You are on page 1of 3

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN RAGBI

BAWAH 12 TAHUN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH SELANGOR

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Undang-undang Permainan Ragbi Rimau (B12) MSSM yang terkini akan diguna pakai.
2. KELAYAKAN PEMAIN
2.1. Peserta-peserta yang dilahirkan pada 1 Januari tahun Pertandingan dan ke bawah
sahaja yang boleh didaftarkan untuk kejohanan ini. (Umur 12 tahun dan ke bawah
pada 1 Januari tahun yang berkenaan).
2.2. Semua peserta mestilah pelajar-pelajar yang didaftarkan dalam Jadual Kedatangan
Sekolah (bonafide) yang bergabung dengan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Selangor.
2.3. Hanya Salinan Kad Pengenalan atau Surat Beranak yang telah disahkan
diterima pakai sebagai bukti umur. Pengurus Pasukan hendaklah bersedia
menunjukkan kad pengenalan/ Surat Beranak jika diminta oleh pihak pengelola
pertandingan pada bila-bila masa. Seseorang peserta yang hilang kad pengenalan
mestilah mempunyai surat pengesahan dengan gambar dari Pihak Pendaftaran
Negara (Borang JPN 1/11).
2.4. Setiap Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah mesti menghantar Satu (1) pasukan
sahaja.
3. BILANGAN PEMAIN
Setiap pasukan boleh mendaftar 12 (dua belas) orang pemain dan 2 orang pegawai.
4. PENDAFTARAN PEMAIN
Pengurus pasukan hendaklah mendaftarkan senarai pemain lengkap menggunakan Borang
R01 dan R02 bersama-sama salinan kad pengenalan atau salinan surat beranak yang telah
disahkan semasa mesyuarat Pengurus Pasukan. Sebarang tambahan atau pertukaran tidak
diterima selepas pendaftaran.
5. SISTEM PERTANDINGAN
Sila rujuk peraturan AM MSSS / MSSM.
5.1
5.2

Pusingan Pertama mengikut Sistem Liga Dalam Kumpulan.


Pusingan Ke-dua mengikut Sistem Kalah Mati.

6. KEDUDUKAN DALAM LIGA


6.1.

6.2.

Untuk pertandingan sistem liga, mata berikut akan diberikan:


Menang
3 mata
Seri
1 mata
Kalah
0 mata
Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang
kumpulan akan ditentukan mengikut sistem berikut:
6.2.1.Pasukan yang mendapat lebih perbezaan skor dikira sebagai pemenang.
6.2.2.Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah skor yang terbanyak
dikira menang.

6.3.

6.2.3.Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira


menang.
6.2.4.Jika masih seri, jumlah pungutan Try terbanyak akan diambil kira.
6.2.5.Jika masih seri, pemenang akan ditentukan secara toss-coinsebanyak 3
kali.
Dalam pertandingan mengikut sistem kalah mati/ Perlawanan Akhir, jika berlaku seri
selepas sesuatu perlawanan, langkah-langkah berikut akan digunakan untuk
menentukan pemenang:
6.3.1.Masa tambahan 5 minit sehala akan diberikan, dan perlawanan dijalankan
mengikut sistem Sudden Death.
6.3.2.Jika masih seri, pemenang akan ditentukan secara toss-coin sebanyak 3
kali.

7. MASA PERLAWANAN
7.1.
7.2.

Masa bagi pertandingan pusingan awal hingga perlawanan akhir ialah 10 minit 2
minit (rehat) 10 minit.
Jika sesuatu perlawanan terpaksa diberhentikan kerana sesuatu sebab yang
tertentu dan perlawanan itu telah pun dijalankan 15 (lima belas) minit, maka
keputusan pada masa perlawanan itu diberhentikan diambil kira.

8. PERTUKARAN PEMAIN
Semaksima lima (lima) orang pemain boleh digantikan pada bila-bila masa dalam setiap
perlawanan. Pemain yang telah keluar padang tidak dibenarkan bermain semula dalam
permainan yang sama.
9. ARAHAN KELUAR PADANG
9.1.
9.2.

Pemain atau pemain-pemain yang dihantar keluar padang oleh pengadil Sin Bin
(kad kuning) akan berada di luar padang selama 2 minit.
Pemain atau pemain-pemain yang dihantar keluar padang oleh pengadil (kad
merah) tidak dibenarkan bermain dalam perlawanan berikutnya. Jawatankuasa
Tatatertib dan Disiplin/ Juri Rayuan akan memutuskan
tindakan yang akan
dikenakan seterusnya.

10. MASA MELAPOR


10.1
10.2

Semua pasukan mestilah bersedia 5 minit sebelum masa perlawanan.


Semua Pengurus Pasukan mesti menghantar senarai pemain 10 minit sebelum
masa perlawanan kepada Pegawai Pertandingan.
10.3 Setiap pasukan mestilah mengandungi sekurang-kurang 5 pemain untuk
memulakan perlawanan. Jika tidak, kemenangan percuma akan diberikan kepada
lawannya dengan skor 15 0.
10.4 Jika satu pasukan tidak melaporkan diri kepada pengadil 5 minit selepas masa yang
ditentukan maka perlawanan tersebut akan dibatalkan/ kemenangan percuma (walk
over) akan diberikan kepada pasukan yang melaporkan diri dengan mata
kemenangan 15-0.
11. BANTAHAN
11.1
11.2

Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Pengelola


Pertandingan atau wakilnya dalam masa 30 (tiga puluh) minit selepas tamatnya
perlawanan berkenaan.
Bermain di bawah bantahan adalah dibenarkan. Jika bantahan berjaya keputusan
kemenangan ialah 15 - 0 diberikan kepada pihak yang membuat bantahan.

11.3

Setiap bantahan (11.1 dan 11.2) mestilah disertakan dengan wang tunai sebanyak
RM200.00 (Ringgit Malaysia:Dua Ratus Sahaja) dan wang itu tidak akan
dikembalikan jika bantahan tidak berjaya.

12. JURI RAYUAN


Semua bantahan / rayuan akan diputuskan oleh Juri Rayuan yang terdiri daripada Pengerusi
Pengelola atau wakilnya sebagai Pengerusi, Setiausaha Pengelola atau wakilnya sebagai
Setiausaha, Pengerusi Teknik & Pembangunan Ragbi MSSS dan 2 (dua) orang Pengurus
Pasukan yang tidak terlibat.
13. PENGADIL-PENGADIL
Pengadil-pengadil hendaklah dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola dengan kerjasama
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor.
14. PENALTI
Jawatankuasa pengelola berhak mengenakan penalti kepada pasukan yang melanggar
peraturan-peraturan yang boleh disabitkan (Peraturan 2, 3, 8, 9 dan 10).
15. PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN
Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak mentafsirkan segala perkara yang tidak disiarkan
di dalam Undang-Undang / Peraturan Pertandingan ini dan keputusannya muktamad.

You might also like