You are on page 1of 5

PERATURAN PERTANDINGAN

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW ANTARA REGU MSSD 2022

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang ISTAF, ASTAF dan PSM [Gabungan Sepak Takraw
Antarabangsa yang dikuatkuasakan pada masa ini]

2. JENIS PERTANDINGAN

2.1 Kejohanan ini mengandungi pertandingan acara berikut:

2.1.1 Antara REGU

3. PENDAFTARAN PEMAIN

Kelayakan pemain adalah tertakluk kepada undang-undang kecil pihak penganjur.

3.1 Syarat REGU

.3.1.1. Setiap REGU tertakluk kepada undang-undang kecil MSSD dan MSSPK penganjur , setiap
pasukan mengandungi 1 REGU dengan 4 pemain bagi setiap REGU ( 3 pemain utama dan 1
pemain simpanan)

3.1.2 Mana-mana regu, minima mestilah 3 orang pemain yang berdaftar dan yang kurang dari 3
orang adalah tidak layak untuk menyertai kejohanan ini.

3.1.3 Hanya pemain yang didaftarkan dan diakui sah layak mengambil bahagian.

3.1.4 3 orang pemain mestilah berada digelanggang semasa diperkenalkan.

3.1.5 Pertukaran pemain yang telah didaftarkan itu boleh dibuat semasa Mesyuarat Pengurus-
Pengurus Pasukan yang akan diadakan sebelum kejohanan bermula

3.1.6. Semua pemain mestilah didaftarkan dengan menggunakan borang


Rasmi yang disediakan.

4. SISTEM PERTANDINGAN

4,1 Acara Regu

4.1.1 Pusingan awal akan dijalankan secara liga dalam kumpulan iaitu bagi penyertaan
kurang dari 12 hanya 2 kumpulan sahaja, jika lebih 4 kumpulan. Jika penyertaan lebih dari
daripada 24 regu, 8 kumpulan dijalankan..

4.1.2 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan kepusingan kedua atau suku akhir
dengan cara UNDIAN akan dilakukan selepas pusingan awal kumpulan.Pusingan ini akan
dijalankan secara KALAH SINGKIR.

5. MENENTUKAN KEPUTUSAN

5.1 Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan diistiharkan sebagai pemenang pertama
(johan) kumpulan, manakala yang mendapat mata kedua tertinggi akan diisytiharkan
sebagai pemenang kedua (naib johan).

1
5,2 Pasukan yang menang mendapat 3 mata dan kalah 0 mata.

5.3 Sekiranya selesai semua perlawanan dalam sesuatu KUMPULAN, kiraan mata
diperolehi sama oleh 2 pasukan atau lebih, maka kedudukannya akan ditentukan
dengan mengikut tertib berikut:-

5.3.1 Kiraan perbezaan REGU [difference] daripada jumlah regu


menang yang diperolehi oleh pasukan berkenaan.

5.3.2 Kiraan perbezaan PUSINGAN daripada jumlah pusingan menang yang


diperolehi oleh pasukan berkenaan.

5.3.3 Kiraan perbezaan ANGKA-ANGKA MATA daripada jumlah yang diperolehi


oleh pasukan berkenaan.

5.4 Sekiranya dengan kaedah di atas kedudukan seri masih berlaku, maka
kaedah berikut dilakukan:

5.4.1 Jika 2 pasukan sahaja terlibat, maka pasukan yang telah mengalahkan
lawannya akan dikira menang.

5.4.2 Jika 2 atau lebih pasukan terlibat, maka keputusan muktamat akan
ditentukan dengan perlawanan semula dalam liga satu pusingan dengan
kiraan 11 mata sahaja. Undian akan dibuat bagi menentukan pasukan yang
membuat sepak mula dan memilih petak gelanggang.

5.5 Sebelum sesuatu perlawanan dimulakan, regu atau pasukan yang akan bertanding
hendaklah menyerahkan senarai barisan pemain-pemain termasuk pemain simpanan
kepada Jawatankuasa Pengelola / Pengadil Rasmi yang bertugas.

5.6 Setiap regu / pasukan hendaklah bersanggupan bertanding lebih daripada satu
perlawanan dalam sehari. Jika dijadualkan, maka tempoh rehat selama 30 minit akan
diberi antara perlawanan tersebut.

5.7 Seorang pemain boleh bermain bagi satu regu sahaja dalam sesuatu perlawanan.

5.8 Pembahagian KUMPULAN atau UNDIAN tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa


Pengelola.

6. PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA

6.1 Regu yang melakukan sepak mula (servis) akan melakukan tiga ( 3 ) kali
berturut-turut dan disambung oleh pihak lawan tiga ( 3 ) sepakan berturut
turut.

6.2 Pertukaran sepak bergilir-gilir selepas tiga ( 3 ) mata, tanpa mengira mana
pihak yang mendapat mata.

6.3 Pada mata Dius ( bila kedua-dua regu terikat pada mata 14 - 14) servis
akan bertukar pada setiap mata.

6.4 Regu yang menerima servis akan melakukan servis pada set seterusnya.

2
6.5 Tukar petak sebelum memulakan setiap set.

7. SISTEM KIRAAN MATA (15 MATA)

7.1 Apabila perkara batal dilakukan oleh pihak sepak mula atau penerima
sepakmula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan.

7.2 Setiap set dimenangi oleh regu yang mendapat mata lima belas (15)
atau dengan kelebihan (2) mata.

7.2.1 Bila regu terikat mata 14 - 14, set tersebut dimenangi apabila
mana-mana regu mendapat kelebihan (2) mata atau mana-mana
regu mencapai mata tujuh belas (17) (yang mana dahulu)

7.2.1 Setiap perlawanan akan dijalankan dalam 3 set (best of 2-set)


dua minit rehat diberikan antaranya dan di mana regu yang
memenangi 2 set terdahulu daripada 3 set dikira memenangi
perlawanan. Set akan dikenali denga nama set pertama, set
Kedua dan set ketiga.

7.3 Dalam set ketiga tukar petak gelanggang dilakukan apabila satu regu
mendapat mata 8.

8. REHAT (TIME OUT)

8.1 Setiap regu berhak meminta satu minit rehat (time-out) sekali setiap set.

8.1.1 Rehat boleh diminta oleh Pengurus Pasukan atau Jurulatih


semasa bola tidak berada dalam permainan.

8.1.2 Cuma 5 orang sahaja yang dibenarkan berada dibelakang


garisan gelanggang semasa rehat satu minit.

8.2 5 orang iaitu 3 pemain dan 2 yang lain berpakaian kemas berlainan dari
pemain.

9. GANTIAN PEMAIN

9.1 Mana-mana pemain yang telah bermain atau disenaraikan sebagai


pemain simpanan dalam mana-mana regu tidak dibenarkan bermain
dalam regu yang lain di dalam pertandingan yang sama.

9.2 Gantian pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan kehendak
Pengurus Pasukan / Jurulatih kepada pengadil rasmi semasa bola tidak
di dalam permainan.
9.3 Setiap pasukan boleh menamakan maksimum dua (2) orang pemain
simpanan bagi setip perlawanan disamping 3 pemain sedia ada. Setiap
regu dibenarkan membuat maksimum dua (2) kali pertukaran bagi
setiap set.

9.4 Satu (1) atau lebih pertukaran pemain boleh dilakukan dalam masa
yang sama.
3
9.5 Jika regu memulakan set dengan pemain yang berbeza dari set yang
sebelumnya maka dianggap pertukaran telah dilakukan untuk set
yang baru.

9.6 Setiap regu dibenarkan membuat pertukaran pemain atas sebab


kecederaan. Sekiranya kedua-dua pertukaran pemain belum dilakukan
dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran telah dilakukan, maka
perlawanan dihentikan dan regu ini dianggap kalah.

9.7 Mana-mana regu yang mempunyai pemain kurang daripada 3 orang


pemain tidak dibenarkan meneruskan perlawanan dan dianggap
Kalah.

9.8 Jika pemain diperintah keluar gelanggang (dikenakan kad merah)


maka regu tersebut dibenarkan melakukan pertukaran pemain
sekiranya kedua-dua pertukaran masih belum dilakukan di dalam
set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran pemain telah dilakukan
dalam set tersebut, maka perlawanan akan ditamatkan dan regu
pemain ynag dikenakan kad merah akan dianggap kalah.

PAKAIAN
10.1 Semua pakaian hendaklah mempunyai nombor di bahagian hadapan dan belakang.
Nombor yang dibenarkan ialah ( 1 hingga 36)

10.2 Ukuran nombor bahagian hadapan 10 cm tinggi dan 19 cm tinggi di belakang

10.3 Setiap pemain hendaklah menggunakan nombor yang sama sepanjang kejohanan.

10.4 Semua pemain mestilah memakai jersey yang seragam dan jika terdapat
masalah tertentu keputusan bersama pengurus pasukan hendaklah diambil kira.
10.5 Ketua regu hendaklah memakai “ ARM-BAND” di lengan kiri.

10. BOLA / ALATAN

11.1 Bola yang digunakan ialah GAJAH EMAS 511/311

12. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

12.1 Pasukan /Regu yang telah mengesahkan persetujuan mengambil bahagian tidak
dibenarkan menarik diri. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada pasukan/regu
tersebut sekiranya melanggar peraturan ini.

12.2 Sekiranya ada pasukan /regu menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja
daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh
pasukan/regu itu akan dibatalkan. Pasukan/regu tersebut tidak dibenarkan menyertai
perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil keatas pasukan yang
berkenaan.

13 BANTAHAN

13.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis oleh Pengurus Pasukan
sahaja kepada juri rayuan.

4
13.2 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan [status] peserta atau sesuatu
perlawanan yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum
pertandingan bermula, maka pasukan tersebut boleh mengambil bahagian
dibawah bantahan [ under protest ] dan perkara tersebut hendaklah
diselesaikan 1 jam selepas menerima bantahan rasmi.

13.3 Bantahan berhubung dengan permainan yang sedang dijalankan hendaklah


dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada satu jam selepas
perlawana itu tamat.

13.4 Tiap-tiap bantahan hendaklah beserta dengan wang tunai sebanyak


RM300.00 [Ringgit Tiga Ratus Sahaja]. Wang bantahan tidak akan dikembalikan
sekiranya bantahan tidak berasas.

13.5 Keputusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan
kepada yang berkenaan dan semua pengurus pasukan, keputusannya adalah
muktamat.

14 PENGADIL DAN PENJAGA GARISAN

14.1 Semua perlawanan akan diadili oleh pengadil-pengadil yang dilantik khas oleh
Jawatankuasa Pengelola
14.2 Semua penjaga garisan atau pembantu-pembantu yang akan
bertugas disepanjang kejohanan ini juga akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola.

15 JURI RAYUAN

15.1 Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang [minimum] atau 7 orang
[maksimum] iaitu :

- Pengerusi Jawatankuasa Pengelola/ wakilnya


- Setiausaha Jawatankuasa Pengelola
- Penyelaras Permainan Sepak Takraw
- Pengerusi Teknik
- 3 orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan/kes tersebut

16 PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

16.1 `Semua peraturan-peraturan yang dinyatakan di atas mesti dipatuhi, Jika ada
dinyatakan perkara-perkara lain dalam undang-undang permainan maka ia juga
wajib dipatuhi

16.2 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan ini akan diputuskan
oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan. Semua keputusan
yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola adalah MUKTAMAD.

Sebarang keputusan yang meragukan akan diputuskan oleh jawatankuasa pengelola


dengan nasihat PTPS dan Penyelia Kanan Sukan PPD LMS

You might also like