You are on page 1of 3

1.

UNDANG-UNDANG PERMAINAN Undang-undang permainan Ragbi Bawah 12 tahun dan undang-undang IRB yang terkini akan diguna pakai 2. KELAYAKAN PERMAIN-PERMAIN 2.1. Pemain-pemain hendaklah di bawah umur 12 tahun pada 1 Januari tahun 2012 2.2. Pemain-pemain mestilah pelajar-pelajar yang bonafide, iaitu pelajar-pelajar yang didaftarkan dalam jadual kedatangan sekolah 2.3. Hanya kad pengenalan/salinan surat beranak yang disahkan sahaja diterima sebagai bukti umur. 3. BILANGAN PESERTA Setiap pasukan boleh mendaftar 12 orang permain dan 2 orang pegawai. Tiap-tiap sekolah boleh menghantar tidak lebih daripada 1 pasukan melainkan ada kesanggupan pihak pengelola membuat ketetapan lain dalam peraturan pertandingan pada tahun tersebut. 4. PENDAFTARAN PESERTA Pengurus pasukan hendaklah mendaftarkan pemain-pemain bersama-sama dengan kad pengenalan/salinan surat beranak selewat-lewat sebelum bermulanya perlawanan pertama pada hari pertandingan. Sebarang tambahan atau penukaran selepas itu tidak diterima. 5. SISTEM PERTANDINGAN Sila rujuk buku sistem pertadingan ragbi U12 MSSM 6. KEDUDUKAN DALAM LIGA/KALAH MATI 6.1. Untuk pertandingan secaraliga, mata berikut diberi: Menang seri kalah 3 mata 1 mata 0 mata

6.2. Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama , maka pemenang kumpulan akan ditentukan mengikut sistem berikut: 6.2.1. Pasukan yang mendapat lebih perbezaan skor jaringan dikira pemenang 6.2.2. Jika masih seri, pasukan yang mendapat try yang terbanyak dikira pemenang. 6.2.3. Jika masih seri juga, lambungan duit syiling akan diadakan.

7. MASA PERLAWANAN 7.1. Masa perlawanan 15 minit tanpa rehat akan digunakan 7.2. Masa perlawanan kumpulan Kalah (Bowl) 10 minit tanpa rehat digunakan 7.3. Pada perlawanan akhir masa yang digunakan ialah 10 minit 2 minit (rehat) 10 minit

8. PERTUKARAN PEMAIN 5 orang pemain boleh digantikan pada bila masa dalam setiap permainan. Pemain yang digantikan tidak boleh bermain semula pada perlawanan tersebut kecuali semasa drop-off. 9. HANTAR KELUAR PADANG Pemain atau pemain-pemain yang dihantar keluar padang oleh pengadil tidak dibenarkan bermain dalam perlawanan berikutnya. Jawatankuasa Rayuan akan memutuskan tidakan yang akan dikenakan seterusnya 10. MASA MELAPOR 10.1. Semua pasukan mestilah bersedia 5 minit sebelum masa perlawanan 10.2. Semua pengurus pasukan dikehendaki menghantarkan senarai pemain-pemainnya 5 minit sebelum masa perlawanannya kepada pegawai pertandingan 10.3. Setiap pasukan mesti mengandungi sekurang-kurangnya 5 pemain untuk memulakan perlawanan, jika tidak kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawannya 10.4. Jika kedua-dua pasukan tidak melaporkan diri kepada pengadil 5 minit selepas masa yang ditentukan, perlawanan itu akan dibatalkan. 11. BANTAHAN 11.1. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pengelola Pertandingan dalam masa 30 minit selepas masa tamatnya perlawanan berkenaan 11.2. Bermain di bawah bantahan dibenarkan. Jika bantahan itu berjaya keputusan kemenangan ialah 15-0 diberikan kepada pihak yang membuat bantahan 11.3. Setiap bantahan mestilah disertakan dengan wang tunai RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus) dan wang ini tidak akan dikembalikan jika bantahan ini didapati tidak berjaya. 12. LEMBAGA RAYUAN Ahli Jawatankuasa Ragbi MSSM Melaka 2012 13. PENGADIL-PENGADIL Pengadil-pengadil dilantik oleh Jawantankuasa Pengelola dan Unit Sukan JPN Melaka

14. PENALTI Jawatankuasa Pengelola berhak mengenakan penalti kepada pasukan-pasukan yang melanggar peraturan-peraturan yang boleh disabitkan 15. PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak mentafsirkan segala perkara yang tidak disiarkan di dalam undang-undang/peraturan-peraturan pertandingan ini dan keputusan muktamad

You might also like