You are on page 1of 2

PERATURAN SUKAN SEPAK TAKRAW SUKJA 2023

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
1.1 Pertandingan ini di jalankan mengikut syarat-syarat dan peraturan
yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur.
1.2 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan
adalah mengikut Udang-Undang Permainan Gabungan Sepaktakraw
Antarabangsa (ISTAF) dan Persatuan Sepaktakraw Malaysia

2. PENDAFTARAN PEMAIN
2.1 Setiap pasukan perlu mendaftarkan nama pengurus dan pemain.
2.2 Setiap Jabatan hanya boleh mendaftar satu (1) regu yang terdiri
daipada seorang pengurus pasukan dan lima (5) orang pemain dua (2)
pemain simpanan.
2.3 Pengurus dibenarkan untuk bermain jika nama pengurus didaftarkan
dalam nama pemain.
2.4 Pertukaran pemain hanya boleh dilakukan sebelum perlawanan
pertama setiap pasukan dengan menyertakan salinan dokumen
(merujuk kepada Peraturan AM sukan) dan selepas perlawanan
pertama tiada sebarang pertukan dibenarkan.

3. KIRAAN MATA
3.1 Pertandingan ini menggunakan kiraan 21 mata (3 Servis) bagi semua
peringkat.
3.2 Regu yang mendahuli 21 mata dikira pemenang pada set berkenaan
dan tiada kiraan mata deus.
3.3 Jika masing-masing regu memenangi 1 set, permainan akan
ditentukan di dalam set ketiga yang dinamakan 'Tie Break' dengan 21
mata.
3.4 Mana-mana pasukan yang menarik diri selepas perlawanan adalah
dikira memberi kemenangan kepada pasukan lawan dengan aggreget
2-0 dengan jumlah pungutan tiga (3) mata.

4. PAKAIAN / PERALATAN
4.1 Semua pemain hendaklah memakai jersi seragam dan mempunyai
nombor.
4.2 Ketua regu mestilah dilantik dan memakai ”Arm Band”
4.3 Bola pertandingan yang akan digunakan ditentukan oleh
Jawatankuasa Penganjur.
5. FORMAT PERTANDINGAN
5.1 Liga satu(1) kumpulan.
5.2 Penentuan kedudukan regu dalam kumpulan adalah berdasarkan mata
yang tertinggi.
5.3 Sekiranya selesai semua perlawanan ada regu yang memperoleh mata
sama makan kedudukanya akan ditentukan mengikut tertib berikut:-
5.3.1 Kiraan perbezaan SET – Pasukan yang telah memperolehi lebih
kiraan jumlah regu menang yang diperolehi oleh pasukan
berkenaan
5.3.2 Jika masing-masing regu memenangi 1 set, permainan akan
ditentukan di dalam set ketiga yang dinamakan 'Tie Break'
dengan 21 mata.
5.3.3 Mana-mana pasukan yang menarik diri selepas perlawanan
adalah dikira memberi kemenangan kepada pasukan lawan
dengan aggreget 2-0 dengan jumlah pungutan tiga (3) mata.

6. MENARIK DIRI
6.1 Jika sesuatu pasukan menarik diri daripada satu perlawanan, maka
pasukan itu tidak dibenarkan meneruskan pertandingan kejohanan ini.
6.2 Sekiranya terdapat peserta yang melanggar peraturan di atas,
penganjur berhak membatalkan penyertaan mereka dalam kejohanan
ini.

7. LARANGAN
7.1 Mana-mana pemain dilarang mengambil minuman keras sepanjang
pertandingan ini berlangsung
7.2 Mana-mana regu/pemain didapati melanggar peraturan menyebabkan
acara pertandingan ini terganggu disebabkan oleh kekecohan,
pergaduhaan atau apa-apa perbuatan yang difikirkan salah dan
mendatangkan sebarang kecederaan kepada pihak lawan atau
sesiapa sahaja semasa pertandingan. Pihak penganjur berhak
menggantung dan tidak membenarkan regu/pemain tersebut dari
meneruskan permainan.

7.3 Jika bantahan tersebut Berjaya, deposit akan dipulangkan manakala


jika bantahan ditolak, deposit tersebut dikira hangus.
7.4 Keputusan Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan adalah muktamad.

8. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


7.1 Sekiranya terdapat perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am
ini, Peraturan Sukan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Teknikal dan Penganjur. Keputusannya adalah muktamad.

You might also like