMAIN

15.1 Gantian pemain boleh dibenarkan pada bila-bila masa dengan menunjukkan kad nombor jersi pemain
yang hendak keluar semasa bola tidak di dalam permainan.
15.2 Setiap Regu dibenarkan membuat 2 pertukaran pemain bagi setiap set. Pemain yang telah keluar
dibenarkan masuk semula atau menggunakan pemain simpanan yang lain.
15.3 Jika Regu memulakan set dengan pemain yang berbeza dari set yang sebelumnya, maka dianggap
pertukaran telah dilakukan untuk set yang baru.
15.4 Setiap regu dibenarkan membuat pertukaran pemain atas sebab kecederaan sekiranya kedua-dua
pertukaran pemain belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran pemain telah
dilakukan, maka perlawanan dihentikan dan regu ini dianggap kalah.
15.5 Jika pemain diperintah keluar gelanggang (dikenakan kad merah) maka regu tersebut dibenarkan
membuat pertukaran pemain sekiranya kedua-dua pertukaran masih belum dilakukan di dalam set
tersebut. Jika kedua-dua pertukaran telah dilakukan dalam set tersebut, maka perlawanan akan
ditamatkan dan regu pemain yang dikenakan kad merah dianggap kalah.

16. UNDIAN DAN WARM-UP

16.1 Sebelum permainan dimulakan, Pengadil akan membuat undian dengan kehadiran kedua-dua ketua
regu.
16.2 Ketua regu yang memenangi undian akan memilih sama ada
(i) Sepak Mula atau
(ii) Petak gelanggang.
16.3 Regu yang kalah undian hendaklah memilih baki pilihan Regu yang menang undian. Kedua-dua Regu
hendaklah mematuhi arahan Pengadil.
16.4 Regu yang memenangi undian akan memulakan ‘Warm-Up’ selama 2 minit dan diikuti oleh regu yang
satu lagi.

17. KEDUDUKAN PEMAIN SEMASA SEPAK MULA

17.1 Apabila permainan hendak dimulakan, semua pemain mestilah berada dalam petak gelanggang
masing-masing dalam keadaan bersedia.
17.2 Sebelah kaki Tekong hendaklah berada di dalam bulatan sepak mula sebelum Pengadil mengumumkan
mata. Sebelah lagi kakinya mestilah berada di luar bulatan sepak mula untuk menyepak bola.
17.3 Kedua-dua apit bagi regu yang membuat sepak mula mestilah berada di dalam suku bulatan masing-
masing.
17.4 Pemain regu lawan bebas berada di mana-mana kawasan di dalam petak gelanggangnya.

18. PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA.

18.1 Setiap perlawanan dikendalikan oleh


18.1.1 Seorang Pengadil ( berada di salah satu hujungJaring )
18.1.2 Seorang Pembantu Pengadil ( berada bertentangan dengan Pengadil )
18.1.3 Seorang Pengadil Rasmi ( berada di belakang Pengadil )
18.1.4 Seorang Pengadil Garisan dipenjuru belakang garisan gelanggang sebelah kanan Pengadil
18.1.5 Seorang lagi Pengadil Garisan di penjuru belakang garisan gelanggang sebelah kanan Pembantu
Pengadil.
18.1.6 Pengadil akan dibantu oleh Pengadil Rasmi dan Pembantu pengadil.
18.2 Regu melakukan sepak mula ( servis ) dan pertukaran servis akan berlaku sekiranya pasukan lawan
mendapat mata. Pertukaran sepak bergilir-gilir selepas tiga (3) mata, tanpa mengira mana-mana pihak
yang mendapat mata.
18.3 Bola melurut dikira satu (1) sentuhan apabila menyentuh mana-mana bahagian badan pemain dari
bawah leher dan melurut ke mana-mana bahagian badan yang dibenarkan dengan tidak disengajakan.
18.4 Regu yang menerima servis akan melakukan servis pada set seterusnya.
18.5 Tukar petak sebelum memulakan setiap set.
18.6 Pada set ketiga, tukar petak apabila mana-mana regu mencapai mata 11.
18.7 Apabila Pengadil mengumumkan ’MATA, ( Nama Regu atau Negara )’ regu tersebut mempunyai 15
saat untuk bersedia bagi melakukan sepak mula seterusnya dengan sebelah kaki tekong berada
didalam bulatan sepak mula. Sekiranya mana-mana regu melengah-lengahkan amaran lisan akan
diberikan.
18.8 Campakan hendaklah dilakukan oleh apit setelah Pengadil mengumumkan mata. Sekiranya apit
membuat campakan sebelum Pengadil mengumumkan mata, maka campakan semula hendaklah
dilakukan oleh apit dan amaran lisan akan diberi oleh Pengadil kepada pemain tersebut. Jika pemain
masih melakukan kesalahan yang sama maka campakan itu dianggap batal.
18.9 Sebaik sahaja tekong melakukan sepak mula, semua pemain bebas bergerak di dalam gelanggang
masing-masing.

19. PERKARA-PERKARA BATAL

19.1 Pihak Sepak Mula


19.1.1 Apit yang membuat campakan, memain - mainkan bola ( menghempas, mencampak, memberi bola
kepada pemain lain dan lain - lain cara ) selepas pengadil mengumumkan mata.
19.1.2 Mana – mana Apit mengangkat kaki atau memijak garisan tengah atau melintasi atau menyentuh
jaring semasa membuat campakan untuk sepak mula.
19.1.3 Tekong mengangkat kaki ( kaki yang tidak menyepak berada dalam bulatan sepak mula ) semasa
melakukan sepak mula atau kaki terkeluar garisan bulatan sepak mula semasa melakukan sepak
mula.
19.1.4 Tekong (server) tidak menyepak bola yang dicampak kepadanya.
19.1.5 Bola menyentuh pemain regunya terlebih dahulu sebelum melepasi ke gelanggang lawan.
19.1.6 Bola melintasi jaring tetapi jatuh di luar gelanggang.
19.1.7 Bola tidak melepasi gelanggang lawan.
19.1.8 Pemain menggunakan tangan atau lain - lain bahagian tangan semasa melakukan sepakan
walaupun tangan tidak menyentuh bola tetapi menyentuh lain objek bagi membantu melakukannya.
19.1.9 Apit yang membuat campakan, mencampakkan bola sebelum Pengadil
mengumumkan mata buat kali kedua.

19.2 Pihak Sepak Mula Dan Penerima Sepak Mula.


19.2.1 Melakukan tingkah-laku yang boleh menganggu, membuat bising atau menengking pihak lawan.

19.3 Kedua-dua Pihak Semasa Permainan.


19.3.1 Mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan pihak lawan.
19.3.2 Mana-mana bahagian anggota pemain memasuki kawasan gelanggang lawan sama ada di atas
atau di bawah jaring kecuali semasa ‘follow –through’.
19.3.3 Memainkan bola melebihi tiga kali berturutan.
19.3.4 Bola menyentuh tangan.
19.3.5 Memberhentikan atau mengepit bola di bawah tangan / lengan antara kedua - dua paha / kaki atau
badan.
19.3.6 Sebarang anggota atau peralatan pemain seperti kasut, jersi, pelilit kepala dan lain-lain menyentuh
jaring, tiang, kerusi pengadil atau jatuh ke kawasan gelanggang lawan.
19.3.7 Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain-lain benda.
19.3.8 Mana - mana pemain memegang atau menyentuh objek bagi membantu melakukan sepakan.

20. REHAT (TIME-OUT)

20.1 Setiap Regu berhak meminta satu minit rehat ( time out ) sekali untuk setiap set.
20.2 Rehat boleh diminta oleh Pengurus Pasukan atau Jurulatih semasa bola tidak berada dalam
permainan.

21. PERMAINAN TERGENDALA

21.1 Pengadil boleh memberhentikan permainan jika berlaku halangan, gangguan atau pemain tercedera
dan memerlukan rawatan segera tidak melebihi 5 minit untuk setiap regu.
21.2 Pemain yang tercedera dibenarkan menggunakan masa selamat 5 minit untuk waktu kecederaan. Jika
selepas 5 minit, pemain tidak berupaya bermain, maka gantian pemain mestilah dibuat. Jika regu ini
telah membuat kedua-dua pertukaran pemain maka regu lawan akan dikira sebagai pemenang. Waktu
kecederaan hendaklah tidak melebihi 5 minit.
21.3 Cuma Pengadil Rasmi sahaja boleh memberhentikan perlawanan apabila berlaku gangguan atau
halangan dengan kebenaran Jawatankuasa Pertandingan.
21.4 Semasa tempoh permainan diberhentikan, semua pemain tidak dibenarkan keluar dari gelanggang
kecuali dengan kebenaran Pengadil Rasmi.

22. TATATERTIB ( DISIPLIN)

22.1 Semua pemain mestilah mematuhi Undang -Undang Permainan.


22.2 Hanya Ketua Regu sahaja dibenarkan berjumpa Pengadil jika ada sebarang pertanyaan atau inginkan
kepastian mengenai keputusan yang dibuat dan Pengadil hendaklah memberi penerangan terhadap
keputusan yang telah dibuatnya.
22.3 Pengurus / Jurulatih Rasmi dan Pegawai dilarang membantah keputusan Pengadil semasa
pertandingan sedang berjalan. Ini boleh menjejaskan kelancaran pertandingan. Tindakan disiplin boleh
diambil terhadap pegawai berkenaan.
22.4 Tindakan akan diambil terhadap Pegawai - Pegawai Pasukan yang berkelakuan buruk atau
menimbulkan kekacauan semasa kejohanan dijalankan sama ada di dalam atau di luar gelanggang.

23. MENARIK DIRI

23.1 Regu yang lewat 15 minit daripada masa yang dijadualkan tanpa sebab yang munasabah akan
dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan tanpa bertanding.
23.2 Menarik diri/‘walkover’ sebelum kejohanan berlangsung adalah dibenarkan.
23.3 Keputusan-keputusan pertandingan yang terdahulu (sistem liga sahaja) tidak akan diambil kira bagi
regu yang menarik diri atau memberi kemenangan percuma kepada lawannya.
24. BANTAHAN / RAYUAN

24.1 Semua bantahan/rayuan hendaklah dikemukakan oleh pengurus/jurulatih pasukan sahaja kepada Juri
Rayuan dengan menggunakan borang yang disediakan di meja urusetia tidak lewat daripada 1 jam
selepas perlawanan tamat.
24.2 Sebarang bantahan/rayuan lebih daripada 1 jam selepas perlawanan berkenaan tidak akan dilayan.
24.3 Setiap bantahan yang dibuat mesti disertakan dengan bayaran wang tunai RM100 (Ringgit Malaysia
Satu Ratus sahaja)
24.4 Sekiranya bantahan/rayuan didapati tidak wajar, maka wang rm100 akan hangus tetapi sekiranya
berjaya, ia akan dipulangkan kembali.

25. PENGGANTUNGAN

25.1 Mana-mana pemain yang telah dikeluarkan daripada gelanggang oleh pengadil yang bertugas, maka
dengan serta-merta digantung bermain pada satu perlawanan berikutnya sehingga Jawatankuasa
Tatatertib membuat keputusan.

26. JAWATANKUASA TATATERTIB

26.1 Jawatankuasa Tatatertib akan bersidang dalam masa 1 jam setelah laporan pengadil atau pegawai
pertandingan disampaikan dan membuat keputusan jika tindakan tatatertib perlu diambil.
26.2 Jawatankuasa ini berhak mendapat maklumat daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan
perkara yang dibincangkan untuk membuat keputusan.
26.3 Jawatankuasa Tatatertib terdiri daripada Pengerusi Kejohanan, Pengelola Kejohanan, Pengawai
Teknikal dan Ketua Pengadil.

27. PENGADIL / PENJAGA GARISAN

27.1 Semua perlawanan akan diadili oleh pengadil-pengadil yang dilantik oleh pengelola kejohanan.
27.2 Segala keputusan yang telah dibuat oleh pengadil yang bertugas berkaitan undang-undang permainan
adalah muktamad.
27.3 Ketua Pengadil/Pengadil Rasmi mempunyai kuasa penuh/kuasa mutlak untuk membuat keputusan atas
sebarang permasalahan atau pertikaian mengenai undang- undang, peraturan dan keputusan
permainan sepanjang kejohanan berlangsung.

28. PERATURAN AM

28.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Pengelola Kejohanan.
28.2 Sebarang perubahan/pindaan tertakluk kepada Jawatankuasa Pengelola Kejohanan.
28.3 Semua keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan adalah muktamad.

You might also like