You are on page 1of 3

PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9

SEBELAH

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

SYARAT AM
1.1 Pertandingan ini adalah TERBUKA kepada lelaki dan perempuan
1.2 Borang penyertaan boleh diperolehi daripada AJK sukan
1.3 Serahan borang penyertaan boleh dibuat sebelum atau pada 19hb Ogos

2. SYARAT KELAYAKAN PEMAIN


2.1 Setiap pasukan hendaklah mempunyai 9 orang pemain utama, 2 pemain simpanan
2.2 Had umur ialah 18 tahun ke atas
2.3 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak tuan sekiranya tiada wakil
dan keputusan adalah muktamad.
2.4 Tiap-tiap pasukan hendaklah mendaftar nama senarai pemain tidak melebihi 11
orang.
2.5 Hanya pemain yang didaftarkan sahaja dibenarkan bermain. Seorang pemain
hanya 
dibenarkan didaftarkan dalam satu pasukan sahaja. Sebarang perubahan senarai
nama dibenarkan sebelum perlawanan pertama bagi setiap pasukan
2.6 Segala kecederaan pemain dibawah tanggungjawab pemain sendiri.

3. KELEWATAN/ KEKURANGAN PEMAIN


3.1 Tiap-tiap pasukan mestilah berada di padang permainan 5 minit sebelum
                  masa yang ditetapkan bagi perlawanan.
3.2 Masa selama tidak lebih daripada 5 minit adalah diberikan kepada pasukan yang
lewat. Selepas masa 5 minit, pasukan yang lewat itu dikira ‘walkover’ dan keputusan 
      perlawanan yang melibatkan pasukan tersebut dikekalkan keseluruhannya.
3.3 Sekurang-kurangnya 7 orang pemain mestilah berada di padang sebelum
perlawanan  dimulakan. Sekiranya kurang dari jumlah tersebut, pasukan itu dikira
kalah.
3.4 Pasukan yang mendapat kemenangan melalui ‘ walk over’ mendapat tiga (3) mata
dan 3 jaringan gol berbalas kosong (0)

4. FORMAT PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan ini akan dijalankan secara LIGA SATU PUSINGAN dalam setiap  
      kumpulan masing-masing.
4.2 Semua pasukan akan diundi dalam kumpulan yang ditetapkan. Pasukan yang
menjadi JOHAN dalam setiap kumpulan layak ke PUSINGAN KALAH 
       MATI (PUSINGAN 2).
4.3 Tiap-tiap pasukan yang menang pada liga, mendapat 3 mata, 1 mata untuk seri
dan 0 mata untuk kalah.
4.4 Setelah selesai perlawanan liga bagi setiap Pusingan Pertama dan Pusingan Kedua
jika terdapat dua pasukan atau lebih memperolehi mata yang sama maka :
      ~ Jumlah perbezaan gol akan menjadi penentuan iaitu pasukan yang memperolehi
          perbezaan yang terbesar antara jaringan gol ‘masuk’ dengan jaringan gol ‘kena’
          hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi.
     ~ Jika perbezaan golnya sama, pasukan yang telah menjaringkan gol yang
paling banyak hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi.
     ~ Jika masih seri juga, pasukan yang pernah menewaskan lawannya adalah
         menduduki tempat yang lebih tinggi.
     ~ Jika masih juga seri, kedudukan ini hendaklah diselesaikan menurut cara yang
         diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

5. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
5.1 Peraturan-peraturan dan undang-undang Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)
                  hendaklah diikuti kecuali dinyatakan dalam peraturan ini.

6. MASA PERLAWANAN
6.1 Kedua-dua Pusingan
6.2 Pusingan Pertama 7 x 1 x 7 
6.3 Pusingan Kalah Mati 7 x 1 x 7
6.4 Perlawanan Akhir 10 x 1 x 710
6.5 Tiada masa tambahan diberi sekiranya keputusan berkesudahan seri dalam
       pusingan awal.
6.6 Pada peringkat kalah mati, sekiranya keputusan berkesudahan dengan
seri,tendangan penalti akan dijalankan. Jikalau masih juga seri , tendangan penalti
secara ‘Sudden Death’ akan dijalankan.

7. PAKAIAN PEMAIN
7.1 Semua pemain diwajibkan memakai kasut bola (boots) dan stoking tinggi
                  serta ‘ Shin Guard’.
7.2 Tiap-tiap pemain hendaklah memakai jersi yang bernombor mengikut
                  nombor yang didaftarkan dalam borang pendaftaran.

7.3 Jika terdapat kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama warna,
                  pasukan yang disebut dahulu hendaklah menukar jersi.

8. PERTUKARAN PEMAIN
8.1 Setiap pasukan dibenarkan membuat 2 pertukaran dalam satu perlawanan.
8.2 Mana-mana pemain yang telah digantikan tidak dibenarkan bermain semula
dalam 
      perlawanan tersebut termasuk mengambil tendangan penalti.
9. RAYUAN DAN BANTAHAN
9.1 Setiap rayuan hendaklah dikemukakan secara bertulis dalam tempoh 10
                  minit selepas perlawanan dilangsungkan.
            9.2 Setiap bantahan yang ingin dibuat akan dikenakan bayaran sebanyak RM
                 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)
            9.3 Bayaran wang bantahan hendaklah disertakan bersama-sama dengan
                  bantahan yang dibuat.
            9.4 Sekiranya bantahan diterima, bayaran wang bantahan berjumlah RM 50.00 akan  
                   dikembalikan semula.
9.5 Keputusan panel adalah muktamad.

     10. TINDAKAN TATATERTIB


     10.1 Seseorang pemain yang telah mendapat 2 kad kuning dalam perlawanan
                   yang berasingan akan digantung 1 perlawanan berikutnya.
           10.2 Seseorang pemain yang diperintahkan keluar padang selepas menerima dua
kali     
                   amaran bertulis di dalam perlawanan yang sama akan digantung 1perlawanan 
                   berikutnya.
           10.3 Seseorang pemain yang diperintahkan keluar padang kerana mendapat
                   kad merah akan digantung 1 perlawanan berikutnya.

     11. TAFSIRAN UNDANG-UNDANG/ PERATURAN


11.1 Segala peraturan yang termaktub di sini adalah muktamad.
11.2 Sekiranya terdapat sebarang perkara yang tidak disebut di dalam peraturan
di        
       atas, maka ia adalah tertakluk di bawah budi bicara pihak penganjur.Segala
keputusan pihak penganjur adalah muktamad.

You might also like